Friday, August 13, 2021

Impianku Sebelum Hari Jadi yang ke-30

Semalam, tanggal 13 Ogos 2021, genaplah usia aku yang ke 30. Welcome to 3 Series orang cakap. Meskipun memang tak pernah nak heboh kat mana2 pasal hari tu hari jadi aku, tapi dapat juga ucapan dari ramai sahabat. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya masih ada lagi insan yang mengingati aku dalam hari-hari mereka. Not to mention, student yang dah lama grad pun ada beri ucapan, bila aku tanya macam mana awak tahu? Dia cakap, dia dah saved dalam calendar. Sweet kan kami? heheh. 

Dipendekkan cerita, semalam aku terbaca post dari rakan lama, ex classmate, Nusha. Dalam posting di FB dia cakap pasal make time for urself sangat penting sebelum kau nak mula hadap dunia sebenar yang mana, berkhidmat 100% pada komitmen sebagai seorang isteri, dan mak pada 2 orang angels..(buat masa skrg masih 2) hehe. 

Dan..yup. Hari ini aku pilih untuk buat blog. Walau dah bermacam app terbaharu, tiktok lah, twitter lah, bigo la. Aku masih setia berblog. Sebab ini je yang sebati dalam jiwa aku. Aku boleh tulis sepanjang mana yg aku nak (selagi anak-anak masih tidur). Aku boleh mengimbau betapa bestnya dunia blog masa aku muda remaja. Lepas tu, blog ni, sangat rendah diri. Cuma orang yang terpilih saja yang akan terbuka hijabnya untuk baca blog kita. Someone yang betul-betul terpilih. Like you..

OK. Sebelum Kayla nangis nak mengempeng pagi-pagi ni, aku nak buka balik cerita masa tahun 2016/2017. Masa tu aku mula-mula kahwin. Belum ada kerja(menganggur), me and suami penganggur, tapi jangan salah faham, kami menunggu iv dan posting. Bukan main kawen je ye..hehe! Dalam masa yang sama, kami duduk di Kuantan, rumah mertua, suami bekerja dengan ayah mertua di gerai makan, manakala aku pula bekerja di sebuah butik, sebagai penjahit shawl. Alhamdulillah dikurniakan mertua yg terlalu baik dan penyayang. 

Setiap malam, sebelum tidur aku akan cuba tulis segala impian aku sebelum aku menginjak ke umur 30 tahun. Masa tu, aku tahu, kalau aku tak ada perancangan apa aku nak buat dimasa akan datang, habislah aku memang takkan ada apa-apa aset untuk keluarga kecil aku. 

Masa tulis tu, aku bukanlah terlalu beriya-iya, cuma aku banyakkan berdoa dan berusaha supaya dipermudahkan segala angan-angan aku. Aku memang berhajat dan bercadang nak tengok semula segala yang aku tulis ni, masa hari jadi aku yang 30. 

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Segala yang aku nyatakan menggunakan pena, ternyata menjadi doa lalu dikabulkan. 

Itulah tanda-tanda Allah cukup pemurah dengan hambanya.  Sentiasa memberi rezeki walaupun aku mengaku, kadang kala aku lupa juga nak tadah tangan ucapkan syukur. :(

Jom kita tengok checklist apa hajat aku yang aku tulis dalam diary tu. 


Hodoh betul english aku. Tulisan aku pun waktu ni...no komen. Dah la laki aku teacher. Haha



So aku tulis whishlist ni pada 27/2/2017. Aku ingat lagi waktu ni aku sorang-sorang dalam bilik, pukul 2 malam, besoknya nak bangun pergi kerja. Huhu...

Impian aku yang pertama, memang aku target nak ada anak lebih dari seorang sebelum usia aku menginjak 30. Aku pun tak tahu kenapa aku nak sangat anak lebih dari seorang sebelum aku 30. Mungkin sebab aku fikir aku masih kuat lagi.. Pastu aku rasa macam nak jimat masa. Biar penat sekarang, nanti anak-anak dah besar sikit, bolehlah kalau ada rezeki lagi Allah nak hadiahkan aku twin. hehe Aamin..:)

2 anak mak yang soleh dan solehah. 





Abdul Aziz Al-Malik Bin Muhammad Arif Firdaus. Penghuni rahim mak yang ketiga. Semoga Ujang jadi abang yang terbaik dan contoh tauladan buat adik-adik ya! Love you very much sayang. 



