Thursday, November 22, 2012

Rehatlah Wahai Bumi Palestin...



AKU SUDAH LEKA
Inilah aku,
manusia yang resah itu
Aku hamba Allah yang hatinya pabila berbicara tentang jihad,
kelihatan hati dan raut wajahnya pada mulanya panas,
sepertinya seluruh jiwa dan raga ini ingin laungkan satu kalimah,
"Aku mahu Syahid itu Ya Allah"!!
"Tunjukkanlah aku jalan SyahidMu"!
segalanya syahdu tikaku laungkan dalam solatku, ketika doaku

LALU AKU MALU!
sempat aku bermimpi akan syurga yang menantiku...
Setibanya aku di tengah jalan..PILU!
Hati aku sejuk basi!
bagaikan aku menjulang bendera putih di tengah-tengah lautan para mujahid itu..
Aku lupa pada janjiku sendiri!
bahkan juga pada janjiMu

AKU SUDAH LEKA!

Gencatan itu berlaku juga
Alhamdulillah Ya Allah..ini aturanMu

LALU AKU FUTUR!
disana sudah tenang
aku peduli apa tentang mereka?

MAKIN AKU FUTUR!
aku biar mata ini memutih kembali
Aku bagaikan buah yang ingin ranum, tapi pabila disembur racun, lalu gugur tanpa beri apa manfaat pada dunia ini
Kerna nikmat hidup telah lama berkuasa




Jangankan pada hari tu kau berpaling dari aku ya Allah
Jangankan Rasullah tidak berikan aku syafaat pada hari itu...
Cuma kerna hari ini aku lupa menadah dua tangan ,
mendoakan agar mentari di Palestin bersinar kuningnya kembali

Kau si bangsa Angkuh Israel!
jangan kau lupa pada sejarah sendiri
gencatan itu...kalaupun kau berani langgar
cumalah merebakkan lagi kebenaran panji terindah tulen kami

Allah



Tuesday, November 20, 2012

Puisi Bumi Berdarah




Aku mahu walau secebis ketabahan Ibu-ibu di Palestin..
Aku inginkan ketabahan itu...tapi aku takut......

Aku takut untuk tahu bagaimana rasanya merelakan anak yang masih kecil itu mengangkat senjata, 
menjulang panji
Aku malu untuk menyatakan aku sudah sehabis tabah menghadapi hidup 
Apa jua ujian yang Allah berikan, 
itu bagi Ibu-ibu Palestin tak kurang dari sebesar dari zarah keperitan mereka...

Ayah-ayah Palestin...

Apalah perlunya kau dengar simpati dari kami bila istana yang kau bina hancur berkecai dimuncung jentera Jahanam itu..
Apalah haknya kami untuk ungkapkan kata2 agar kau terus bertahan disana bila kami disini terus leka dengan dunia kami..

Ayah-ayah Palestin...

Aku juga mahu secekal hati mu itu
Aku juga ingin berikan anakku kesudahan shahid
Tapi aku.........

Aku takkan jadi secekal itu.....aku takkan jadi secekal itu mencium jasad yang sudah tidak sempurna itu.....permata yang aku sayangi....mengkapannya dengan sejuta harapan, sejuta doa...tiada harta yang tinggal. cuma dendam dan janji Allah yang jadi pegangan...

Anak-anak Palestin...

Maaf.....! Maaf...!!!

aku tidak dapat ungkapkan simpati,
kerna engkau lebih bersimpati dengan kehidupan duniawi kami disini

Maaf!

Aku tidak mampu ungkapkan perkataan sabar, aku malu......
kerna engkau yang mengajar kami tentang erti sebuah kesabaran

Maaf......
Malah tidak juga aku mampu ungkapkan hati cekalmu
Kerna tangis itu, ratapan itu, dan rayuan itu,
hanya mampu kita dengar dan lihat, sejak azalinya, engkau jua yang rasa..





Hari ini ibu usap lembut rambutku...

Hari ini...

