Assalammualaikum kepada blogger-blogger tegar yang yg masih setia update blog korang. Tahniah aku nak ucapkan atas kerajinan korang meng'hapdate' blog masing-masing. Hakak ni sejak dah grad banyak betullah kekangan yang hakak dapat. Mula-mula internet mahal, kemudian atas masalah kewangan dah tak dapat nak update pasal travel. I miss travel so much. :)
Sejak dah ada IG, Tuiter, Wicet bagai ni faham-fahamlah...Semuanya pergi sana. Paling senang wicetlah. Update je dia sendiri yang akan keluar tarikh. Kiranya macam tak peliklah aku ni dah kesana je, macam diari kecil kata kau.
Semenjak kahwin 29 Mei 2016 hari tu tak pernah lagi kenalkan suami pada followers.
Alhamdulillah inilah zauj ana. Ceh.. Bajet solehah...huhu.
Nama suami Muhammad Arif Firdaus. Hensem kan? hihi~
OK. Berbalik pada tajuk. Kenapa aku guna trimester pertama? Macam mengandung pulak. Sajalah kalau nak letak fasa nanti macam orang lain dah biasa guna. Jadi trimester pertama perkahwinan ni kita ibaratkanlah macam 1 hingga 5 tahun pertama perkahwinan. Trimester kedua pulak ibarat fasa 5-10 tahun perkahwinan. And so on you know..huhu.
Alhamdulillah. Dah hampir 6 bulan bergelar isteri. Im having a wonderful time being such a naive wife. Ternyata 6 bulan tu masa yang sangat singkat kalau kita nak bagi nasihat pada orang lain tentang keadaan diawal perkahwinan. Tapi dengan 6th sense yang ado ni agaknya dah bolehlah kita share sikit-sikit tentang fasa pertama perkahwinan. Just in case kalau korang nak tahu sangat what its feel like to have a zauj or zaujah.
So this first trimester, boleh jadi honeymoon sepanjang je sepanjang masa, atau boleh jadi mencuka je sepanjang masa. Kalau honeymoon tu untunglah. Kentut bau mayat pun boleh jadi wangi. Kalau yang dapat cuka tu bawa bersabarla ya...Yelah dalam proses nak kenal hati budi, tak boleh salah sikit. Maun ke pangka gaung nua disepak ea kau. huhu!
Ramai orang ingat kahwin ni sweet..Nanti boleh manja-manja, boleh posing sweet-sweet. Well, dream on..hahaha, (Ada yang memang dapat) :P
Untuk permulaan mungkin ya. Tapi lama-kelamaan rasanya bagaimana penerimaan kita bila dapat tahu yang pasangan kita ni seorang yang tak suka ambil gambar? Sedangkan kita pula seorang yang sangat suka kenangan itu. Haha so mengangalah kita sorang-sorang masa tekan timer tu...
Lepastu apa kita nak ucapkan pada diri sendiri bila dapat tahu yang pasangan kita ni sebenarnya panas baran? Tak boleh salah sikit, maun ditengkingnya kita. Belum cerita lagi pasal yang suka naik tangan.. Baca sendiri luahan di Kisah Rumah Tangga tu. Kadang-kadang tak sampai sebulan kahwin dah kena terajang. Ada yang tak sabar, tak sefahaman lalu pilih jalan untuk bercerai. Belum lagi masuk hal-hal curang, tak bagi nafkah dan sebagainya.
Belum lagi kisah pilih pasangan kerana rupa. Rupa perlu ada, tapi adakah ianya menjaminkan kebahagiaan? Ada orang pilih isteri kerana ada rupa, comel, bila dah kahwin baru tahu rupanya isteri dia seorang yang pemalas..Isteri pula pilih suami yang berduit, lepas kahwin baru tahu rupanya suami kaki perempuan..Sadis.
Mesti dalam hati kita rasa, oh tak mungkinlah...Benda-benda itu semua berlaku disebabkan lack of ibadah dan tak renew niat...
Hmm..Mesti korang pernah dengar kisah akhwat dan ikhwah yang bercerai hanya disebabkan cara picit ubat gigi mereka berbeza, Tak cukup pandaikah mereka dalam bab-bab agama? Walau begitu jalan yang dipilih, tapi cuba kau ajak mereka berdebat soal agama. Tepuk bantal 10 kali pun belum tentu kau lena tidur dek tak dapatnya kau nak patahkan hujah mereka waktu tu.
