Tuesday, April 24, 2012

Video makes us Cry. A LOT

Alhamdulillah mana2 yg belum tidur tu, mana2 yg nak Bw tu Allah dah bagi rezeki nak tengok video ni. Video yg penuh dengan penghayatan ni semoga boleh buat kita istighfar banyak2 malam ni. ;(


Terima kasih kepada sahabat yg ingatkan saya kepada Allah melalui video ni. melalui awak jugalah Allah dah hulurkan pengingatan pada saya. Shukran~

Saturday, April 21, 2012

Sajak Cinta Tulus


我只知道,
星星会说话,
石头会开花,
穿过心灵的栅栏和冬天的风雪后,
会绽放爱情美丽的小花。

打开心吧,
来把手儿拉,
只愿和你走成一幅最美丽的画!




Apa yang ku tahu,
Bintang bisa berbicara,
Batu   bisa  membuahkan bunganya,
Lewatilah pagar jiwa dan salju musim dingin ,
Bunga cinta yang indah akan mekar.


Bukalah hati,
Hulurkan tanganmu,
Impianku hanya ingin bersamamu ..
 melangkah masuk ke lukisan yang paling indah




Wednesday, April 18, 2012

Lelaki Melayu Tak Gentlemen??

Salam readers kesayangan..
Dah masuk kat nak tahun ketiga tulus jadi orang Beijing. dah kat 3 tahun tulus jadi pemerhati yang sangat teliti tentang asam garam hidup orang yg berbilang bangsa , kulit, agama, warna mata, warna bulu kening, whateverlah.

Lam masa yg sama dah hampir 3 tahun tulus tinggal kat bangunan yg ada mcm2 bangsa. ada orang russia, orang korea, jepun, itali, at last, malays~

Mungkin harini mood tulus tak berapa nak gemilang, jadi perkara kecik, boleh jadi perkara yg sangat sensitif.Well~be careful with that! (hehe~

So tadi i was just wanna make my way out. As i walk through the door, there's a Male Malay student who walk just right front of mine.we re at the same direction which as we both is walking toward the door. well informed, he was at my front, he opened the door so he got to get out first, in my mind, i was thinking that he was gonna hold the door for me like other westeners does when they got the door first, but i was totally wrong~as soon as he opened the door for himself, he just let door swing , and i was almost got hit by the door. that was closed! i dont have any insurance for any stupid accident that happen. thanks~ a lot~

Selama ni perkara ni memang berlaku pun, tapi harini rasa tak boleh kalau tak lepas. dan yg paling sedih, benda mcm ni selalu melibatkan budak lelaki melayu. tak tahulah kenapa susah sangat tangan mereka nak tolong pegangkan pintu untuk kaum wanita yg lain. especially malay girl.

Maybe dalam fikiran mereka, ohh aku tak boleh bukakan pintu untuk perempuan lain, nanti awek aku jeles, atau mungkin deorang berfikir yg kononnya nanti bila bukakan pintu untuk perempuan lain takut disalah anggap, t takut2 perempuan ni fikir aku syok kat dia ke...hmm, Tolonglah~

Perkara remeh yg tulus nak bangkitkan kat sini mungkin agak remeh juga buat korang, tapi kalau fikir dari segi akhlak, lelaki Melayu aka khalifah Allah kat muka bumi ni, memang dah ditanggungjawabkan supaya menghormati kaum wanita, but even perkara kecil pun tak boleh nak perbaiki, jangan buka soal poligami, dan sewaktu dengannya dengan kami. HANDS up for that.

