Jika kau nak mencintai si dia, hati-hati...
Takut kau bakal memuja
Jika kau merindui si dia, hati-hati..
Sesaat lamunan kau, seribu tapak kau ketinggalan
Jika kau rasa manisnya semasa masih haram, hati-hati
Terbiasanya dengan yang haram bakal rasa hempedu semasa halalnya
Jika kau lupa bersyukur tentang perasaan, hati-hati
Kehadratnya kau lupa, maka murkalah Dia
Jika kau terpesona dengan harumnya bunga, hati-hati
Kumbang senja juga hauskan madunya
Jika kau ragu tentang soal hati, hati-hati
Penantian air mata itu sudah kepastian
Jikau robakkan janji, hati-hati
Semalam, takkan boleh terkota lagi
Jika kau ungkap cinta sebelum waktunya, hati-hati
Ia mungkin hanya di bibir, bukan dari hati
Jika kau menunggu bayang-bayangnya, hati-hati
Kelak syaitan bertepuk tangan, titik hitam lalu bertompok
Jika tiap malam hati berdetik kerananya, hati-hati
kelak siang menangis, senja menagih
Jika doa kau lebih untuk bersamanya, hati-hati
Kelak kau mempersoalkan penaNya
Jika terlalu pasti, hati-hati
Kelak yang kau tunggu pudar, yang kau nampak kabur
2 comments:
nice sangat! menusuk smpai ke kalbu. wah gituuu! lama tak komen sini.. :) take care syg :)
Jika doa kau lebih untuk bersamanya, hati-hati
Kelak kau mempersoalkan penaNya
penuh tersirat. nice . kep it up! :)
Post a Comment