Rasa hangat di pelukan ibu..
Aku tak mahu ibu lepaskan pelukan eratnya itu
Ku mahu senikmatnya menikmati lazat rasa air tangan ibu.....

Hari ini...

Ayah cium dahiku...
Aku tak mahu ayah sudahi ciuman itu , lalu berlalu pergi bersama rakan-rakan berjuang

Kerana besok...
kita tahu semuanya bakal berakhir...Disini
Oh Bumi berdarahku...





Thursday, November 15, 2012

Kenal Dengan Somebody! :)

1) Di Perkampungan Bani Sa'adah

Baginda dibesarkan selama 4 tahun oleh keluarga susuannya. Oleh itu , baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih,jiwa yang berani dan mapu menunggang kuda dengan baik sekalipun kasih kecil usianya.

2) Peristiwa Penyucian Hati

Baginda mengalami penyucian hati oleh Malaikat Jibrail ketika berusia 5 tahun. Malaikat Jibrail keluarkan hati dan basuh dengan air zam zam( Hadith dari Anas) . Peristiwa yang sama berlaku ketika Muhd s.a.w berusia 51 tahun (sblm isra' dan mi'raj)

3) Mengembala Kambing dan Berniaga

Baginda mengembala kambing ketika bersama pakciknya, Abu Thalib. Sabda baginda: "Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya : Kamu juga wahai Rasullullah?
Baginda menjawab: Aku juga begitu
Baginda berniaga bersama pakciknya dan kemudian bersam Khadijah binti Khuwailid.

4) Tidak Berpoya-poya dan Tidak Terdedah kepada Amalan Syirik

Peristiwan baginda tertidur dalam 2 majlis keramain (perkahwinan) dan baginda juga tidak terlihat bersama kaunya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi.

5) Gelaran Al-Amin dan As-Shadiq

Baginda saw dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati. Kematangan baginda terserlah semasa peristiwa perletakkan Hajarul Aswad ketika 35 tahun.




dah kenal maka bakal jatuh cinta. InshaAllah. :)




Friday, November 9, 2012

Ubati Hati




Ubatilah hati dengan 5 perkara :

1) Membaca Al-Quran dengan maknanya
2) Solat pada waktu malam
3) Berkumpul dan bergaullah dengan orang soleh
4) Memperbanyakkan ibadah puasa
5) Memperbanyakkan zikir pada malam hari

Barang siapa yang menjalankan salah satu dari kelima dia atas, maka Allah SWT akan selalu mencukupi kita

Kata-kata baik juga dikira sebagai sedekah









  • Infakkan harta yg dicintai.
  • berikan kepada mereka yang memerlukan
  • sentiasalah memberi hadiah kpd orang yang kita syg dan yg memerlukan,
  • ini akan memudahkan pengakhiran hidup kita
  • meneruskan apa yg selalu kita lakukan(istiqamah)
  • lakukan kerana Allah
  • ”lillahitaala“
 
  • selalulah infakkan apa yang kita ada, 
  • abrar bermaksud golongan yg sentiasa berbuat baik
  • janganlah kawan-kawan biar hari berlalu tanpa berinfak
 
  • sekiranya takda apa-apa utk diinfak
  • minima dengan berkata baik
  • perkataan yang baik
  • menyeru org lebih dekat kepada Allah
  • berdakwah
  •  ini semua amat besar pahalanya
 
  • usahlah biar waktu berlalu tanpa beri apa-apa impak kpd kita, kita yang rugi
  • di sekeliling kita bnyak je Allah beri masa kpd kita utk berinfak tp kita tak lakukan 
  • di akhirat sana, penyesalan sudah tiada guna
  • lakukanlah infak walau hanya dgn sebelah kurma
  • sekiranya kita bnyk bermaksiat, bakhil , bayangkan keadaan di hadapan Allah nanti...
  • kalau kawan-kawan buat salah, maka berinfaklah
  • surah Hud ayat 15 dan 16
  • sesungguhnya perbuatan baik itu menghapuskan dosa
  • pintaslah kemurkaan Allah dgn bersedekah
  • semoga kita dapat memadam kemurkaan Allah spt air memadam api
 
