Sunday, December 4, 2011

Untuk yang Heavy Facebookers


Hari ini hampir semua orang di antara kita punyai akaun Facebook. Namun berapa orang


 yang menilai dan mengambil

berat tentang sumbangan saham pahala atau dosa yang sedang berjalan dari profile Facebook



 masing-masing? 


Ada orang berkata, ‘Eh, aku main FB suka-suka jer, tak kan berdosa kot?’. 


Kita harus faham setiap saat dalam hidup, kita tidak akan terlepas dari 6 keadaan iaitu:

1。 Halal

2。 Haram

3。 Wajib

4。 sunat

5。 Makruh

6。 Harus 



*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★* 


Hukum menggunakan FB adalah ‘harus’. Namun apa yang kita kongsikan dalam FB itulah 



yang akan menentukan samada ia halal atau haram, memberikan kita saham dosa atau 


pahala. 






Antara dosa yang sering dilakukan tanpa sedar adalah: 



1。 Meletakkan gambar sendiri yang tidak menutup aurat. 



2。 Menyebarkan gambar orang lain yang tak tutup aurat. 



3。 Menyebarkan fitnah dan umpatan. 



4。 Berbual mesra (chatting) antara lelaki dengan perempuan dengan kata-kata yang boleh menaikkan syahwat. 



5。 Mengorat anak gadis (dengan cara yang salah) dan isteri orang. 



6。 Membuka aib diri, keluarga dan orang-orang yang dikenali. 



7。 Menggunakan bahasa-bahasa yang kesat.

8。 Menyakitkan hati orang lain dan. 


*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★* 


Renungkan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di atas dan semak balik cara



 kitamenggunakan FB selama ini. 



Adakah FB kita memberikan sumbangan pahala atau sumbangan dosa kepada kita?



Ketahuilah hampir setiap hari ada puluhan, ratusan malah mungkin ribuan orang yang



 melihat dan membaca FB kita. Sanggupkah kita menanggung semua dosa yang diterima dari


 setiap orang yang menjengok FB

kita? Mereka bukan setakat menjengok segala post dan gambar kita tetapi mungkin akan tag



 dan share gambar dan

semua post yang kita tulis kepada rakan-rakan mereka. 


*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★* 


Tindakan Yang Harus Diambil Sekarang! 



Buang semua gambar yang tidak menutup aurat, tabbaruj dan gambar-gambar yang tidak sopan. 



Buang gambar-gambar orang lain seperti artis, wanita cantik dan mana-mana gambar yang



 tidak menutup aurat, seksi, aksi lucah dan seumpamanya. 



Buang semua status yang berbentuk umpatan, fitnah, tiada kebenaran dan mungkin punyai



 kata-kata yang menyakitkan hati orang. 



Mohon maaf di atas semua kesalahan yang dilakukan. Seandainya FB kita membawa saham



 dosa, maka jika ditakdirkan esok kita meninggal dunia, saham dosa itu akan terusberjalan


 selagi orang melihat dan berkongsi apa jua yang kita

letakkan dalam FB itu. 



Sebaliknya jika saham pahala yang kita perolehi, bersyukurlah kepada Allah kerana saham



 itu tidak akan putus selagi orang lain memanfaatknnya.


 



Subhanallah… 


ps//saya share dari Facebook sis Te Amo..

5 comments:

syakirahmn said...

semua orang patut sedar pasal benda ni kan..

kaka said...

terima kasih tulus sweet..info yang sangat2 sentap batang hidung kaka..nak kena berubah ni :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

tanpa sedar dan sedar sebenarnya...
apapun, ambil kebaikan sajalah.. kan? eh lalat tu nmpak so real...!

Tulus Sweet said...

syakey* InsyaAllah....semua org kena buka hati untuk dapat hidayah...:)

kaka* amin...berubah demi kehidupan yg lebih kekal di akhirat sana..cehh :p

fie syg* yup2! tanpa sedari. alhamdulillah akak pun dah sedar. semoga semua di berkati Allah. :)
ps : i was too at first thought that my lp was very dirt that makes the flies came! :p

cimöt said...

hemmmm..kekadang tu tak pasan pon..pasni kena careful..