Mereka manusia hebat. Kita? Solat fardhu kita awal waktu? Hadis ke sepuluh siapa mampu huraikan?
Stop fairytaling life. Just in case you are lucky enough, ada limosin tunggu dekat luar nak bawa kau jalan-jalan. In case kalau tak ada, bersyukurlah, sebab fairytale tak wujud pun. Hakhak!
Try imagine. Kita banyak mempertaruhkan bahagia atau sweet thingsss. Sedangkan pernahkan kita fikir bagaimana kita nak hadapi andai kita mempunyai pasangan yang bukan kita impikan sebegitu perangai?
Itu belum sentuh lagi masalah nak sesuaikan diri dengan keluarga mertua, masalah kewangan, terutama yang belum punyai kerja tetap, atau dapat pasangan yang tak nak tolong dalam uruskan anak ataupun duduk goyang kaki, sedangkan kau terkejar-kejar sorang-sorang nak mandikan anak, nak basuh baju, masak dan semua berkaitan dengan kerja bibik. Heyyy...Nak berus rambut pun kau tak ada masa lahhh...Haha. Bayangkan muka kau waktu tu dah macam artis Gegar Vaganza dah.
Masalah hati? Masalah cemburu, dan lain-lain kemungkinan yang mungkin korang yang belum kahwin tak pernah fikir. We still young. Tak mustahil kadang-kadang hati pasangan kita boleh berbolak-balik. Jiwa kacauuu.. Nak-nak lagi sekarang ni ramai betul manusia cantik-cantik yang datang tah dari mana-mana tiba-tiba happen to be famous kat IG tu. Maunnya pasangan kita pandang sebelah mata? Boy will always be boys...That's the fact, so accept it by hacking their phone. Huhu.
Bila dah baca rasa-rasa korang betul-betul dah bersedia ke nak kahwin? Haaa...mesti fikir panjang kan? Padan muka siapa suruh baca? Haa kan dah..huhu.
Sebab itulah untuk trimester pertama ini apa yang perlu korang ada, adalah sabar, sabar, dan ibu segala sabar. Kesabaran yang tinggi. Bukan setakat tinggi, Malah melangit tingginya. Sebabnya tempoh bercinta bodoh-bodoh, angan-angan isteri solehahlah, ku tunggu mu dengan cara yang halal semua tu sudah TAMAT!
Sekarang adalah tempoh dimana kita akan berhadapan dengan seseorang yang dah sah menjadi milik kita. Walau kita bercinta bagai nak rak dengan orang lain pun,kalau dah tak ada jodoh tu jaga dan hargailah tulang rusuk kita yang dah halal depan mata tu. Kerana sebarang cinta sebelum kahwin semuanya indah belaka, bagaikan mutiara. Dari jauh nampak bersinar. Rasa nak genggam dek terpesona dengan keindahannya. Tapi bila dah genggam kau tahulah sebenarnya ia taklah berkilau mana. Malah lebih buruk dari batu jalanan. Itulah namanya nafsu semata-mata.Sebab yang indah itu belum tentu baik untuk kita. Juga sebab indah itu, kerana hiasan dari syaitan semata-mata. Yelah benda haram kan..?
Malah, tidak dinafikan jika ditakdirkan dengan jodoh yang baik. Kadang-kadang sebelum kahwin ada antara kita baik lelaki mahupun perempuan sentiasa curiga dengan kesetiaan pasangan. Kita ingat pasangan kita ni pasang ramai, rupanya lepas kahwin berubah menjadi setia macam setianya Siang Menunggu Malam.
Sebelum kahwin mungkin isteri kita berpakaian seksi, tapi lepas dapat bimbingan suaminya, malah akhlaknya lebih bagus dari yang sekolah agama.
Beruntung juga bila sebelum kahwin pasangan kita tak pernah cerita soal agama. Sampai kita was-was atas kemampuan dia untuk jadi imam kita. Tapi rupanya lepas kahwin dialah yang sentiasa kejutkan kita solat subuh, mengajak mengaji berjemaah. Walau luaran macam tak senereh, macam nak kena tinggal malu bawak jalan-jalan, rupanya bila tengok dia je membuatkan kita mengingati ALLAH. Hati pun tenang..
