Saturday, May 19, 2018

Diari Keguguran Yang Kedua Kalinya


Buat kedua kalinya aku keguguran. 

Bagi Followers setia yang mengikuti blog Lady Soko ini sudah tentu mengetahui bahawa aku pernah mengalami keguguran yang pertama seawal 3 bulan usia kandunganku. Aku namakan cinta sulungku sebagai “Abang”. :)

Bagi  yang tertinggal post Diari Keguguran yang pertama korang boleh klik website Diari Keguguran Pertama

Tanggal 4 Oktober 2016 adalah hari terakhir Abang berada dalam rahim aku, sebelum doktor memutuskan untuk menggugurkan Abang atas sebab kandungan tak menjadi. Dalam istilah lain, tiada rezeki nak jaga abang..

Sejak dari itu, suami menyuarakan kebimbangannya kiranya aku mengandung lagi. Risau kiranya perkara yang sama berulang kembali. Jika fikir secara logik, suami pun tak sanggup tengok isteri menahan kesakitan masa kontraksi. Tengok pendarahan  seteruk tu lagi. Suami pun ada perasaan belas kasihan juga tau. He..Hee..

Kalau ikutkan, nak rehat dulu dalam setahun..Honeymoon puas-puas dulu..Tunggu aku betul-betul sihat barulah merancang lagi.

Tapi bila kita dah masuk dunia mak-mak ni hati tu lain sikit...Dah tak sama dengan diri yang dulu. Naluri keibuan ni makin tinggi dari sebelumnya.. Hati ni sentiasa rindukan anaknya..Yela kan hati perempuan mana yang tak rindu untuk cuba mengandung lagi..Nak-nak pula bila dah pernah gugur.

Untuk merancang mengandung kali kedua ni aku betul-betul jaga pemakanan. Aku dah consume folic acid Shaklee sejak bulan 4 lagi. Bagi aku ni waktu yang paling tepat untuk merancang sekali lagi. Satu sebabnya adalah suami dah posting. Dah boleh tanggung anak bini la katakan.

12 Jun 2017

Masa ni bulan puasa. Suami ajak aku untuk tinggal bersama-sama di Kg.Mukut, Pulau Tioman. Aku pun bersetuju memandangkan lepas ni aku dah nak posting nanti tak dapat merasa tinggal berdua dengan suami. Duduklah aku 2 minggu disana. Itulah kali pertama rasa macam Beli Kari sangat dengan suami. Hehe..Sejak awal kahwin kami PJJ. Tiba-tiba rasa awkward bila tinggal berdua je dengan suami. Hihihi! 

Balik dari Pulau Tioman aku berdoa je supaya ada rezeki kali ni.

Sebelum tu nah aku belanja gambar keindahan Kg.Mukut.


Jalan-jalan ambil udara pagi. Nama kampung ni diambil sempena Gunung Semukut di belakang tu. Gunung yang menjadi kegilaan para Hikers. Yang penting Hikers itu adalah kamu, dan bukan aku. Haha 

Bergambar dengan anak-anak murid kesayangan suami. Mereka ni dah biasa terima pengunjung luar, dan mereka ni sangat peramah. Setiap kali nampak pelancong kat jeti mesti deorg akan datang sambut.
Di hujung kampung ada tempat nak mandi laut. Kat sini lautnya tak dalam sangat. Sesuai untuk kanak-kanak.



Ini pula Asah Waterfall. Terletak di hujung kampung. Untuk kesini korang boleh samada jalan kaki atau naik motor.


Okay cukup kisah di Kg.Mukut. Sekarang aku nak cerita kisah sepulangnya aku dari Kg.Mukut.


4 Julai 2017

Dipendekkan cerita, tiba giliran aku pula posting. Isnin, bersamaan  3 Julai 2017 adalah hari yg sangat bersejarah dalam hidup aku dimana hari itu aku lapor diri di Kolej Vokasional Juasseh, Kuala Pilah. Keesokannya kalau ikutkan aku datang bulan. 

