Jadi bila dah habis part 1 yang tak berapa nak complete tu aku pun tutup tirai part satu dengan kesimpulannya, permulaan jaulah yang sangat baik. Bagai meniti di atas titi, bawahnya ada tiang, atasnya ada gantungan. Rentak hati tak gentar dengan cabaran yang bakal kunjung tiba. Cuma doa musafir jadi taruhan.
berdoa untuk dipermudahkan, lalu Allah hantarkan kami Li Laoshi.
berdoa untuk kesihatan badan, sepanjang perjalanan tak pernah rasa loya dan pening.
memang betullah apa org kata, doa seorang musafir, jika ikhlas kerana Allah, insyaAllah akan termakbul.
dalam hati menyesal tak doa tok bakal suami~ :P
Ini adalah pemandangan yang tercantik yang pernah aku lihat. Ya Allah.....hebat sungguh ciptaanMu!
Terlebih indah. Agaknya syurga nanti macam mana ya...
Tengoklah...hebat tak aku!? yang berbudi pada tanah adalah mereka, yang mengkaut hasilnya adalah aku.hehe. Manisnya lobak tu sampai boleh dimakan mentah2.
Berapa agaknya ukur lilit pipi aku dah eh? huhu...
Hah! Nampak tak kenapa kitorang semua pegang cangkul tuu??
Pergh~ Allah memang dah bagi rezeki kat kitorang masa ni nak makan lobak"anggur". lobak anggur tu..Haahhh..lagi sekali, "ekau ado?"
Time ni aku betul2 teringat kat wan. Dulu masa kecik2 aku selalu tengok wan aku tanam ubi, kacang panjang, tomato, epal, strawbery dll kat blkg rumah tu. Bila wan suruh aku cangkul tanah aku cabut lari masuk bilik. Bila wan suh aku siram pokok tu aku amek basikal terus pecut g rumah kawan. Sekarang bila dah terulang sejarah hah barula aku nak emo. Rindu kampungla, tanah la,,,apa lah! Apa pun dah tak boleh. Beijng nak carik mana tanah nak tajam pokok? Salji ado la. Kadang2 bukan excited sangat nak buat benda2 macam ni semua..bagi aku yang anak orang kampung jati kualo pilah ni, setakat cangkul tu alahai...potik jari jo.
Tapi aku cuba bayangkan pada hari tu...kalau aku duduk kat situ,.aku bukan setakat ingin berbudi pada tanah sebagai hobi, tapi amat bergantungan pada hasilnya untuk menyara hidup aku dengan keluargaku..
Memang tak dinafikan, keadaan kampung ni dan daerah disekitar agak daif. Jauh sekali keadaanya nak lihat kemajuan untuk Wei ning dalam masa terdekat ini. Entah mana silapnya Islam di sini amat kuat dan ramai, cuma taraf hidup mereka agak menyedihkan..
Banyak sungguh pengajaran yang kitorang dapat walau hanya baru sepertiga masa di sana.
Lepas solat jamak di masjid, kami dijemput untuk makan tengahari di rumah somebody yg dikenali sebagai "Pakcik Jaga Masjid". hehe
Rumah dia rmh dekat je dari masjid. jadi inilah pemandangan sepanjang perjalanan ke rumah dia.
Buat korang yang rasa jijik tengok tahi lembu, atau tengok lembu, atau tengok ayam, atau tahi ayam...memang sahlah korang ni tak adventure. Aka agak jaga "standard".
Bukanlah cakap aku tak kisah dengan persekitaran yang macam ni, tapi walau macam mana pun, berlapang dada kan kunci awet muda. hehe. Atau mungkinkah sebab kuala pilah mmg banyak taik lembu? huhu
Muka masing2~~ L A P A R O K.
Mari aku nak explainkan apa yang spesel pasal meja tu...
Jadi didalam terobong dalam tu ada api, ini bagi memanaskan rumah dan boleh jugak kata sbg penganti mikrowave. Aku suka benda alah ni. Nanti nak buat satu kat lam rumah...jadi makanan yang terhidayang akan sentiasa panas... pergh ni kalau masak sup tomyam ni.......pergh!
Memang menjadi lumrah buat orang cina tak kita muslim atau tidak, budaya masak tak ingat dunia bila tetamu datang bertandang.
Orang kita bila bersaudara tak semestinya ikhlas.
Bagi mereka tak kira kita orang mana, keikhlasan bersaudara itu pasti.
Lihat saja lauk yang terhidang. Ku susun sepuluh jari minta maaf jika tak terbuat sebegitu rupa.
Ini Lao Da. Anak kepada tuan rumah tadi....dan, perkenalkan juga adik angkat baru saya...
Kalau nak ikutkan aku geli jugak dengan perkataan angkat2 ni...Meremang bulu tengkuk!
Tapi aku yakin yang aku dah meletakkan tittle tu pada mereka yang selayaknya menerima kasih seorang kakak. Sesunggunya kisah Lao Da sgt menyedihkan. Aku bagai dicucuk2 dengan duri durian bila mendengar kisahnya yg buat aku insaf! Selama ni aku malas sikit dah taknak g kelas. Hujan renyai2 dah ada timbul perasaan nak sambung tido, goodbye forever kelas hanyu.
Tapi kisahnya laoda, terpaksa berjalan kaki ke sekolah, hari2, jaraknya dari sekolah akan mengambil masa selama sejam......Ya Allah...Hebatnya mereka!
Bila aku tanya pada Lao Da dah besar nak jadi apa? Dia kata, kalau boleh nak study kat Singapura, nanti nak kerja kat sana...Nampaknya kedatangan org Singapura ke tempat terpencil sebegini buatkan mereka sangat kagum dan mededikasikan mereka untuk lihat sendiri bagaimana Singapura itu. orang yang hebat2, negara yang bagus. aku mengerti itu dalam hati mereka. Apa yang aku malu kan pada mereka, bukan kerna mereka rajin, tapi mereka ada apa yang aku masih tidak ada waktuku diawal usia mereka, iaitu cita2...
Lao Da...kakak rindu awak..:(
Kuatnya ukhwah mereka disini, sekali mereka pegang tanganmu, genggaman pasti takkan pernah longlai, malah makin erat seperti tak mahu lepaskan kembali...
Hampir sejam bersama Lao Da makin malu aku dengan sikap matangnya..Orangnya jauh lebih muda dariku, tapi hati dan fikirannya 1000 kali dah meninggalkan sengkeknya pemikiranku...
Anak kecil disini, tiada permainan yang berbeza dengan zaman ku dahulu.
cuma bezanya mungkin aku kenal yang diluar sana ada bola yang boleh dilambung-lambung, disepak2, direbut2 dengan kawan2...
cuma bezanya mungkin aku kenal apa erti bersih dan ubat bila tanganku luka.
cuma bezanya aku ada pilihan bermain apa yang aku nak, mereka tiada.
Anak kecil disini tahukah agaknya diluar sana ,sudah ada komputer?
Anak kecil disini tahukah agaknya diluar sana, bermainnya dalam gelanggang?
Anak kecil disini tahukah agaknya yang mereka perlukan adalah sebuah gelongsor???
Rebah aku sedih.....
InshaAllah bersambung dibahagian ke 3
2 comments:
seronoknyaa..
cantik. seronoknya^^
Post a Comment