Oklah. tak semua lelaki macam tu.mungkin korang pembaca adalah dari kalangan yg ada sopan santun. cuma mereka yg tulus maksudkan ini mungkin tinggi agamanya,soal pendidikan usah disebut,  siapalah tulus nak tegur sikap mereka ni. cuma tulus tak pandang semua yg diterangkan selagi hidup kat dunia ni penuh dengan kesombongan yg sangat~sangat....(lu pikirlan sendiri)

Lelaki melayu kalau boleh lebih gentlemen, inshaAllah perempuan melayu takkan kahwin ngan bangla.:)

Sunday, April 15, 2012

Bismillah...Pujangga Indah Di Pagi Hari


1) Demi matahari dan sinarnya pada waktu pagi
2) demi bulan apabila mengelilinginya 
3) demi siang apabila menampakkannya
4) demi malam apabila menutupinya(gelap dan gelita)
5) demi langit serta penghamparannya
6) demi bulan serta penghamparannya
7) demi jiwa sera penyempurnaan cipataannya
8) maka dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya
9) sungguh beruntung orang yg menyucikan jiwa itu
10) dan sunggug rugi orang yang mengotorinya
11) Kaum Samud telah mendustakan rasulnya kerana mereka melampaui batas(zalim)
12) ketika bangkit orang yg paling celaka di antaranya
13) Lalu Rasul Allah (Saleh) berkata kepada mereka ,"Biarkanlah)unta betina dari Allah ini dengan minumannya"
14) namun mereka mendustakannya dan menyembelihnya, karena itu Tuhan membinasakan mereka kerana     dosanya, lalu diratakan-Nya (dengan tanah)
15) Dan Dia tidak takur terhadap akibatnya....


ketika jariku disarungkan cincin....*repost

cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibbah jadi muhibah
itulah cinta...
 
sekalipun cinta telahku uraikan dan kujelaskan panjang lebar,
namun jika cintaku datang,
aku jadi malu atas keterangan aku sendiri

meskipun lidahku telah mampu meguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya...
 
kata-kata pecah berkeping-keping..
begitu sampai kepada cinta
 
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya..
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang meleraikan cinta dan percintaan


Aku ingin seperti Fatimah
puteri kesayangan nabi
yang seumur hidupnya tidak pernah dimadukan oleh Saydina Ali Bin Abi Tolib suaminya

saya mahu dinikahi tapi degan syarat, selama saya masih hidup dan masih bisa menunaikan kewajiban saya sbg seorang isteri, Mas Furqan tidak boleh bernikah dengan perempuan lain" - Anna Althafunnisa

tak salah jika kita ingin meletakkan syarat jika memberikan faedah pada yang isteri. tapi aku tidak. aku tidak semulia Fatimah. aku juga tidak bijaksana seperti Anna Althafunnisa. aku belum layak untuk menerima cinta sesiapa kerana diriku amat jahil tentang cinta.

Tuesday, April 10, 2012

Perkara yg lelaki takut bila kahwin dengan Gadis Nogoghi9

Apa yg rumit sgt ngan perempuan n9 ni? pastu apa yg korg takut sgt pasal nak kawen ngan pompuan dari nogoghi ni? aku tahu je sebabnya...pernah je lalui. hm~ selalu sgt kena..kononnya family lelaki takut nanti dah kahwin aku dapat semua harta, kereta, rumah apa2 yg laki punya kena bagi kat perempuan yg pegang adat perpatih. 

Betul ke mcm tu ekkh?~~

Ini sgt kelakar. adakah mereka suka berkifir melulu sebelum betul2 buat kajian? maybe sebab bnyk sgt dgr cerita kononya pompuan n9 ni gini, gini...

A'aa. even diri sendiri pernah kena tuduh ngan lecturer BI masa kat Matrik dulu. Aku pernah kena tuduh tawww....~~lecture yg ada sakit jiwa rendah pengetahuan tu mati matian mengiyakan yg aku , perempuan n9 ni akan serah harta dari pihak suami pada anak perempuan..well donelah sir oiiii~ balik rumah tengok hindustan lagi bagus dari wat sakit hati org lain

A'aa..sebab kononnya mitos ni jugak aku pernah kena say bye2 kat lelaki ini~ kononnya family taknak org nogoghi..tah apa yg deorg takut entahlah...mungkin adat itu sgt2 berbeza dengan adat kat negeri deorg yg melebihkan anak lelaki dari anak perempuan. 