Jadi selasa, 4 Julai 2017 tu sepatunya aku datang bulan.. Memang simptom-simptom mengandung tu aku dah rasa. Pening, kejang kat perut, rasa loya, mengidam kfc semuanya ada. Tapi aku tak boleh berharap sangat sebab perempuan nak datang bulan pun akan ada simptom yang sama..Sama teruk ngidamnya.

Jadi hari yang dinanti 4 hb tu cuma ada 1 spot darah. Kecewa juga, mungkin tak ada rezeki tapi redha jelah. Dalam fikiran waktu tu, ok tak payah solatlah. Malam tu pelik juga sebab spot dah hilang, bersih.

Keesokannya terus tak ada apa-apa. Aku pun apa lagi, balik sekolah terus pergi farmasi beli pregnancy test. Balik terus cuba. Hasilnya satu line je yang terang. Lagi satu line tak ada. Dalam hati anggap memang dah sah aku datang bulan.

Tapi besoknya pun macam tu. Bersih juga. Boleh kata kali kedua ni aku beli pregnancy test yang agak mahal. Sebab nak betul-betul pastikan ada isi ke tak ada isi.
Hasilnya tetap macam tu. Satu line!

5 Julai 2017

Tetap sabar menanti..Masih macam tu. Walaupun dalam hati ni tak nak sangat kalau datang bulan. Nak mengandung...Mesti yang pernah alaminya memahami perasaan tu. Tak tidur malam dibuatnya.

Tapi besoknya, 6 hb ada spot. Kali ni spot banyak sikit. Dalam 3 spot. Warnanya coklat pekat. Dalam hati, alahai Tuhan je tahu kecewanya macam mana..

Ingatkan dah tak ada harapan. Tapi hari seterusnya terus bersih. Tak ada dah spot mahupun tanda-tanda nak senggugut.

Kelirunya aku waktu tu...Geram pun ada.


7 Julai 2017

Jumaat, lepas balik sekolah aku beli lagi pregnancy test. Memang duit aku habis ke situ je. Kali ni aku siap beli dua biji pregnancy test. Nak cuba malam dan pagi. Tak suka bila kita dalam tanda tanya.

Dan hasilnya, ya! Memang dua line..Wahh gembiranya waktu tu..Terus bagi berita gembira ni pada suami. Tapi apa yang peliknya line kedua sangat-sangat samar. Nampak tak nampak je. Tapi kita tahu garisan kedua tu ada. Besoknya try lagi, masih lagi macam tu..Ingatkan dah lama sikit akan teranglah garisan tu. Tapi tak, garisan tu tetap macam tu..

Mesti korang rasa aku macam gelojoh sangat nak try pregnancy test, sepatutnya kena tunggu lewat period dua minggu baru cuba..
Tapi sejarah kehamilan yang lepas, aku lambat sehari je, malam tu cuba terus dua line.
Aku mengharapkan kehamilan kedua ni pun macam tu. 

Tapi lain pula jadinya...

10 Julai 2017

Isnin, aku ambil time slip dalam pukul 10 sampai pukul 12 sebab nak pergi klinik kesihatan untuk buat UPT. Akak kat makmal tu pun cakap line lagi 1 ada tapi tak nampak..Kabur sangat. Dia siap buat dua kali ujian bagi nak pastikan yang aku betul-betul mengandung. Kali kedua pun sama juga. Kabur. Jadi dia cakap dia buat je aku Weakly Positive

Nanti bila buat buku merah boleh buat lagi sekali ujian UPT tu. Aku pun rasa bersyukur sangat..Akhirnya impian aku nak menimang cahaya mata bakal menjadi kenyataan.

11 Julai 2017

Besoknya aku terus kol nurse yang pernah jaga aku masa aku mengandung dulu. Akak tu pun excited nak tunggu aku datang buat check up dan buku merah kat klinik desa dia. Aku plan nak pergi hari Jumaat tu, 14 hb. Sebabnya hari tu aku rehat lama. 3 jam dari pukul 12 tghari sampai pukul tiga. 

Aku fikir kalau aku lewat sikit aku nak kol pengetua bagitahu keadaan aku. Sebab untuk check up pertama, dan waktu yang diambil untuk buat buku merah hari pertama dalam dua jam. Hari tu dia akan cek perut, berat, tinggi, semualah.

