Monday, June 4, 2012

Allah..buka pintu hatinya...A LIL PRAY FOR HER...


Mungkin bila saudara seislamku lebih menunjukkan akidah yg lebih baik,
Mungkin bila saudara seislamku lebih menjaga batas pergaulan,
Mungkin bila saudara seislamku lebih pentingkan disiplin,
Mungkin bila saudara seislamku lebih pandai berdakwah,
Mungkin bila saudara seislamku lebih menjaga auratnya,
Mungkin bila saudara seislamku lebih petah dalam beebicara tentang keindahan Islam itu padanya,
Mungkin bila saudara seislamku lebih kuat membacakan Al-Quran padanya
Mungkin bila kesemua kemungkinan berlaku..

Hatinya tersentuh untuk peluk Islam!
Hatinya merasakan sesuatu bila melihatku mendirikan solat!
Hatinya lebih bertanya-tanya adakah Allah itu wujud!
Hatinya rasa kosong tatkala sedang bergembira bersama kami!
Hatinya terdetik untuk bertanya hal-hal Islam!

yaAllah...kadang-kadang aku terfikir...kenapa kau beri sahabat yg bernama Yongju padaku..
kenapa bila kawan-kawannya pindah, dia masih disini bersama kami untuk menjalani kehidupan seharian bersama saudara-saudara semuslimku..kenapa aku dan dia boleh bertutur dalam bahasa yg sama...kalau bukan untuk aku berikannya Dakwah..

~Hasilnya....Selepas hampir setahun, dia tak kenal apa itu ucapan Assalammualaikum. ~ :(

Ya Allah! lemahnya aku! lemahnya akhlak umatmu disini Ya ALLAH!.... :(
sampai hati kecilnya amat susah untuk terima sinar hidayahmu itu....

Bukan salah dia. tapi salah kita. look around her...baginya tiada beza hidupnya yg sekarang dan selepas dia terima Islam. Berat tanggungjawab kita, apetah lagi bakal suaminya.

Doaku, semoga hatinya kau buka semasa di Malaysia nanti....

~Owh yang tu takpe, dulu kot. yg penting kite tarik orang yg da Islam tapi masih tak faham Islam, insyaAllah :)- kak Shidah.

~YongJu Lee, Daejon, KOREA. 姐,我爱你。。

2 comments:

Suhami Ahmad said...

semoga Allah turunkan hidayah padanya...

puteri nur aqiliah said...

insyaAllah.. one day:)