Friday, February 1, 2013

Ku masih belum bertaqwa


Aku mahu kesyurga
Terimalah taubatku ya Allah..
Aku cemburu pada mereka ya Rabb......
Aku cemburu dengan mereka yang sempurnya menutup auratnya...
aku melihat diriku, tiada beza antara aku yang sekarang dan aku yang lampau
aku hambamu yang masih belum sempurna imannya
Jiwanya masih diantara senja
Ditimurnya gelap, dibaratnya masih bercahaya
jiwanya ditimur jahil, dibaratnya disinari cahaya
dihimpit dengan 2 perasaan,
inginkan cahaya dibaratnya tapi masih didalam belukar di gelap timurnya
rohnya seperti layang-layang
mahu terbang tinggi sampai ke bulan, tapi takut untuk putuskan tali
jiwanya bagai bermain didalam hujan
luarnya basah kuyup, hatinya kering kontang

Aku mahu menuju kearah syurga
sungguh aku tahu bagaimana langkahnya
berulang kali aku cuba menyusun langkah itu,
baru sepoi menyapa bunga, debunga sudah menjadi abu

Itulah aku....







2 comments:

Ieyqa Adam said...

insyaAllah. jum, kte berlari ke syurga :)

ahmad said...

No one will enter paradise for his good words, or good deeds, but only with the mercy of Allah. -abid-