Jadi kat sini, sebelum sa goodnight, aku nak luruskan apa yg bengkok, terangkan jalan bagi yg gelap, mungkin juga aku nak tambah gula dalam kopi.

Gini sebenarnya....

Adat perpatih mmg melebihkan anak perempuan dari anak lelaki. kisahnya dari Dato Perpatih yg terhutang nyawa pada anak buah perempuannya yg menemaninya belayar dimasa tiada seorg pun pemuda2 yg berani belayar bersamanya. (insyaAllah tak salah sejarah ini). Jadi selepas terhutang budi Dato Perpatih pun meletakkan syarat dimana semua harta pusaka, tanah pusaka, dan rumah pusaka diwariskan kepada anak perempuan.

Baca bebaik eh. Tanah Pusaka, Harta Pusaka, Rumah Pusaka!Saka2 waris jari hantu takdo~
3 benda ni saja yg kitorang dapat waris..tang mananya cakap harta pihak belas suami? tang mananya cakap semua harta semua tak boleh bagi anak lelaki? takdepun cakap rumah mak mertua kena bagi kat kitorang?

Tiada##

Kalau bercerai, biasalah kena bagi hak isteri. perempuan dari negeri lain pun akan dapat buat benda yg sama. bukan gitu?daaa~apa nak cita lagi?

Cikgu yg Sir Hindustan to question my abilities in what could possibly happen , bila suami meninggal, dan ada harta banyak. anak lelaki atau anak perempuan yg akan dapat harta tu..?

Ok ini jawapan yg tak sempat aku nak jawab. Tapi gini cara aku, suami punya harta bukan harta pusaka. jadi hartanya tu dibagi sama rata pada anak2. tapi kalau ikut cara aku, harta tu (nak expect harta mcm Dato K ke???of course taklah..biasa2 je) aku bagi kat anak yg kurang pendapatan.tak kisah lelaki ke perempuan. anak lelaki dan perempuan sama rata je aku syg. dah mati besok 2 2 kena doakan aku. Negeri mana yg lebihkan anak lelaki tu,sampai buat anak perempuan mcm kuli abg dan adik lelaki, fikir bebaiklah semua ni yer..anak lelaki yg patut banting tulang buat kerja. (hehe sbb tu anak laki nogoghi takpat harta, kena merantau worrior sikit)

Cakap pasal rumah pusaka, hurmm...a'aa mmg aku yg dapat. hehe. tapi ada tanggungjawab ok? bukan saja2 nak bagi kat anak perempuan. Tugasnya anak perempuan ni adalah untuk menjaga ibu dan ayahnya bila dah tua kemudian hari. Dengan adanya rumah pusaka ini, dapatlah aku bawak suami aku, anak2 aku tinggal kat kampung. Abg2 aku akan usaha untuk cari harta sendiri, tapi bkan bermakna anak perempuan kena biarkan abg2 deorg hidup merana,tidak boleh sama sekali! rumah itu tetap rumah kita. kita membesar sama2 disana. :)

Rumah pusaka minangkabau besar kot, selesa, suami duduk goyang kaki, bulan2 tak perlu bayar sewa rumah, asal layan isteri baik, dapatkah semua tu, kalau tidak, kena halau jawabnya! (mmg patut pung)

Jadi apa korg tunggu lagi? Kawen ngan org pompuan n9 laaa...p pastikan yg duduk area Kuala Pilah, Tampin, Seri Menanti, Johol, Rembau...ni yg kayanya anak daranya....hehehehe~

ini bukan budak Pilah.




