Monday, October 29, 2012

RAYA HAJI di Beijng

Antara ramai2 nabi yg kita sayangi, nabi yg paling banyak terima dugaan besar dalan hidupnya, adalah Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim kerana taat dan setianya pada perintah Allah, sanggup meniggalkan isteri, Siti Hajar dan anak tersayang, Nabi Ismail, semuanya kerana perintah Allah

Hanya doa inilah yang keluar dari mulutnya, di hadapkannya ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa: Ya Tuhan kami, aku telah tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tiada pepohon dan buah buahan. Ya Tuhan kami, agar mereka mendirikan sembahyang maka jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, dan berilah mereka rezeki dari buah buahan, mudah mudahan mereka berterima kasih atas semua itu.

Perintah Allah  yang paling berat untuk Nabi Ibrahim, adalah Nabi Ibrahim diperintah untuk menyembelih anak kesayangannya , iatu nabi Ismail..

Malam itu, Nabi Ibrahim dalam mimpinya , 3 kali bermimpi diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Ye, Nabi Ismail ketika itu sudah bertahun-tahun tidak bertemu dengan anaknya...Apakah perasaan anaknya apabila ayahandanya balik, semata-mata untuk menyembelihnya..

Alhamdulillah..Demi Allah, dia merelakan dirinya disembelih oleh ayahnya sendiri. 

Selepas tu , apa jadi??

Malaikat turun dengan membawa seekor kibas yg gemuk dan sihat. Malaikat tu pun berkata, "Hai Ibrahim , sembelihlah kibas ini sebagai ganti anakmu Ismail itu , makanlah dagingnya, jadikanlah hari ini hari raya bagimu berdua, dan sedekahkanlah sebahagian dari dagingnya untuk fakir miskin dan sbg korban. 


Yang sebenarnya leher atau jiwa Ismail , tidak sepadan kalau hanya ditebus dengan seekor kibas saja, bahkan hingga sekarang, sejak beribu-ribu tahun,pengorbanan dan keikhlasan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tidak sepadan kalau ditebus dengan menyembelih seluruh kibas yg hidup di seluruh permukaan bumi ini. 


Apa pula yg sudah kita korbankan demi agama Allah? kita dahla susah nak tinggalkan benda yg Allah tak suka, macam manalah kita nak sampai ke tahap iman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail..


Jadi raya haji aritu aku , sudah 2 tahun berturut pilih untuk tunaikan solat raya kat embassy.
Bukan apa, aku ada member kat sana, Abg Zul, even dah de anak ttp panggil dia abg zul. entahlah senior aku yg stat. Dulu pun aku raya umah dia, kalau nak tengok silala tengok link ni... 


Sebenarnya aku, kawan2, ngan beberapa junior keluar agak awal, mula2 kitorang nak ambil teksi nak untuk pergi embassy, macam dah agak benda akan jadik, teksi takde. jadi kitorang amek bus 94 terus sampai ke embassy. Bas agak sesak aritu, adoi~~~terpaksalah masukkan tangan ke dalam baju masing2, takut sampai kerat situ jelah air sembahyang kitorang...sampai2 je semua dah habis solat...

Lepas deorang solat, kitorang terpaksa solat sendiri. Asalkan solat..kalau tidak takde guna jalan jauh2 semata2 untuk makan...Moga Allah berkati kami semua hari tu...


Lepas solat, kitorang semua akan makan kat dewan, dah adat majlis, sape lambat memang akan makan lauk jela...itula yg aku lalui hari tu..dengar kata budak laki amek nasi banyak. Paneh ati den! hmm~~p aku bersyukur...Nasib baik niat kerana Allah.huhu....Tapi aku tahu, abg Zul mesti akan ajak ke rumah, makan2 kat rumah dia. Dulu akulah junior, senior yg bawa aku ke rumah abg Zul, Skrg akulah senior, bawa junior ke rumah abg zul pulak. Sedapnya kuih kak Niza buat.....:( nak lagi!



Dah solat zohor kat rumah abg zul, kitorang pun minta diri, sebab kak Niza kata lepas ni junior dari U lain nak dtg jgk..aku pun dah besar panjang, dah boleh fikir, kenalah bagi kak Niza rehat2 dulu sblm kena lain junior lain pulak yg nak dtg rumah dia. P deorang tak sempat rehat...sebab kitorang baru sampai kat gate tu, junior2 lain dah sampai..huhu



Aku pun cakap kat junior, hari masih cerah, rasa tak rocklah kalau balik hostel terus..
nasib baik aku dpt junior yg sama kepala ngan aku. Jadi aku pun bawalah deorang naik subway, pergi ke "SAN LI DUN". ini pun kali pertama aku g sana. (sedih! ) Ni cuma muka depan san li dun je. masuk dalam lagi dahsyat...