Ada juga yang baru tahu bakat dan kebolehan pasangan. Rupanya selama ni dia ni rajin masak..Walau rasa gulai tu macam Laut Mati tapi at least dia rajin bontot pergi dapur. Dari biarkan kau makan nasi lemak anak dara lebih baik kau makan air tangan dia.
Dan ini rasanya ramai mengalami..Orang lelaki ego(FULLSTOP). Dia susah untuk tunjuk yang dia syg kita. Kadang-kadang kita tak boleh terima cara dia layan kita, kerana cara layanan itu malah kasar. Tapi percayalah, lelaki yang caranya kasar ini hatinya lebih lembut, lebih penyayang. Boleh jadi sebab dia anak mak, jadi manjalah sikit. Biasalah abang kita pun manja juga kan...
Tapi percayalah, dalam kasar-kasarnya itu, ada ambil beratnya, Cuma kita saja tak suka dengan caranya. Terimalah. Memang itulah namanya perkahwinan. Belajar menerima kekurangan insan yang rela menghabiskan sisa hidupnya demi menjaga dan membahagiakan kita.
Nasihat aku buat mana-mana yang tengah melalui fasa trimester pertama ni, diri sendiri, banyak-banyak bawa bersabar. Kita marah macam mana pun jangan sesekali terlepas cakap. Ye..I admit it. Sometimes aku sendiri naik hantu bila salah faham. Mulut dengan otak tak bersambung bila cakap. Tak minum enfagrow sebab tulah sel-sel otak aku tak berhubung bila dalam keadaan marah. Kita semua ada baran masing-masing. Sekali terlepas cakap, sampai bila-bila ianya akan mengguris hati pasangan. Andai dah terlepas cakap redalah..Minta maaf...dan anggaplah ianya juga satu teguran buat diri kita dan pasangan. Dari situ kita belajar untuk lebih berhati-hati dalam mengawal emosi pada masa akan datang.
See...Perkahwinan bukan soal cinta dan sayang semata-mata. Tapi persediaan dari segi mental, emosi, fizikal, kecergasan, ketangkasan, dan otak yang cerdik untuk selami perasaan pasangan. Heheh~
Yes Faham, masing-masing ada ego masing-masing, tapi cuba tanya diri sendiri. Syg pasangan kita kan? Jadi apalah sangat ada pada ego tu? Bila dah kahwin kenalah jadi yang paling murah dengan minta maafnya. Bukankah yang minta maaf itu besar pahalanya? Tanya diri sendiri. Tak sayang ke kat suami? Suami pula, tak sayang isteri ke? Kalau ego sangat dapat rumah banglo sebiji ke?
Hadapi masalah kerana kekecewaan itu sebenarnya ada hadiah yang lebih bermakna jika kita sabar. Percayalah, walau apa yang terjadi, mesti pasangan kita akan sejuk juga hatinya kalau kita minta maaf.
Akhir kata, percayalah kata orang tua-tua, asam garam dalam hidup berumah tangga, gaduh itu mesti ada, tak boleh lari. Malah menyerikan lagi sesuatu hubungan. Yelah lepas gaduhlah kita boleh nangis-nangis peluk cium sambil minta maaf. Kalau tak gaduh dapat ke waktu-waktu drama macam tu? huhu.
Even lecture aku pernah cakap yang dia sendiri akan sengaja cari pasal dengan isteri dia seminggu sekali. Katanya bosan kalau tak gaduh. HUHU.
Jangan cari pasal cakap pasal nak poligami sudahlah ye..Itu bukan gaduh dah.. Thats called THIS DEATH WILL DO US APART.
Dengan salah faham jugalah sebenarnya buatkan kita lebih mengenali pasangan kita. Manusia biasa, Mana pernah semua macam yang kita expect to be. Mestilah masing-masing punya perasaan tak puas hati kan?
Kalau tak nak gaduh-gaduh tak payah kahwin. (Tapi nak kahwin juga dengan Awak..) Hii Hii..~
2 comments:
perkahwinan adalah satu fasa kita belajar erti kebahagiaan kekecewaan kesenangan dan kemakanan hati hahaha....bukan semata indah je.Ada juga pasang surut kan.perkahwinan banyk jugak ajar erti sabar. Yang penting niat kena baik, cakap baik, buat baik Insha Allah bahagia kerana Allah S.W.T tahniah dah berkahwin selamat melayari rumahtangga ni.
Kena banyak mengalah dear. In sha Allah semuanya ada hikmah yg terbaik :)
Post a Comment