Daripada 8, 760 hari hayat suami, Allah telah menetapkan bahawa, di hari yang ke 8, 395 hayat suami, ditulis bahawa suami akan memikul amanah untuk menjaga seorang yang tidak sempurnya, degil, dan bajet comel untuk menjadi yang sah buatnya.
Ini bermakna sehingga hari ini, sudah hampir 365 hari suami bertahan dan berjuang demi menerima apa adanya aku.
Kalau ditolak berjauhan pula jumlah terkumpul waktu yang kita luangkan bersama hanyalah sebanyak 180 hari. Campur pula dengan masam-masam manis muka sudah menjadikan jumlah yang kita ada cuma 150 hari. Jangan lupa, semasa kita bekerja dulu, waktu siang kita dah cukup buatkan masa kita untuk bersama terhad. Jadi total waktu kita benar-benar menghabiskan masa bersama adalah dalam lingkungan 100 hari.
Begitulah masa yang memakan mangsanya tanpa sebarang tanda. Belum lagi jika kita tolak campur masa kita dengan teknologi.
Dalam diam sudah pun menginjak 24 tahun umur suamiku. Akhirnya Allah memutuskan engkau untuk menjadi seorang perantau. Meski aku kadang tidak kuat menerima berjauhan darimu, tapi jauh disudut hati ini aku bersyukur kerana dari situ kita akan sama lebih merasai erti menghargai.
Wahai suami. Ingatlah. Usia sebanyak ini boleh jadi lubuk emas, boleh jadi juga api yang boleh memakan dirimu. Maka ingatlah pesan isterimu ini..
Jika kau lupa, bertanyalah.
Jika kau was-was, undurkan satu langkah ke belakang.
Jika kau tenggelam, berpautlah sekuat mampumu.
Jika kau keliru, berpeganglah pada yang satu.
Jika kau kabur, bersabarlah menanti esoknya. Kerana cahaya siang akan menerangi segala dusta malam.
Suamiku..
Maafkan andainya ego ku mengatasi egomu. Aku bukan menerimamu kerana wajahmu, mahupun pakaianmu, tapi aku melihat jauh ke dalam hati kamu yang suci dan ikhlas dalam menerimaku.
Semoga ikatan antara kita akan menghembuskan semangat dalam diri kita. Dan bukan untuk melemahkan.
Selamat Ulang Tahun, abang...
Terima kasih atas segalanya, Isterimu |
No comments:
Post a Comment