Sunday, March 18, 2012

Kisah Lumrah Hidup Yang Harus Kita Terima




Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya... sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di "share" untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.




Ulasan Tulus..
Samada kita jadikan dunia sebagai tempat persinggahan kumpul semua amalan untuk akhirat sana, atau kita jadikan dunia tempat pertama dalam hati kita untuk kemewahan, harta, nama dan pangkat semata-mata. Jangan tepuk dada tanya selera apa, nanti jawabnya dunia semata. 


Memang kita wajar ambil pengajaran dari kisah nenek ni . Jangan sesekali ambil apa yg bukan hak kita. Tapi, dari segi mata halus tulus terbayang-bayang bagaimana si nenek yg nasi untuk disuap diri sendiri pun takde, tapi kena tanggung denda yg dikenakan? memang niat tak menghalalkan cara, tapi si nenek terlalu darurat sampai sanggup mencuri hak org lain. kenapa tak dihalalkan saja makanan tu pada nenek yg darurat tu? mahal sangat ke harga ubi skrg ni? meh aku bayarkan!


Apa yg bermain kat fikiran Tulus ni mungkin agak melampau, tapi cuba kita bayangkan kalaulah nenek yg mencuri ni dari kalangan orang2 kaya, org2 ternama, mungkin anak2 tan sri ke, mungkin pemilik ladang ubi ni bukan saja menghalalkan ubinya pada nenek ni, malah mungkin akan beri lebih pada mereka2 yg berstatus seperti yg dinyatakan. 


Memang lumrah manusia pandang status siapa dan apa.  Kawan anak yg ayah dan ibunya berstatus dato' diberi layanan baik dari kawan anak yg parents berstatus kerja kampung. Menantu yg keretanya Mercedes dapat perhatian dari mertua dari menantu yg memandu kancil. Ohh ya ada lagi, kalau beri duit raya kat anak org biasa seringgit dua ringgit je, tapi kalau bagi duit raya kat anak YB sampai dua puloh hengget. kadang2 lagi banyak dari duit yg YB bagi!


What happen to the world today? Ask Yourself



8 comments:

Anonymous said...

dunia skarang kan..hmm

Unknown said...

dunia penuh kepalsuan

Anisa's Corner said...

sedihnya.. :(

Sofea said...

undang-undang tetap dijalankan, salah tetap salah, demi benda yang jujur, cara begini amat mulia. Sebiji macam cerita sinetron.

Unknown said...

Dunia akhir zaman

Ihsan Arifin said...

teringat ustaz azhar idrus cakap,
"lenim kite kene jage bukan takat tepi kain orang, dalam kain orang pun ye" :)

Atiqah Wadiah said...

Ya Allah,tersentuh bila baca

PearlKaz said...

ustazah sy pernah ckp, kalau mencuri hukumnya potong tangan (jika ikut hukum hudud) tapi itu pun bergantung pada keadaan. atas sebab apa dia mencuri, suka2 atau mmg dah terdesak. apa yg hakim Marzuki buat mmg betul... cerita ni sedih... :(