OK lepas ada anak, impian aku nak ada rumah dan kereta. Alhamdulillah. Masa mengandungkan Ujang, aku dapat rezeki beli kereta baru. Kereta yang dah cukup segalanya bagi aku..Janji kereta tu aku boleh bawa pergi kesana sini pergi cari rezeki, bawa anak jalan2, bawa mak abah jalan-jalan. Cukuplah. Dalam masa yg sama, suami pun dapat beli kereta baharu. Masa tu suami masih kerja di Pulau. Memang wajib ada kereta baru sebab perjalanan jauh sangat! Takut kereta rosak plak kat tengah jalan. 

Ok pasal rumah, aku lulus pinjaman LPPSA sebab aku penjawat awam. Plan asal aku nak buat rumah kat sawah depan ni...Memang tanah pusaka. Sayang dibiarkan macam tu je. Tapi ada masalah teknikal yg tak dapat dielakkan, aku pun tekad beli rumah. Dan aku rasa itu rumah yang terbaik, perancangan Allah sentiasa terbaik. Selalunya Allah akan tarik harapan kita itu dan hadiakan sesuatu yang kita perlukan. Bukan yang kita inginkan. Jadi tak perlulah kita mengeluh dan bersedih sekiranya apa yang kita hajati dapat dituruti ya..   :)

Ni masa kali pertama lawat rumah contoh. Aku ambil masa sehari je untuk setuju beli rumah ni. Hari isnin pergi tinjau, ni last unit untuk lot Semi D.Hari Rabu terus kol kak Fana, nak book rumah dan teruskan buat pinjaman. Hati ni terus terbuka bila Allah dah tunjukkan depan mata. 

Hari dapat kunci rumah. Alhamdulillah mak abah jadi saksi adik berjaya capai cita-cita dan angan-angan kecil. Semua ni untuk mak abah juga. Hadiah kecil dari adik buat mak abah walaupun adik sampai sekarang masih lagi dengan moody tak tentu pasal. Hehe!




Ok untuk whistlist yang ke 4 tu aku sekarang ni memang banyak menjual barang. Tupperware, kain pasang, tudung, aku bawa semua brg2 tu dalam kereta. Bab ni aku memang belum sampai tahap ada butik sendiri..Tapi jalan nak buka butik tu masih boleh diasah lagi. Buka butik bukan macam buka ig/ shoppe ye..Perlukan banyak ilmu, modal, bajet, kerah keringat. OK yg ni hold dulu. Yang penting, orang suka cari aku bila perlukan sesuatu barang mcm tudung tu pun aku dah dikira sebagai kedai bergerak. Hehe!

Whishtlist ke 5, travel dengan suami ke oversea. Ini due to pandemic tak dapat nak tunaikan hajat masing-masing. Tapi aku rasa kalau bukan sebab pandemic pun mano nak cekau duit banyak tu nak travel. Haha. Komitmen kami laki bini skrg rumah. Yup kitorang travel kat kampung je sekarang ni...Orang kampung pun memahami skrg ni kitorang merempit je kerja petang2. Tak ada idea dah nak bawa anak-anak pergi mana.

Whishlist yg ke 6 tu nak duduk sama-sama dengan suami. Buat yang ikuti blog aku ni, memang aku dah selitkan kisah suami aku duduk di pulau. Kami pernah PJJ hampir 5 tahun jugaklah. Anak dah masuk 2 orang barulah suami dapat pindah ke sini. Sekolah kami plak dekat sangat-sangat dengan rumah baru yang bakal kami duduk tak lama lagi. Itulah orang kata rezeki. Perancangan Allah juga yang terhebat. 




Selitan, walaupun 2 orang ni aku tak tulis dalam whistlist aku, tapi dalam usia yg menginjak tua ni, aku sedar. Allah hadirkan aku sahabat dalam kumpulan yang kecil, yang betul-betul memahami diri kita, dekat dengan kita, cukuplah sahabat yang sanggup mendengar luahan hati kita, terima kekurangan kita dan ada bila kita perlukan. Zaman pun dah berubah. Orang kata All We Need Is A Tea With Your BFF tu bener belaka. And it mean very much. TQ SO much Fizah dan Su. Hope korang jumpa jodoh orang nogori ye!! HEHE

Dalam pada tu, aku cuma doa supaya Allah cepat-cepat angkat Covid ni jauh-jauh dari muka bumi ni. Aku doakan semoga kita semua akan kembali hidup normal seperti dahulu. Aku rindu sangat dengan keluarga mertua, adik beradik sendiri, saudara mara,  just like yours. 

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi oleh segala penyakit. 

With Love. Assalammualaikum 

No comments: