Saturday, April 7, 2012

Aku Robot Yang Lupakan Penciptaku

✿~ Bila aku nak exam, aku doa kat Dia, Penciptaku nak excellent mark.


 ✿~ Bila exam dah habis, dah relax2, kepala pun dah tak berat fikir pasal soklan exam, aku jarang2 sangat plak contact ngan Penciptaku. ~ aku lupakan Penciptaku 






✿~Bila aku tengah lapa nak makan, aku sebut namaNya yg memberiku rezeki pada saat itu
]
✿~Bila aku dah kenyang, aku lupa nak ucap syukur padaNya yg empunya segala rezeki~aku lupakan Penciptaku




✿~Bila aku sakit, aku selalu ingat nak berdoa padaNya supaya sembuh, then dapatlah aku buat lebih banyak ibadat. Kalau badan sakit2 memang aku rasa alasan terbaik taknak beribadat(ponteng class!)


✿~Bila aku sihat walafiat, kenapa aku asyik lebih kat online, layan jiwanglah, layan korealah, layan balak2 yg tah sapa2 punya balak, kayu balak pun aku sanggup panjat.  Aku rasa lebih baiknya aku sakit dari aku terus gunakan masa sihatku untuk menda2 yg takdo pekdah camni. Bila masanya aku duduk sejenak bermanja manja dan bermesra dengan Penciptaku..?~aku lupakan Penciptaku






✿~Bila aku sleepy aku minta Penciptaku berikan aku tidur yg lena, mimpi yg romantik2, taknak mimpi yg scary2 movie, aku mengadu kat Penciptaku yg aku takleh nak cergas besok harinya kalau aku mimpi aku kena kejar ngan syaitan..betapa baiknya Penciptaku berikan aku tidur siap ngan package mimpi yg indah2. Tidur yg packagenya ada malaikat jaga dari malamku hingga subuhnku..


✿~Bila aku bangun, aku lupa terus kat Penciptaku yg bagi aku nyawa supaya haritu aku boleh bangun, boleh gosok gigi, masih boleh dengar makcik2 kat asramaku ni bertempik, boleh nampak betapa indahnya dunia sekelilingku..walau sesaat aku berat nak ucapkan syukur padaNya...~aku lupakan Penciptaku






✿~Bila cik anon cakap muka aku cantik, aku bagi credit pada Penciptaku. 


✿~Bila cik anon cakap muka aku hodoh, aku terus salahkan apa yg aku makan, foundation yg aku guna, blemish muka aku yg teruk. semua benda aku cuba semata2 untuk nampak cantik kat mata cik anon. Dah lupa nak guna otak untuk cari hikmah tujuan Pencipta aku jadikan mukaku sebegitu. 






✿~Bila aku susah ,kena aniaya, kena hentam, kena marah, kena fitnah, kena pulau, aku sedar diriku lemah, kaki yg sempurna 2 belah ni tak dapat nak papah aku lagi. hanya padaNya aku minta untuk bantu aku bangun dari terus jatuh.Aku minta moga segala sendi2 dalam tubuhku ini akan sentiasa gagah melangkah. 


✿~Bila aku kat atas, aku kejam! aku lupa bumi yg aku pijak. kalaulah waktu itu Penciptaku tarik nyawaku, agaknya bekalan yg mana untuk aku persembahkan untuk Penciptaku.~aku lupa Penciptaku






✿~Bila aku diberi cinta, aku lupa nak jaga kisah cintaku dengan Penciptaku. Aku Asyik~ mengalahkan Mas Idayu. Hati terikut nafsu.masa dilayang angin.kata berganti pujangga.sedang hati sangatlah rugi. yea..rindu awak. kalau tak berhubung, rasa langit mendung walau mentari bersinar cemerlang 


✿~Bila Jejaka Idaman menjarakkan diri, aku tersedar dari lamunan ..lamunan  indah selama ini terasa kepalsuan dunia semata. Cinta itu pun bukan aku yg cipta. dan bukan aku yg hina ini pemilik cinta itu. begitulah dan beginilah rasanya Penciptaku, bila aku sering meningalkanNya. sedihnya~.adoi. ini makannyaaa!~aku lupa Penciptaku






Semuanya Niatlah Kerana Allah. even Mencintai~

Ya Allah, Engkau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi
musim hidupku yg makin luruh ini dengan penuh ketaqwaan kepadaMu dan iringilah
aku dengan kejayaan yg cemerlang..

Helloooooooooooooooooooooooooooo~ Jiwang ok!




6 comments:

Yuyu Zulaikha said...

YA ALLAH! a'ah la sayang.. akak rasa macam sebijik tu diri akak.. T_T

Tulus Sweet said...

Supposed to feel guilty. :(

syakirahmn said...

insyaAllah sama-samalah kita perbaiki diri kita agar lebih bersyukur setiap kali susah mahupun senang (:

A.R said...

nama awak unikk:)

Tulus Sweet said...

Syakey* Sama2 kita. Amin :)

rerehalim* terima kasih! :)

Anonymous said...

betul..kadang2 kita leka dan lalai sehingga melupakan-Nya..