  • sekiranya sehari kita banyak buat maksiat, maka banyakkanlah bersedekah
  • paling tidak berazam utk meninggalkan maksiat, semoga Allah mudahkan utk melakukan amal
  • keampunan Allah adalah syariat Allah
  • minta keampunan drp Allah+ sedekah+berbuat kebaikan kpd kedua ibu bapa+ perkataan baik
  • ini untuk meredakan kemurkaan Allah
  • mohon Allah beri taufiq
  • org yg sama hari ni dan semalam adalah org yg rugi di hadapan Allah
  • you have to improve yourself
  • carilah any possible way utk improve diri


Sunday, November 4, 2012

Thursday, November 1, 2012

Genap 3 tahun di Bumi Beijing

11.1. pada hari yg sama, tarikh yg sama, masa yang sama, cuma itu sudah 3 tahun berlalu...semua kita ada kat airportkan....masa tu semua macam ada gam kat badan. tatau nak cium sape. nak cium mak lebih2 kang, takut abah kecil ati..maklumlah...abah yg penat drive nak antar aku ke airport...mak duduk blkg ngan aku. masing2 tahan sebak kat dada...nak nangis puas puas je rasanya dalam dakapan seorang ibu , tapi segan lebih menebal dalam diri aku ni..aku lebih rela tahan air mata aku tu. tunggu waktu dan tempat je nak rembeskan!

Aku tahu dalam hati abah , walau abah bukan seorang ayah yang mudah mengeluarkan kata2 syg pada anaknya, tapi apa yg dia buat selama ni ,eventhough kdg kala aku rasa sgt2 anoying, tapi itulah yg kita katakan seorang ayah,seorang pemimpin...jawatan yang selalu ada kalanya kita ingin bangkang sepenuhnya...tapi berkatnya kata2 seorang pemimpin bernama ayah ni jugalah, aku disini, hari ini....sampai aku terima ijazah itu suatu hari nanti..InshaAllah!








Mak...adik tahu.Dalam hati mak, adik masih lagi anak kecil mak yg berlari-lari ke sana ke mari, penuh riang, suci hatinya penambat hati mereka yang melihatnya, malamnya , cuma tahu bulan dan bintang, dan dibuai mimpi dalam dakapan hangatmu itu.tapi...tanpa kita berdua ketahui sendiri, adik terpaksa merantau jauh, tinggalkan segala gelak tawa dan melepaskan dakapan mu itu.adik tak tergambar apa perasaan mak waktu itu..mak....jangan risau! adik masih adik yg dulu, adik dah berjanji dengan mak, walau ke mana adik pergi, adik bawa sekali tawa itu. Walau hati adik dalam resah, walau adik rindukan mak, adik masih jumpa tawa itu. itulah tawa adik yang mak kata ubat paling mujarab yg mak pernah cuba. :)






untuk sahabat....

masa gembira,  ketawalah bersama
hati kita, semuanya sudah dikongsi sama rata
suatu masa kita sedih, kecewa, tiada daya lagi,jika kau dan aku saling bergantungan, bahagia selamanya

 tiada siapa faham, 
cuma perlukan kita untuk kekal begini

sedang berduka, menangislah
tidak kira apa dan bila, semuanya akan bersama lalui saat itu denganmu

sahabatku..

kalaulah betul kau gelar aku sahabat..pimpinlah aku...pimpin hingga sama2 ketemu kejayaan itu
          kalaulah betul kau gelar aku sahabat...tegurlah andai aku lupa pada bumi yg aku pijak
          kalaulah betul kau gelar aku sahabat...adalah disana, disaatku perlukan semangat itu

lagi dua tahun...bunyinya...aduh...rasa macam takkan muncul dua tahun itu...padahal, dua tahun tu takkan rasa jika kita sama2 hadapinya dengan senyuman...inshaAlllah

谢谢你们!
反正多么苦,你们的生活一定要美好!~

babeehh~~