Sunday, May 29, 2011

Halusnya Teguran Allah ( buat yang gemar mengumpat )

Aku seolah-olah baru tersedar dari mimpi. Mindaku seolah-olah baru bangun dari kelalaian yang lama. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Dia masih menginginkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Menginginkan aku kembali merujuk kepadaNya dalam melayari kehidupan ini.


Kedatangan rakanku bersama rankannya yang tidak aku kenali, benar-benar memberi hidayah kepadaku. Sememangnya rakan perempuanku itu telah memberitahu untuk datang ke rumahku pada hari itu. Setelah mendapat izin suamiku, aku pun menerima kedatangannya. Namun tak disangka dea membawa seorang lagi kawan perempuannya yang tidak pernah aku kenali sebelum ini. ku tidak tahu bagaimana hendak menolak kehadirang tetamu baruku itu kerana aku belum meminta keizinan suamiku. Inginku menelefon atau menghantar sms pada masa itu di hadapan tetamu, terasa tidak sesuai. Apa yang perlu aku lakukan? Hati aku berdolak-dalik. Sekiranya aku menjemput dia masuk, berdosakan aku kerana tidak meminta izin suamiku dahulu? Kalau aku tidak menerima kehadirannya, apa pula perasaannya? Bagaimana hendak ku terangkan pada tetamuku? Bukan aku tak sudi, tetapi aku tersepit antara adat dan tuntutan. MasyaAllah sesungguhnya tuntutan adat memang selalu bercanggah dengan tuntutan agama.

Otakku ligat membuat keputusan , yang akhirnya aku terpaksa membenarkan tetamu-tetamu ku masuk. Di dalam hatiku, hanya Allah yang tahu betapa  rasa bersalahnya aku kerana mengizinkan orang lain masuk ke rumah tanpa izin suamiku. Pada masa itu juga aku telah berteka untuk memohon maaf kepada suamiku bila pulang dari kerja. Semoga suamiku faham situasiku pada masa itu, Amin..

Ternyata, kedatangan kawanku bersama rakannya, adahikmah dan memberi hidayah kepadaku. Selama ini aku sememangnya telah bertekad untuk berhenti mengumpat atau berkata tentang orang lain sama ada orang itu aku kenal atau pun tidak. Namun, bertahun telah berlalu, semakin aku usaha, semakin banyak pula dugaan yang menggalakkan aku terus mengumpat tanpa tahu cara untuk mengelakkannya. Tambahan pula jiran-jirank terdiri dari wanita yang sama sikapnya, iaitu mengumpat. Ya Allah setiap kali aku bersembang dengan jiranku , mengumpat itu mesti ada. Fitnah, entahlah. Aku pun tidak tahu. Aku yang tidak tahu apa-apa cerita tentang orang di sekitar aku kerana sememangnya tidak mempunyai ramai kawan, akan menjadi tahu hanya dengan bersembang bersama jiranku. Sama ada ceritanya benar atau tidak hanya Allah yang tahu. Setiap kali aku masuk ke rumah setelah habis bersembang, aku akan rasa bersalah sendiri. Aku memohon ampun padanya kerana mengumpat, namun ia berulang kembali. Aku belum mempunyai kekuatan untuk berubah. Tetapi itulah tipu daya syaitan laknatullah. Semakin kita berusaha untuk berubah, semakin kuat hasutannya.


Dengan izin Allah, Dia mendatangkan aku seorang tetamu yang tidak aku kenali, menceritakan masalahnya yang telah diburukkan dari orang yang dia kenali dan baik hubungannya dimana orang tersebut juga merupakan jiranku. Semakin dia bercerita, semakin banyak keburukan orang tersebut terbongkar. Tiba-tiba aku tersedar

Maha suciMu Ya Allah, kalau kita selalu menceritakan keburukan orang, Allah pasti akan membuka aib kita. Aku yang pada asalnya hanya kenal sedikit tentang insan itu, menjadi semakin kenal dnegan sikapnya buruknya hanya dengan melalui cerita orang lain. Terbukti Allah telah membuka aibnya kerana sikapnya yang suka menceritakan kuburukan orang lain.

Ia memberi aku kesedaran dan keinsafan . Aku tidak mahu aibku di buka oleh Allah SWT . Aku benar-benar insaf. Pada masa itu juga aku bertekad untuk tidak memgumpat lagi. Azamku semakin kuat untuk berubah walaupun aku tahu cabarannya banyak. Sebagai langkah permulaannya, aku menguatkan harti dengan berkata kepada rakannya dan tetamu baruku itu agar semua ceritanya itu cukuplah sampai disini sahaja kerana aku tidak mahu keaiban kita di buka pula oleh Allah.


Alhamdulillah, tetamu-tetamuku bersetuju. Begitulah halusnya cara Allah, dan aku bersyukur kerana aku diberi petunjuk , hidayah dan kekuatan untuk aku terus berubah. Sekarang ini sekiranya aku bersembang , aku membuat keputusan agar otakku mendengar juga apa yang diuturkan oleh mulutku agar otakku boleh tapis dan menghalang agar aku tidak mengumpat lagi. Aku juga seboleh daya cuba mengelak dari bercakap dan mengurangkan aktiviti suka bersembang bersama jiran-jiranku.

Semoga usahaku akan berjaya kerana aku tidak mahu dihidangkan dengan daging manusia di akhirat . InsyaALLAH.

nak ngomel sikitlah yer..actually tulus baru balik dari SUMMER PARADISE anjuran akak2 usrah kat u tulus sendiri. it was a great success! tulus harap dapat beri kat korang segala ilmu yang tulus pelajari.sangat penting utnuk akhirat kita. and it all start with sikit2..ehe~

9 comments:

Unknown said...

berubah memerlukan kekuatan jiwa..itulah kekuatan sebenar..

AnakPakZohar said...

insya Allah..... semoga segala usaha dirahmati dan dibawah lindungan Nya.. =)

Unknown said...

kak tulusss!!!syoknya entry ni.btulla ibarat mkn dging saudara sniri.ha byang la kan.:'(

Tulus Sweet said...

@pak yus

doakan aku berubah deyh
:D

Tulus Sweet said...

yad'z

amin...love you sis.

jzzk

Tulus Sweet said...

@angkasa

semoga kita amek iktibarlah yer...:)

lve you

Raden said...

kalo org ngumpat depan akk, akk senyap je..tp rase sronok kn dengar umpatan org...dugaan..

Tulus Sweet said...

gila tak seronok..? haha

tapi tulah..huhu

caHAYA said...

bila kita perempuan-perempuan duduk bersembang, mesti tak terlepas utk mengata org lain kan ..

kadang2 sampai meleret-leret, mmg sronok, sampai kita fitnah org pun tak sedar kan...

susah nak elak, tp kenalah try utk berubah, amin...