Sunday, April 8, 2012

Palestin tak perlukan air mata kita

Apa yg patut kita doakan, adalah saudara kita di Palestin. ohhhh~~~air mataku mencurah murah sekali dikeheningan malam ini...hati siapa yg tidak "terpause" bila terlihat gambar bawah ni? Ce cakap sape? Dia adalah saudara kita sendiri! yg ditembak oleh musuh kita sendiri.Israel! mungkin ada yg tak kesah sgt pasal anak kecil tu... bukan cousin dia, bukan anak Mak Long diorg pun....kalau ada hati yg terfikir mcm tu, berhentilah jadi manusia. Adanya kamu di dunia ni, atau hilangnya kamu dari dunia ini, serupa saja keadaannya. Lebih baik lagi digantikan dengan nyawa mereka yg terkorban di jalan Allah ini. :(


Ibu bayi ni ditembak oleh askar Israel, tembakan 
itu tembus hingga ke janin.



Kejamnya diri kita adalah bilamana kita melupakan saudara kita di Palestin. 

PS: doa untuk Palestin ye korg semua. tengah nangis nak telefon mak jap . hehe~

Saturday, April 7, 2012

Makcik facebook ni.....! hmmmmmm...


Pekerjaan yg paling menggugat nafsu Tulus adalah bila online pepagi, kemudian makcik2 facebooker send pic via mobile, send plak gegambar makanan yg takle nak dapat kat China. hurm...memanglah makcik2 ni kan...tahulah kaya, pagi2 makan keropok lekor..hehe. Kite kat sini makan pau kosong je taw~ :D
mcm kungfu panda tak???

Tapi serious. pagi ni memang ngidam keropok lekor. hurmm..luahan hati kempunan..sedih~~~
Mak! :(


Aku Robot Yang Lupakan Penciptaku

✿~ Bila aku nak exam, aku doa kat Dia, Penciptaku nak excellent mark.


 ✿~ Bila exam dah habis, dah relax2, kepala pun dah tak berat fikir pasal soklan exam, aku jarang2 sangat plak contact ngan Penciptaku. ~ aku lupakan Penciptaku 






✿~Bila aku tengah lapa nak makan, aku sebut namaNya yg memberiku rezeki pada saat itu
]
✿~Bila aku dah kenyang, aku lupa nak ucap syukur padaNya yg empunya segala rezeki~aku lupakan Penciptaku




✿~Bila aku sakit, aku selalu ingat nak berdoa padaNya supaya sembuh, then dapatlah aku buat lebih banyak ibadat. Kalau badan sakit2 memang aku rasa alasan terbaik taknak beribadat(ponteng class!)


✿~Bila aku sihat walafiat, kenapa aku asyik lebih kat online, layan jiwanglah, layan korealah, layan balak2 yg tah sapa2 punya balak, kayu balak pun aku sanggup panjat.  Aku rasa lebih baiknya aku sakit dari aku terus gunakan masa sihatku untuk menda2 yg takdo pekdah camni. Bila masanya aku duduk sejenak bermanja manja dan bermesra dengan Penciptaku..?~aku lupakan Penciptaku






✿~Bila aku sleepy aku minta Penciptaku berikan aku tidur yg lena, mimpi yg romantik2, taknak mimpi yg scary2 movie, aku mengadu kat Penciptaku yg aku takleh nak cergas besok harinya kalau aku mimpi aku kena kejar ngan syaitan..betapa baiknya Penciptaku berikan aku tidur siap ngan package mimpi yg indah2. Tidur yg packagenya ada malaikat jaga dari malamku hingga subuhnku..


✿~Bila aku bangun, aku lupa terus kat Penciptaku yg bagi aku nyawa supaya haritu aku boleh bangun, boleh gosok gigi, masih boleh dengar makcik2 kat asramaku ni bertempik, boleh nampak betapa indahnya dunia sekelilingku..walau sesaat aku berat nak ucapkan syukur padaNya...~aku lupakan Penciptaku






✿~Bila cik anon cakap muka aku cantik, aku bagi credit pada Penciptaku. 


