tulus gelarkan beliau ayahanda. korang boleh panggil beliau prof, ustaz, ayahanda semua boleh...
serba sedikit tentang ayahanda...
- Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, berpangkalan di Beijing Foreign Studies University; sebelumnya Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Profesor Bahasa di UPM dan di UM; tenaga akademik UIAM, Universiti Brunei Darussalam dan UPSI; Profesor Tamu Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman dan Universiti Sumatera Utara; Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura; Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (2000-2008) dan anggota Kumpulan Perihatin; pernah aktif dalam Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM); penyampai lebih 200 ucap utama, syarahan, kertas dasar dan kertas kerja di dalam dan di luar negara (Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Indonesia, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Perancis, Rusia, Republik Rakyat China, Singapura, Sri Lanka, Thailand); penatar kurus bahasa dan penulisan profesional; penulis lebih 50 judul buku bahasa dan pendidikan serta kamus; Profesor Adjung UPSI.
- kalau korang malas baca...meh tulus terangkan sikit eh...
- nama ayahanda: Professor Awang Sarian
- sekarang ni ayahanda menjadi cikgu bahasa melayu mengajar anak2 muda dari bangsa china di universiti tulus ni, Beijing Foreign Studies University.
- antara yang menarik dalam blog ayahanda,
- Peranan Bahasa Melayu Dalam Pembinaan
- Islam di China
semua ni hasil kajian dan titik peluh ayahanda sendiri. tak ada macam kita yang suka "copy and paste" orang lain punya. hehe. original punya....
banyak lagi yang menarik dalam blog ayahanda yang kalau kita baca kita akan rasa betapa jahilnya kita tentang bangsa kita sendiri.
jadi kalau sayangkan bahasa dan bangsa kita , sekali sekala tambahlah ilmu di blog ayahanda. perit dan lelahnya dalam membuat kajian di seluruh pelusuk dunia terbayar andai kita menyokong ayahanda. bukan orang lain pun....orang kita jugak. hehe..
ni link blog ayahanda.
kata-kata dari Tulus,
berdampinglah dengan mereka2 yang memberi manfaat dalam kehidupan kita.