Wednesday, March 13, 2013

Bila-bila cinta

Peduli apa bila lamaran kau kena tolak?
Wang ringgit tak habis, maruah masih ada

Kalau betul kau suka dia, buat apa tunggu lama2?
tunggu apa? Kerja? Kereta? 

Suka tak bererti kau bertepuk 2 belah tangan
Mungkin tangan yang kau tunggu tu...tak boleh nak menyambut kembali tangan kau

Dan aku boleh rasa apa yang kau rasa.
Bila lamaran ditepis, cinta kau tak lepas

Kau mungkin akan kehilangan dia
Dia pula bukannya pergi jauh, sentiasa depan mata.
Setiap kali memandang dirinya, harapan tinggal doa. 

Agar bertaut cinta di kemudian hari
Meski apa jua yang kau lakukan, paksaan atau relaan, kau tetap mahukan masa depan bersama dia

Barangkali kau dah lupa
Jodoh bukan kat tangan kau
Yang ada kat tangan kau, debu

Kau pilihlah jalan cerita cinta kau sendiri, 
Ditemukan atas dasar agama, perjuangan, atau nafsu.
terpulang....









5 comments:

HaFizaH aYu said...

jodoh...risau gak bila pikir sal ni wuwuwu

Eliza Sulaiman said...

jodoh, mati. sudah di tetap. Jangan risau. Usaha dan doa.

wuuu. ;)

Siti said...

entry ni buat saya berfikir..betul gak kan..

Sizzling Suzai said...

nice words...huuu jodoh walau kt tau sudah ditetapkn di loh mahfuz lg tp masih kusut memikirkan takdir diri sndri kn...padahal itu kerja Allah, kerja kt tingkatkn ibadah je..hmmmmmm peringatan utk dri sndri yg sentiasa leka...

shameel Iskandar said...

Jodoh sebenarnya adalah ketetapan dan ketentuan.Dan,ia bukanlah pilihan atau keinginan. Cuma, Kadang2 pilihan dan keinginan kita itu menepati ketetapan dan ketentuan. Namun, banyak juga ketetapan dan ketentuan yang tersasar dari pilihan dan keinginan.