Monday, November 14, 2016

Murid Markah Paling Tinggi VS Murid Markah Cemerlang

Sekolah sepatutnya jadi tempat menggalakkan lagi murid untuk belajar bukannya jadi tempat untuk membanding-bandingkan murid. Kita semua terbiasa dengan memberi hadiah cuma pada pelajar yang dapat markah paling tinggi dalam kelas. Habis macam mana dengan murid lain yang dapat A tapi dapat markah kedua atau ketiga tertinggi dalam kelas sedangkan usaha mereka juga harus diberi imbuhan.

Tak wajarkah mereka juga dapat penghargaan sedangkan mereka juga telah berusaha untuk dapat markah cemerlang? Tak bolehkah untuk tahun 2017 ni akan ada perubahan dimana kalau murid yang dapat markah tertinggi cukuplah dapat satu atau dua saja hadiah? Untuk subjek lain pula pihak sekolah bagi juga pada murid lain sebagai galakan kepada mereka, dan biar mereka juga merasa naik ke pentas macam murid bijak pandai disekolah itu?

Saya tahu sekiranya suatu hari nanti saya ada peluang untuk usulkan dalam mesyuarat mesti cadangan saya ditolak ditendang habis-habisan oleh guru-guru lain. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana yang mendapat hadiah markah tertinggi setiap tahun itu didominasi oleh anak-anak mereka. Mereka nak tengok anak-anak mereka berulang-alik naik ke pentas ambil hadiah.

Memang naluri seorang ibu bapa itu akan bangga bila anak mereka naik ke pentas, tapi bagaimana pula dengan perasaan ibu bapa yang sama-sama berkerah keringat menghantar anak ke sekolah macam anda? Mereka pun mahu anak mereka terima habuan sekali-sekala. Betul tak?

Kisahnya bila disekolah menengah pula kalau kelas sains mesti label sebagai kelas A, LKJ pula kelas B, akaun pula kelas C. Dari situ pun boleh tengok macam mana mereka mind set kan fikiran kita untuk rasa diri lebih bagus kalau berada di kelas A. Tak semestinya kita dalam kelas sains kita lebih bagus. Ada seorang pelajar dari kelas A dulu sampai sekarang masih menganggur tunggu postingnya yang entah bila berbanding kawan-kawan yang kononnya kelas belakang yang sekarang dah siap beli kereta dan rumah dan ada kerjaya sendiri. ( Hmm..sape lagi yang menganggur tu kalau bukan aku)

Lagi satu, janganlah sempitkan fikiran. Dah banyak kali perkara yang sama terjadi, iaitu murid yang cemerlang di sekolah belum tentu lagi dapat kerja yang setimpal dengan zaman kegemilangan mereka disekolah. Ramai yang kecundang bila tiada lagi panduan dari guru-guru setibanya mereka melangkah ke alam universiti. Berbeza pula dengan ketinggian survival murid yang tidak begitu cemerlang dalam akademik semasa zaman sekolah dulu. Mereka ada kelebihan yang pelajar cemerlang tak ada iaitu cari duit dan berniaga.

Jadi toksahlah membanding-bandingkan murid. Kalau ditadika tu bagi jelah murid hadiah sama rata. Nampak macam benda kecil tapi perkara macam inilah yang akan terkesan sampai mereka besar nanti.

Daie yang keciwa~

No comments: