Friday, January 25, 2013

Kisah Jaulah Pertamaku. Yunnan part1

Atas flight, aku kena soal, kenapa aku beriya-iya nak follow jaulah ke Yunnan kali ni..insyaAllah niat aku tak lain tak bukan kerana Allah. Tapi..agaknya, apa kaedah yang paling betul aku nak jawab soalan itu? huhu...aku rasa belum pernah ada orang lain tanya niat aku untuk buat sesuatu selama ni.Selalunya kena suruh betulkanniat je, kali ni kena tanya sekali. Adoyai~ aku rasa macam agak down jugak bila kena tembak ngan soalan tu. Aku pun da takde alternatif lain, pandang ke luar tingkap kapal terbang, tengok awan2 yang cantik tu....Alhamdulillah tenang...

Lepas aku ingat soalan tu bergantung takde tali, tiba2 kena shoot lagi sekali, soalan kali ni adalah, "adakah aku ikut jaulah kali ni sebab aku taknak ketinggalan?" tet!
Sekali lagi aku berpaling ke arah tingkap, tengok awan, amek bantal busuk yang aku pangku dari tadi, kemudian dibuai mimpi...tapi lupa plak aku mimpi apa masa tu.

Walaubagaimanapun, aku taklah cepat melatah bila kena tuju soalan2 yang agak umum ni. Takkan la baru kena shoot sikit dah masam muka, macam budak2lah camtu kan??banyak mende lain nak wat selain majok....lepas fikir panjang, aku anggap sajalah yang soalan tadi tu Allah yang beri peringatan pada aku supaya niat aku betul, pergi yunnan bukan sebab nak shopping, nak cari teman baru, nak metedarah makanan yang sodap2 kat sanun, dan lain lain lagila. Terimalah kasih dari aku pada penyoal tu. huhu.

Peace!

Aku tatau nak stat dari mana story aku ni. mungkin aku sebagai seorang yang skema akan gtaw tarikh aku pergi yunnan dulu kot. 12.1.2013 adalah tarikh keramat berangkatnya aku dan 6 org lagi sahabat aku ke yunnan. Mungkin aku ni tak berapa nak lekat sngat kalau time meeting. Time meeting je mula carik alasan nak g beli brglah apa la....masa before flight aku call abah nak gtaw yg flight kali ni sejam nak sampai ke sana. letak je phone kawan pandang aku, "4 jam ok!"......
ok..elokla aku baru tahu~

Alhamdulillah lepas tidur bagun tidur bagun golek kiri kanan akhirnya sampai jugak ke airport Kunming, Yunnan.
Sampai je kat airport, kitorang kena jemput ngan sorg mamat yaa ng tak berapa nak kenal. Dia perkenalkan diri dia sbg "Abang Ma". Rupanya dia ni sukarela nak jemput kitorang...

Dari Kunming,Brother Ma bawak kitorang terus bergerak ke 昭通,(ZhaoTong).dari kunming ke Zhao Tong ingat main2 ke.....naik kereta 8 jam taw!Maunnya tak patah pinggang. Berpacket2 kuaci kitorang lantak. layan gila!

Bayangkan sepanjang perjalanan semuanya cerun, gunung2, yang tinggi. Masya Allah! Cantik+ngilu. Kat negeri ado bukit putus je...huhu.bygkan ini 10 kali ganda lagi tinggi dan luas dari bukit putus tu...





Kitorang panggil dia Li Laoshi. Ibarat seorang ayah. Tak pernah penat layan karenah kitorang. Li Laoshilah yang 24 7 bawa kitorang melawat sekitar madrasah di Zhaotong.Tak sangka dikawasan yang serba kekurangan ni, rupanya masih teguh berdiri sebuah madarsah yang menempatkan bakal2 mufti, ustaz dan ustazah yang bakal meneruskan dakwah di seluruh China suatu hari nanti.


Apa yang korang lihat sekarang ni bukan gambar semata. Tapi realiti kehidupan asrama mereka...Buat masa ni pelajar2 semua cuti. Jadi kitorang tak sempat nak berkenalan dengan diorang...Keadaan yang bagi aku boleh dikatakan daif juga...Bila berada dalam bilik ni, aku malu! rasa marah pada diri sendiri. Jika dibandingkan dengan mereka, aku jauh lebih untung. Bilik mereka takde heater, tiada karpet bila berjalan atas lantai yang sejuk itu, tapi kenapa aku sikit pun tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni.....!