Aku pun terus jalani hari-hari seperti biasa..
Tapi aku pelik juga sebab aku dah tak ada symptom-simptom orang mengandung. Pening kepala semua dah tak ada. Dalam fikiran aku mungkin acid folic yang aku consume tu sangat  bagus. Buatkan badan aku sentiasa cukup tenaga dan HB aku mungkin dalam keadaan terbaik.

14 Julai 2017

Jumaat, merupakan hari temu janji aku nak buat buku merah.

Dalam pukul 11. am tu ada latihan kebakaran. Kesemua terlibat termasuklah pensyarah dan kaki tangan kolej. Aku pun duduklah kat bawah garaj kereta. Waktu tu aku rasa tak sedap badan. Mengantuk ya amat sampai rasa nak baring je kat jalan tar tu.

Habis je dari latihan kebakaran aku terus pergi tandas. Waktu ni sebenarnya aku dah rasa tak sedap hati. Rupanya jangkaan aku betul. Darah keluar banyak sangat..Aku speechless. Pukul 12 aku balik rumah dan menangis sepuas-puasnya dalam kereta.

Aku kuatkan semangat kol suami. Suami tak henti-henti bagi kata-kata semangat nak bagi aku kuat balik.

Sampai rumah aku terus masuk bilik, sambung menangis sampai tertidur.

Pukul 2.30 pm mak masuk bilik sebab pelik aku tak siap lagi untuk pergi sekolah..Aku pun terus terang yang aku bleeding. Mak pun tak tahu nak cakap apa, terus ajukan masalah pada abah. Abah time-time tu juga pujuk aku pergi klinik. Dalam perjalanan ke klinik aku berdoa sambil sorok-sorok menangis sebab aku dah rasa mcm tak ada harapan nak mengandung. Aku gagahkan diri kol pengetua untuk ceritakan perkara yang berlaku, dan terus cakap yang aku tak dapat hadir ke sekolah petang tu. Alhamdulillah pengetua sangat memahami.

Sampai di klinik, waktu tengah menunggu giliran tu aku rasa contraction yang agak kuat. Contraction sekali dengan rasa senggugut. Memang kalau ikutkan hati rasa nak nangis je masa tu tapi aku tak nak mak aku sedih. Kang tak pasal-pasal dengan mak-mak aku sekali gugur, gugur air mata. Huhu.

Lama juga aku tunggu giliran, sampailah sakit tadi tu hilang. Tibanya giliran aku pun terus masuk dalam bilik rawatan. Cerita dari A-Z kepada doktor. Doktor terus suruh aku baring sebab nak cek bukaan. Dalam hati nak menyumpah sebab memang kompem kena seluk dengan muncung itik. huhu. Tapi demi kakak(nama panggilan buat anak syurga keduaku) aku kuatkan semangat.

Part paling aku tak boleh lupa, bila aku buka seluar nampak seketul daging merah melekat kat seluar aku. Dalam hati baru aku faham..Rupanya yg sakit teramat tadi rupanya sebab Kakak tengah keluar..

Doktor ambil daging tu untuk dijadikan sampel.
Walaupun Kakak dah habis keluar tapi proses pembersihan tetap diteruskan. Doktor pun cek laluan. Alhamdulillah dah tutup.. Doktor bagi aku MC seminggu, bermula hari itu.
Setelah semua berlaku, aku masih sedih, tak selera makan dan of course badan aku sakit-sakit. Huhu. Aku pantang kali keduanya tanpa baby di sisi..

Aku terus kumpul kekuatan dan pastikan diri aku betul-betul sihat, supaya aku boleh cuba lagi pada masa akan datang.

Cukuplah nukilan aku buat sementara ni..hehe. Aku akan sambung kisah aku, dari keguguran kedua kali, hinggalah hari ni, aku sudah pun bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, Abdul Aziz Al-Malik Bin Muhammad Arif Firdaus nama dikurnia...Jangan lupa follow blog aku dan nantikan kesinambungan kisah kehamilanku yer readers! :)

Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca nukilan aku yang tak seberapa ni..
Akan bersambung....Tunggu ya!