Lawa gila tempat tu. paling penting banyak restoran halal, Shopping


Inilah restoran pertama kat China ni yg aku pergi, deorang sediakan tempat untuk solat.Alhamdulillah...


Aku nampak paling muda. Walaupun menipu diri sendiri. Junior aku lagi hot
:(

Memang aku dah lama agak...malam lagi meriah! ni baru kat luar restoran tu...tak masuk lagi kat dalam2 pekan san li dun tu...P hari pun dah malam, kitorang kena balik sebab ada lagi tempat yg kitorang kena pergi! Makan free kat kedai Mee Tarik depan sekolah. :)


yg kiri tu, anak kepada pemilik kedai mee tarik tu.comelkan? umur 20 dah kahwin, skrg dah ada anak yg sgt comel..Yg buat peace tu Rahimah, junior yg belajar bahasa Melayu. Muda lagi dari aku. 19 tahun, kegilaan pelajar lelaki melayu kat sini. Ekhem!





Apalah kata2 budak yg jumpa aku malam2 buta tu,ngan masih pakai ju rayanya,,  Memanglah tak senonoh...dari pukul 7 pagi keluar, sampailah pukul 11 malam, pakai lagi baju raya..orang lain dah mandi dah buang make up aku masih lagi buat macam kat msia. huhu. Kata raya..



aku bet, suasana raya haji kat sini, dengan pelbagai bangsa asingnya, sangatlah syahdu dan meriah
Mana2 kitorang pergi, kalau jumpa je orang islam, tanpa kira warna kulit, semua akan ucapkan "Eid Mubarak"...

Tahun depan tahun terakhir aku boleh sambut raya haji kat sini..inshaAllah aku akan update raya kat masjid di mana pelosok benua china ni..doalah umur aku panjang lagi. :)

Semoga korang berbahagia di hari yg mulia ni :)

Salam...


Sunday, October 21, 2012

Pendakian dibumi AVATAR , Succes!!

Memang tak pernah terlintas dalam fikiran yang kata2 abah jadi doa untuk aku. abah selalu cakap yang film Avatar tu buat kat China.  abah paksa jugak aku pergi melawat tempat tu..nanti dah jadi cikgu boleh tunjuk kat anak murid yg aku dah berjaya mendaki gunug yang tinggiya lebih kurang 3++ tingkat tu. pergh~~ tak terbayang dek fikiran kan macam mana aku boleh panjat gunung setinggi tu dalam masa 4 jam sahaja. hehe. ni la aku nak cerita ni...

Jadi gunung yang korang panggil Avatar2 ni nama sebenarnya adalah gunung WuLingYuan 《武陵源》。terletak di Hunan. bahagian Selatan China. Untuk tahun ni, pihak U aku baik gila, sediakan flight lagi....huhu. yela kalau naik kereta api, paling lambat pun dalam 24jam. Lama tuu~~nanti masa habis dalam keretapi jelah.

Nama ibu negeri Hunan ni pulak ChangSha 《长沙》. ni aku nak ceta, dari ChangSha ke Wulingyuan ni jangan main2~~ Naik bas dalam 7 , 8 jam.thank you~ Kalau kat msia aku dah bole ulang alik ke Penang dah. memanglah patut nama China ni ditukar kepada nama Benua China.

Time aku sampai tu ....hmmm~~ aku pun tak faham orang China ni suka main tolak2. Ganas....Kasar! Kadang2 sampai satu tahap tu aku marah jugak pada mak cik2, pak cik2 ni....bukan nak kurang aja. Tapi sakit kot kena tolak.bahu aku dah lebam dah sebab tersepit kat pintu besi. Meluat jugak kdag2 tu. Tatau la apo kono ea orang kek sini. Semua nak cepat2 je. Takle sabar langsung. Aku berharapa sangat2 kita Sbg rakyat msia jgnlah ada buat perkara gini. Sabar kan legi sopan. ekhem!

Cuaca kat sana....hmm...Nyaman. Tak sejuk mana pun. Mungkin sebab lokasi dia yg jauh dari Utara, atau mungkin belum masuk winter lagi. Jadi pakai sweater pun ok lagi. Tapi bagi aku sweater tu dalam bilik bolehlah. Aku mmg sorg yg sangat takutkan sejuk. kalau boleh nak beli je pemanas katil. P nanti kalau pnas sngt naik jerawat plak..Aiyo~~ macam2 hallah!