✿~Bila cik anon cakap muka aku hodoh, aku terus salahkan apa yg aku makan, foundation yg aku guna, blemish muka aku yg teruk. semua benda aku cuba semata2 untuk nampak cantik kat mata cik anon. Dah lupa nak guna otak untuk cari hikmah tujuan Pencipta aku jadikan mukaku sebegitu. 






✿~Bila aku susah ,kena aniaya, kena hentam, kena marah, kena fitnah, kena pulau, aku sedar diriku lemah, kaki yg sempurna 2 belah ni tak dapat nak papah aku lagi. hanya padaNya aku minta untuk bantu aku bangun dari terus jatuh.Aku minta moga segala sendi2 dalam tubuhku ini akan sentiasa gagah melangkah. 


✿~Bila aku kat atas, aku kejam! aku lupa bumi yg aku pijak. kalaulah waktu itu Penciptaku tarik nyawaku, agaknya bekalan yg mana untuk aku persembahkan untuk Penciptaku.~aku lupa Penciptaku






✿~Bila aku diberi cinta, aku lupa nak jaga kisah cintaku dengan Penciptaku. Aku Asyik~ mengalahkan Mas Idayu. Hati terikut nafsu.masa dilayang angin.kata berganti pujangga.sedang hati sangatlah rugi. yea..rindu awak. kalau tak berhubung, rasa langit mendung walau mentari bersinar cemerlang 


✿~Bila Jejaka Idaman menjarakkan diri, aku tersedar dari lamunan ..lamunan  indah selama ini terasa kepalsuan dunia semata. Cinta itu pun bukan aku yg cipta. dan bukan aku yg hina ini pemilik cinta itu. begitulah dan beginilah rasanya Penciptaku, bila aku sering meningalkanNya. sedihnya~.adoi. ini makannyaaa!~aku lupa Penciptaku






Semuanya Niatlah Kerana Allah. even Mencintai~

Ya Allah, Engkau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi
musim hidupku yg makin luruh ini dengan penuh ketaqwaan kepadaMu dan iringilah
aku dengan kejayaan yg cemerlang..

Helloooooooooooooooooooooooooooo~ Jiwang ok!




Thursday, April 5, 2012

Free Palestinan~

Love you Christiano <3



did we really support the "Free Palestinan"?? or we just being a big Hypocrite?

Questions101

1)  Sudahkah kita berusaha bersungguh untuk kembali mendekati AlQUran dan As Sunnah?Sebabnya kerana dengan berpandukan 100% pada 2 khazanah inilah yg mampu mengembalikan kemulian dan kesatuan kita.

2) Sudahkah kita selalu mendoakan kesejahteraan saudara kita? Sebabnya hanya doalah senjata seorang mukmim sejati.

3) Sudahkah kita sampaikan kepada org lain supaya mereka tahu dan boleh turut serta dalam perjuangan kita?

4) Sudahkah kita mengikut perkembangan di sana agar kita tahu cara untuk bertindak dari setiap aspek.

5) Maybe kita suka sangat makan mac Burger. sampai kita rasa lol~ beli satu mcFlurry rm 8 je pun. tak berapa nak tolong Israel beli senjata pun. Well, actually tulus pun camtu. tapi skrg baru tulus faham. betapa kejamnya tulus bila beli semua tu, dan betapa hypocrite tulus selama ni! antara <McD, Coke, Nestle, Dll! semua fave kan? hehe

5) Sudahkah kita kenali NGO di Malaysia atau di negara lain agar mudah untuk turut serta dalam perkembangan dan usaha mereka seperti Aqsa Syarif, Aman Palestin dan sebagainya. 



You can't say free Palestine when you go to Starbucks! It don't make any sense to me. & my comment is not directly to yousef don't get it twisted:) it's directly to those who go to Starbucks & represents free Palestine that's being a hypocrite #I'mJustSaying! (bukan ayat Tulus)