Monday, October 29, 2012

RAYA HAJI di Beijng

Antara ramai2 nabi yg kita sayangi, nabi yg paling banyak terima dugaan besar dalan hidupnya, adalah Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim kerana taat dan setianya pada perintah Allah, sanggup meniggalkan isteri, Siti Hajar dan anak tersayang, Nabi Ismail, semuanya kerana perintah Allah

Hanya doa inilah yang keluar dari mulutnya, di hadapkannya ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa: Ya Tuhan kami, aku telah tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tiada pepohon dan buah buahan. Ya Tuhan kami, agar mereka mendirikan sembahyang maka jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, dan berilah mereka rezeki dari buah buahan, mudah mudahan mereka berterima kasih atas semua itu.

Perintah Allah  yang paling berat untuk Nabi Ibrahim, adalah Nabi Ibrahim diperintah untuk menyembelih anak kesayangannya , iatu nabi Ismail..

Malam itu, Nabi Ibrahim dalam mimpinya , 3 kali bermimpi diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Ye, Nabi Ismail ketika itu sudah bertahun-tahun tidak bertemu dengan anaknya...Apakah perasaan anaknya apabila ayahandanya balik, semata-mata untuk menyembelihnya..

Alhamdulillah..Demi Allah, dia merelakan dirinya disembelih oleh ayahnya sendiri. 

Selepas tu , apa jadi??

Malaikat turun dengan membawa seekor kibas yg gemuk dan sihat. Malaikat tu pun berkata, "Hai Ibrahim , sembelihlah kibas ini sebagai ganti anakmu Ismail itu , makanlah dagingnya, jadikanlah hari ini hari raya bagimu berdua, dan sedekahkanlah sebahagian dari dagingnya untuk fakir miskin dan sbg korban. 


Yang sebenarnya leher atau jiwa Ismail , tidak sepadan kalau hanya ditebus dengan seekor kibas saja, bahkan hingga sekarang, sejak beribu-ribu tahun,pengorbanan dan keikhlasan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tidak sepadan kalau ditebus dengan menyembelih seluruh kibas yg hidup di seluruh permukaan bumi ini. 


Apa pula yg sudah kita korbankan demi agama Allah? kita dahla susah nak tinggalkan benda yg Allah tak suka, macam manalah kita nak sampai ke tahap iman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail..


Jadi raya haji aritu aku , sudah 2 tahun berturut pilih untuk tunaikan solat raya kat embassy.
Bukan apa, aku ada member kat sana, Abg Zul, even dah de anak ttp panggil dia abg zul. entahlah senior aku yg stat. Dulu pun aku raya umah dia, kalau nak tengok silala tengok link ni... 


Sebenarnya aku, kawan2, ngan beberapa junior keluar agak awal, mula2 kitorang nak ambil teksi nak untuk pergi embassy, macam dah agak benda akan jadik, teksi takde. jadi kitorang amek bus 94 terus sampai ke embassy. Bas agak sesak aritu, adoi~~~terpaksalah masukkan tangan ke dalam baju masing2, takut sampai kerat situ jelah air sembahyang kitorang...sampai2 je semua dah habis solat...

Lepas deorang solat, kitorang terpaksa solat sendiri. Asalkan solat..kalau tidak takde guna jalan jauh2 semata2 untuk makan...Moga Allah berkati kami semua hari tu...


Lepas solat, kitorang semua akan makan kat dewan, dah adat majlis, sape lambat memang akan makan lauk jela...itula yg aku lalui hari tu..dengar kata budak laki amek nasi banyak. Paneh ati den! hmm~~p aku bersyukur...Nasib baik niat kerana Allah.huhu....Tapi aku tahu, abg Zul mesti akan ajak ke rumah, makan2 kat rumah dia. Dulu akulah junior, senior yg bawa aku ke rumah abg Zul, Skrg akulah senior, bawa junior ke rumah abg zul pulak. Sedapnya kuih kak Niza buat.....:( nak lagi!



Dah solat zohor kat rumah abg zul, kitorang pun minta diri, sebab kak Niza kata lepas ni junior dari U lain nak dtg jgk..aku pun dah besar panjang, dah boleh fikir, kenalah bagi kak Niza rehat2 dulu sblm kena lain junior lain pulak yg nak dtg rumah dia. P deorang tak sempat rehat...sebab kitorang baru sampai kat gate tu, junior2 lain dah sampai..huhu



Aku pun cakap kat junior, hari masih cerah, rasa tak rocklah kalau balik hostel terus..
nasib baik aku dpt junior yg sama kepala ngan aku. Jadi aku pun bawalah deorang naik subway, pergi ke "SAN LI DUN". ini pun kali pertama aku g sana. (sedih! ) Ni cuma muka depan san li dun je. masuk dalam lagi dahsyat...

Lawa gila tempat tu. paling penting banyak restoran halal, Shopping


Inilah restoran pertama kat China ni yg aku pergi, deorang sediakan tempat untuk solat.Alhamdulillah...


Aku nampak paling muda. Walaupun menipu diri sendiri. Junior aku lagi hot
:(

Memang aku dah lama agak...malam lagi meriah! ni baru kat luar restoran tu...tak masuk lagi kat dalam2 pekan san li dun tu...P hari pun dah malam, kitorang kena balik sebab ada lagi tempat yg kitorang kena pergi! Makan free kat kedai Mee Tarik depan sekolah. :)


yg kiri tu, anak kepada pemilik kedai mee tarik tu.comelkan? umur 20 dah kahwin, skrg dah ada anak yg sgt comel..Yg buat peace tu Rahimah, junior yg belajar bahasa Melayu. Muda lagi dari aku. 19 tahun, kegilaan pelajar lelaki melayu kat sini. Ekhem!





Apalah kata2 budak yg jumpa aku malam2 buta tu,ngan masih pakai ju rayanya,,  Memanglah tak senonoh...dari pukul 7 pagi keluar, sampailah pukul 11 malam, pakai lagi baju raya..orang lain dah mandi dah buang make up aku masih lagi buat macam kat msia. huhu. Kata raya..



aku bet, suasana raya haji kat sini, dengan pelbagai bangsa asingnya, sangatlah syahdu dan meriah
Mana2 kitorang pergi, kalau jumpa je orang islam, tanpa kira warna kulit, semua akan ucapkan "Eid Mubarak"...

Tahun depan tahun terakhir aku boleh sambut raya haji kat sini..inshaAllah aku akan update raya kat masjid di mana pelosok benua china ni..doalah umur aku panjang lagi. :)

Semoga korang berbahagia di hari yg mulia ni :)

Salam...


4 comments:

Syafiqah Hashim said...

takpernah ada experience beraya di luar and berjauhan dengan family..heheee..teringin jugak kekadang...

Nik said...

best nya ade pengalaman beraya kat tempat org. yang penting tak raya sorang2 kan :)

Tulus Sweet said...

pikah* selagi boleh raya ngan famili rayalah ngan famili!! nanti dah berjauhjan sedih....huhuhuhu!

Tulus Sweet said...

kak nik* ya Allah harap takdelah raya sorg2....maun hantuk pale ke dinding jawabnya....huhuhuu