Bila dah sampai di satu2 tempat, kita akan dibawa naik ke atas pucak bukit menggunakan bas tempat tu. Kemudian tibalah saaat yg paling aku takut...Naik LIF!!!!





nila budak kelas aku. Aku rasa masing2 dalam pic ni bukan suka sangat melancong. Paling kurang pun duduk dalam bilik, online. huhu


ini la lif aku maksudkan tu...tinggi!! kalah KlCC. yeke? jap, entah...gambar ihsan dari kawan aku.



familiar x? 



abaikan muka Tulus.. mmg dah rupa nenek kebayan dah masing2. penat turun naik tangga. yg nak korang tengok kat sini jambatan belakang tu...Avatar sgt~


ini di namakan kunci2 cinta. Buat pasangan yang percaya benda2 tahyul bolehlah daki gunung ni dah kuncikan cinta anda disini. huhu



biar bear ganti diriku.


 ini pemandangan dari dalam bas. selain bukit avatar tu, kita akan dibawa melawat tempat lain . besar subhanallah tempat ni. Perjalan dari bukit ni ke bukit lain menggunakan van guna dah ambil masa dalam 40 minit. itu pun kalau bawa setengah laju. Jalannya MashaAllah....sp yg pernah lalu bukit putus tu fahamlah.
 nanti korang jangan lupa mark nama korang bila dah ada di atas. inshaAllah ada rezeki aku akan kembali dengan anak2 ke tempat ni. :)


bosan time beratur untuk dptkan van .


korang cuma diberi dua cara untuk turun. pertama korang boleh naik cable car ni, kedua korang pilih untuk jalan kaki yg jauhnya mungkin dari seremban ke kl. hmmm~~ aku sorang yg sangat2 takutkan ketinggian. walaupun tempat ni selamat, aku masih  tak boleh tahan diri aku dari berfikir apa yg bakal berlaku sekiranya benda ni tak berfungsi dengan baik. ya Allah...penakut! tapi walau mcm mana pun aku berjaya jugak atasi ketakutan aku. Tq kawan2. dan aku percaya setiap orang ada malaikat yg jaga , apa yg penting kita cuma perlu percaya pada Allah itu sendiri.. ;)


now dah smpai Beijing. beijing dah mula nak stat musim sejuk. Jadi sp2 yg nak tengok salji tu boleh la simpan duit dan fly dalam bulan 1. inshaAllah kalau ada rezeki bolelah kita jumpa. :)

till then, Salam

Friday, October 12, 2012

Kena Tampar






.....sebenarnya, 'tak ada' istilah DOSA BESAR atau DOSA KECIL kalau kita fikirkan 'status' kepada siapa dosa itu kita buat. 

Yelah.....selama ni, dengan boss atau orang tersayang, boleh pula kita sehabis daya elak buat hal kecil2 yang tid
ak mereka sukai...hanya kerana kasih, respect atau terlalu cinta.

Tapi bila dengan Allah...boleh pula kita berkira dan ambil mudah. Untuk buat dosa kecil atau makruh itu...tak rasa bersalah mana pun dalam hati.

Hmmmmm....betul ke kita 'hormat' Allah sepenuh hati selama ni?





-Suraya Daud






Saturday, October 6, 2012

Happening Night (国庆节)China Indepent'S Day

Tarikh negara China mendapat kemerdekaan 10.1.1949 atau lebih dikenali sebagai 10.1 (Shi yi). Bagi aku rakyat China sangat patriotik. Chinese hate America. And will always be~ asal borak je mesti cakap yang orang Amerika ni jahat. And that is the fact! America is the real terrorist.Poor Afghan, and the rest of it. Pantang je ada negara Islam kat dunia mesti orang putih akan amek kesempatan nak pecah belahkan umatnya. Just take a look at Indonesia and Msia. Entah syaitan manalah yg hasut umatnya sampai dah tak bersatu.Wasnt it just a waste of Ummah?For me its a political issue that we're missing to take care of.  These 2 Islamic country will be so much powerful when the ummah were really unite under one book , the Qoran. Sometimes the muslim were lacking in Giving, but more in Taking. Until now , western people are more likely to make us to apply their Westinizer in our daily life.The saddest part is some of us nowaday are more into westinizer because they thought it is more easier. They were wrong. (sorrylah terspeaking plak en)

Sesepet sepet mata orang China pun deorang syg kat negara diorang . Diorang tak kasi orang luar uruskan negara dia. Negara kita, kita yang harus jaga. Bukan orang luar. Harapnya umat Islam di Msia cepat sedar tentang semua ni. Sebelum terlambat

Jadi , atas sebab nak semua rakyat China pergi sama2 menjayakan perarakan di dataran Tian Anmen, China kasi cuti seminggu! Yea~~ :) Perarakan ini bertujuan menunjuk pada dunia yg China skrg sudah boleh berbangga dengan tentera2 mereka. Memanglah kalau tengok tenteranya mmg seramai2 manusia. Negara besarlah katakan...Walaupun aku tak pergi masa perarakan tu, tapi aku sempatlah jugak jenguk keadaan dataran tu pada waktu malam. 






Thank you.