Inilah keadaan surau pelajar perempuan. Tengok betul2 gambar ni dan bayangkan surau di tempat korang...
apa lagi alasan untuk kita tidak bersyukur?


Ini pula tempat air sembahyang mereka.Suhu hari tu dalam negatif 1. tiada air panas, masyaAllah kuatnya hati mereka!


Antara kata-kata semangat mereka...



Didepan adalah asrama pelajar lelaki....


Keadaan daam asrama perempuan. aku hampir2 rebah bila tengok keadaan kat sini. Betapa tunduknya aku tak sanggup bayangkan jika aku yang dihantar Allah untuk menuntut ilmu disini...Bayangkan betapa kuatnya azam mereka untuk menuntut ilmu bekalan dihari akhir nanti...InsyaAllah!!!



Dari jauh kitorang nampak sebuah kotak yang agak misteri..rupanya didalamnya ada tersimpan bekalan daging lembu dari raya korban tahun-tahun lepas. Nampak sangat beza mereka dengan kita. apa yang kita buat dengan makanan yang kita tak habis?? kita buang. kita taknak habiskan dengan alasan dah kenyang.walhal demi berjimat, deorang sanggup simpan daging lembu bertahun-tahun untuk taknak kasi membazir. Aku tertanya-tanya apa pak imam dimalaysia ni akan buat ngan daging korban bila dah seminggu lam peti ais..~


Pandangan dari atas sekitar kawasan madrasah ni.



Mungkin apa yang aku paparkan kat sini tak cukup lengkap. Tapi  tujuan kenapa aku blogkan semua ni, adalah untuk kita semua ambil iktibar. Sesungguhnya kita hidup didunia ni belum pernah lagi diuji dengan kesempitan hidup, apa yang kita nak semua ada didepan mata. taraf kita antara ada dan tak ada je. Bukan mewah tapi ada apa yang diperlukan. Bukan seperti mereka. keperluan tu tak cukup lagi, tapi apa yang ada itu pun dah cukup bagi mereka.

Jawapan bagi soalan yang diatas, bagi aku, bukan kira kita tak nak ketinggalan atau tidak, tapi bila peluang dah ada didepan mata, rebut jelah! hehee~

Kisah jaulah ni akan bersambung....
InsyaAllah....:)









5 comments:

Nik said...

best dapat lihat negara org. boleh bagi kita rasa yg kita ni sgt bertuah kan. kena bersyukur apa yg kita ada.

HaFizaH aYu said...

nikmat yg kita dpt kat tnh air sndri xterkira...syukur alhamdllah

Tulus Sweet said...

saya manusia yang lupa pada penciptanya. :(

inna_risna said...

jauh perjalanan luas pemandangan. kerna itu kita perlu bersyukur dgn apa yg kita ada krg nie. org lain d sana ada lagi yg lebih susah dr kita. *muhasabah diri. nice entry. ^_^

mdnasiridris said...

Assalaamu'alaikum

Saya amat berminat nak melawat tempat2 umat Islam di China. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing sahaja. Bandar2 besar ni, adalah umat Islam disana sini tapi tak seperti tempat yg anda lawati ini. saya harap anda dpt berikan maklumat lbh detail serta lampirkan no contact teman di kunming/xi'an. Kalau ada kesempatan.

Kemungkinan saya dan rakan2 semuanya dari jabatan bhs arab uia akan berkunjung ke Kunming/xi'an pd bln oct nanti, insha ALLAH. Saya pernah bertemu dgn orang islam kunming/xi'an dan xinjiang sewaktu di beijing dahulu dan mereka fasih berbahasa arab. Kami nak tinjau pembelajaran bahasa arab disana.
Kami juga ingin backpacking dari kunming ke vietnam. Htp bg tipsnya.

Minggu lps kami backpacking ke chiangmai dgn airasia. Dari situ ke Tachilek, myanmar dan ke sempadan lais dgn bas.
جزاك الله خيرا