Friday, October 7, 2011

‎7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.





Tulus said: i got tis cute Wall Paper for thoese who read my blogs. :)
Ps : Tulus copy kawan punya Share kat fb. moga beri manfaat kepada semua...

8 comments:

Unknown said...

Astaghfirullahalazim..

Tulus Sweet said...

cepat awak komen putput! retiss gila akk. hakhak!

Unknown said...

hurm...dunia ni la penentu wajah kita disana kelak

EYQASARA said...

mcm mana la rupa aku nnt.. astghfirullah.. nice entry.. insaf bca.. :(

raziellia said...

harap semua tergolong dalam golongan yang terakhir tu :)

Unknown said...

TAKUTNYA =.=

shameel Iskandar said...

salam Tulus.
Ngeri bila memikirkn smeua ni. Yang mayat yang mukan berbentuk babi- petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu.

Dulu ada seorg ustaz berceramah ttg isu ni. saya lupa dah nama ustaz tu. tapi habis kecoh satu negara. Sepatutnya pakat ambil iktibar dan pakat2 cakna terhadap ibadat solat. Tapi ustaz tu pulak yg dikecam.

Tulus Sweet said...

itulah namanya dunia nak kiamat.para ulama dah tak dipandang tinggi.akan dicemuh dan dipandang hina.para2 artis pulak yg disanjung. nengoklah pasal hukum hudud tu.mcm org kata, "kalau tatau math, kena tanya kat cikgu math, kalau pasal agama, tanya artis??" come on..nak nangis dgr artis yg pakai hijab tu bleh plak main2kan hukum Allah, kdg2 org rasa dia tu mcm hipokrit je