Saturday, April 6, 2019

Ujang Merantau Ke Pulau Tioman bersama Uwan





Okay kalau nak tahu aku menaip guna telefon je sebab aku tak nak Ujang terjaga dari tidur kalau aku tak ada tepi dia. Huhu. Itulah pengorbanan seorang blogger. Cewah..

Jadi entah macam mana aku boleh setuju dengan suami nak bawa Ujang pergi melawat Kg. Mukut Pulau Tioman. Post sebelum ini aku ada ceritakan tentang Kg. Mukut sebab suami kerja di sana,dan aku pun pernah ke sana sebelum ni. Waktu tu bawa badan sj. Sekarang pampers, wet tissue, minyak angin yuyi dll wajib ado.

Perjalanan darat dari Kualo Pilah ke Rompin sahaja dah dekat 4jam, tambah lagi naik feri ke Kg. Genting 2 jam, sampai Kg. Genting kena naik bot pula dalam 40minit untuk sampai ke Kg. Mukut. Dalam hati rasa risau sangat2 akan keselamatan Ujang. Paling takut, kalau Ujang tantrum masa perjalanan. Kita yang panik nanti. 

Tp Alhamdulillah. Masa dalam perjalanan tak habis2 doa supaya Ujang baik2 je masa dalam pengangkutan.

Nak dijadikan cerita, kali ni aku dan suami ada rezeki nak kumpulkan keluarga ramai-ramai pergi pulau.

Mak, famili kaklang, famili mertua, dengan famili biras semua tak nak lepaskan peluang pergi melancong sementara suami masih kerja di sana. Ini merupakan pengalaman pertama mak naik feri dan bot. Huhu rasa puas hati sebab dpt juga mak merasa semua tu. 

Suami tempah tiket feri pukul 7 pagi, Isnin, 25hb, jadi 24.3.19 hari Ahad tu kami tidur di Rompin. Tempah homestay sebab kalau gerak malam tu nanti mesti penat.

Tambah lagi jalan sepanjang Muadzam tu menakutkan sikit, lori, treler jangan cakaplah. Sebabkan tak nak rush, kami pun gerak la santai-santai petang tu.

Tak ada selera makan luar, malam tu ayah mertua masakkan singgang ayam. Berselera Ujang makan. Sedaplah tu. Huhu.

Malam tu aku tak dapat tidur. Macam-macam bunyi aku dengar. Walaupun aku duduk kampung, tp tak pernah lagi dengar bunyi haiwan dan serangga bersahut-sahutan sebrutal tu. Seremmmm~~~

Dalam pukul 7 pagi, kami gerak ke Jeti Tanjung Gemok. Perjalanan dalam 10 minit sahaja. Sampai sana, suami call kawan bangladesh dia, untuk urusan sewa letak kereta di rumah orang. Kalau rasa nak letak kereta dimasjid pun boleh, tapi belum pasti lagi selamat atau tidak.

Harga tiket untuk kanak-kanak bawah 2 tahun adalah percuma, untuk dewasa pula RM34. 


Ujang menikmati pemandangan dari dalam feri buat 15 minit yg pertama. Lepas tu dia ajak Shaddad tidur. 

Shaddad anak kaklang 

Tewas. 

Aku rasa dua orang cousin ni dah plan la, dalam feri nanti kita tidur je puas-puas. Tapi bersyukur sangat daripada menangis hero mak ni biarlah dia rehat.

Jadi untuk hari pertama aktiviti kita santai-santai saja. Pergi melawat sekolah suami, jalan-jalan sekitar kg, petang snorkeling dan mandi pantai.
Dalam bot pun boleh tidur 

Dah sampai. Bergambar di depan Gunung Semukut. 


Ini aktiviti wajib petang-petang penduduk disini, main bola tampar. Nampak tak Ujang pun nak main. Hehe. 



Ujang kali pertama mandi pantai





Dah dapat sotong tapi terlepas. Tak ada rezeki. 

Jalan-jalan petang di jeti. 

Kalau nak tahu masa ni kami berpeluang tengok nelayan balik dari tangkap ikan. Geram tengok ikan-ikan segar. 

Mesti korang tertanya-tanya dekat sana kami tidur dimana. Huhu. Kami sewa homestay. Rumahnya sangat luas. Kalau 3 famili boleh muat ni.




Hari kedua outing pergi Air Terjun Asah. Dari Kg. Mukut ke asah ada 2 cara. Korang boleh hiking ke sana sebab memang dah ada trek simen disediakan, atau boleh naik bot untuk kesana. 

Dulu masa datang seorang diri suami bawa naik motor je. Don't care. Hehe tp sebabkan nak bawa famili suami tempah bot. Ambil masa dalam 10 minit je untuk sampai ke Kg. Asah. 

Dekat sini tak ada penduduk. Cuma ramai pelancong asing dirikan khemah. Deorang kan survival dan suka extreme-extreme ni. 

Sampai di jeti Asah, kena hiking sikit. Naik tangga dalam 20 minit jugak untuk sampai ke air terjun. Adoi rasa nak tercabut pinggang. 




Malamnya kita buat BBQ hasil laut. Semuanya segar-sedap belaka. 

Me and kaklang kena paksa  dengan ayah mertua buat gaya tengah membakar. Haha

Ayah mertua, cef. 


Tapi dalam suka ada duka. Mungkin kulit Ujang agak senstif, jadi dia kena gatal-gatal. Habis bintat muka dan badan. Sebelum ni doktor pun pernah nasihat yang kulit Ujang ikut maknya, sensitif sikit. Tapi balik Kuantan cepat-cepat bawa jumpa doktor dan skrg dah sembuh Alhamdulillah.


Hari kedua kena gatal-gatal. Masa ni dah balik Kuantan. 

Hari ketiga, seawal 7 pagi lagi kami dah tunggu bot di jeti.

Sampai di Kg. Genting sementara menunggu feri, sempat jugak sarapan nasi lemak. Saja isi perut sebab nanti 2 jam dalam feri mana nak cekau makanan.

Alhamdulillah dalam feri ayah Ujang berjaya mengawal tantrum Ujang. Agak2 nampak Ujang dah nak merengek cepat-cepat dibawa jalan-jalan.

Cuma peritiwa yang paling tak boleh lupa bila Ujang terberak dalam feri. Tandas plak kat luar. Nak tak nak kena juga beranikan diri jalan, dukung Ujang kuat-kuat sebab takut terjatuh dalam laut. Masa tu Allah je yg tahu perasaan takut Ujang dan aku sendiri. Sebab tak ada siapa pun yg ada dekat luar. Kalau buatnya aku tergelincir, dah tak adalah aku hari ni. Huhu.

Sekian saja. Hingga ketemu lagi. (kalau rajin)

No comments: