Thursday, October 20, 2016

Buatmu Suami





Dalam beramai Allah pilih dirimu...

Sekelip mata satu per satu fasa telah kita tempuhi

Dugaan demi dugaan telah kita renangi

Meski ada kala kita tenggelam, 

Tetapiku sanggup layari bahtera ini bersama dirimu.

Kerana kita yakin bahawa di setiap pelabuhan, 

senyum dan tawa setia menanti..



Terima kasih...

Sungguh aku tahu bukannya mudah..

Seorang pemuda untuk memikul amanah akhirat dengan imannya.

Tapi percayalah pada curhatku,

Bahawa aku sedang cuba menjadi yang solehah buat dirimu.



Wahai suami..

Bahagiaku berakar dari perhatian dan setia darimu. 

Bimbingan darimu merupakan dambaan hati ini, isteri serba kekurangan 

sepertiku.


Aku bersyukur..

Aku terharu..

Dimiliki seorang insan yang senantiasa berusaha mencukupkan keperluanku,

walau dirinya sendiri serba kekurangan.

Sungguh bersangka baik kepada Allah akan mencukupkan segala yang kita 

kurang.


Janji Allah itu benar

Rezeki Allah itu pasti

Sesungguhnya rezeki kita bukan dalam wang semata.

Malah lebih terhormat dari itu


Maafkanku wahai suami...

Andai khilafku merendahkan egomu..

Restuilahku dalam setiap langkah.

Halalkanlah segala cinta dan nafkah yang dihulurkan

Berdoalah agar kelanjutan cinta kita tidak cuma di dunia sahaja,

malah bersambung jua di Jannah kelak.

Amin Ya Allah..

Isterimu..




Monday, October 17, 2016

Diari Keguguran dan Pengalaman Cuci Rahim

Kisah yang bakal aku karang ni merupakan kisah yang dikongsi oleh berjuta wanita di luar sana, yang takdirnya sama dengan diriku iaitu keguguran. Bukan menggugurkan ye..:P

Takde rejeki~



Ceritanya macam yang lain juga. Bulan 8 haritu aku dapat rasakan perubahan pada diri aku. Muka pucat, malam-malam je rasa demam sampai rasa nak kol bos cakap besok nak mc. Hampir setiap malam macam ni. Bila bangun subuh rasa sihat pula. Masa inilah aku rasa tak secergas seperti hari-hari sebelumnya. Dulu aku boleh buat hundred metre nak rebut train dengan lrt memandangkan tempat kerja aku jauh. Lebih 10 stesen lrt, then kena tukar ktm. Penat tapi seronok sangat waktu tu. Kerja best, kawan-kawan kerja semua best.. Hari-hari makan best2. Kerja aku waktu tu sebagai wartawan di Angkasapuri, KL.

Ada gaya tak??


Tengah syok bekerja cari duit baru perasan yang lambat datang bulan. Besoknya ajak suami pergi farmasi beli alat pengesan kehamilan. Balik terus cuba. Pelik sebab line kedua nak tak nak je ada. Agaknya sebab terlalu awal kandungan ni jadi line kedua besoknya baru jelas kelihatan. Alhamdulillah.. 


Masa tu belum terfikir nak jumpa doktor sebab baru sangat lagi. Orang cakap kalau nak buat buku merah kena at least tunggu la sebulan dua. Jadi aku pun kerja mcm biasa. Memandangkan kerja aku sebagai wartawan ni memerlukan aku banyak bergerak, banyak keluar, kena berdiri lama masa nak interview orang jadi aku rasa xsedap hati. Sebabnya pertengahan bulan 9 tu aku dah rasa sangat simptom-simptom trimester pertama.


Makan tak lalu. Munta-muntah. Bila lalu kantin je rasa nak muntah dengan bau lauk-pauknya. Sedangkan sebelum tu tak ada apa-apa pun. Pernah sekali masa naik bukit nak pergi tempat kerja, sampai tak tahannya aku terus duduk tepi longkang. Ambil masa dalam 10 minit jugalah nak kumpul balik oksigen dalam badan ni supaya tak pengsan. Aku tak suka susahkan orang. Hari tu sedih sangat. Even dah sampai ofis tapi terpaksa minta ganti dengan orang lain cover job aku. Rasa nak balik tapi sayang. Kalau kerja setengah hari tak dapat gaji. Kena betul-betul 8 jam baru dapat claim duit. Nak tak nak terpaksa juga habiskan seharian kat tempat kerja.


Masalah aku satu je. Aku tak selera betul nak makan. Nampak nasi je loya. Lebih-lebih lagi lepas ambil folic acid. Alkisahnya suatu hari ni aku tak daya sangat sampai aku mc pergi klinik kesihatan Sri Rampai sebab aku nak pastikan betul ke tak aku mengandung. Aku pergi klinik tu sebab memandangkan aku kerja kat sana jadi aku tak ada pilihan. Doktor mmg sahkan aku mengandung dan bekalkan aku folic acid. Kalau ikutkan doktor dah tetapkan dalam 28.9.2016 ni datang balik sebab nak buka buku merah. Tapi belum sempat tarikh tu aku dah balik kampung.


23.8.2016

Masa kerja kat Angkasapuri tu aku tumpang rumah makcik kat Wangsa Maju. Disebabkan masalah dan keadaan aku yang sangat lemah waktu tu,  aku ambil keputusan untuk balik dan berehat dirumah. Tentang kerja aku ingat lepas dah masuk trimester kedua aku nak sambung balik kerja. Cari rezeki untuk family. Yelah kerja dia boleh tahan masyuk jugalah. Mewah sekejap hidup waktu tu. Hikhik!


29.8.2016

Kat rumah aku ni asyik nak pitam je. Jalan sikit kena pegang dinding. Kalau tak memang tersungkurlah. I did some research pasal simptom-simptom ni. Ada yang cakap benda ni normal. Tapi aku dah cukup risau dah. Yelah dah lah aku ni tak selera nak makan. Aku takut sangat benda ni efek pada kandungan. Jadi  aku pun pergilah klinik kesihatan kat kampung aku. Sana aku kena buat ujian air kencing lagi sekali dan ujian darah. Alhamdulillah memang aku positif. Tapi bacaan darah HB aku 11.9. Doktor cakap rendah sangat. Jadi doktor bekalkan aku dengan ubat tambah darah. Huhu makan ubat tu tak ubah rasa macam makan benda karat. Iron la katakan.


Semuanya arahan doktor aku ikut. Check up dekat klinik desa semua aku buat. Sampai doktor yang check cakap dah tak perlu makan ubat tambah darah tu sebab darah semua dah ok. Tapi gejala nak pitam tu tetap ada sikit-sikit. Even sekarang pun. Haha. Tapi nasihat doktor walau macam mana pun folic acid jangan tinggal.


13.9.2016

Masa ni raya haji hari kedua. Hari ni juga ulang tahun yang pertama sejak suami pertama kali merisik aku siap datang rumah. Drive 4 jam semata-mata nak jumpa mak abah. Gentleman la kononnya.. Hikhik. (love you)

Masa ni tengah sibuk-sibuk layan tetamu dirumah tiba-tiba perasan ada tompok darah pekat keluar. Petang tu juga ajak suami pergi hospital. Itulah kali pertama scan yang nampak baby sekali, dan juga saat yang sangat bermakna dalam hidup aku dan suami. Sebelum ni nampak kantung je. Itulah momen yang paling indah yang akan sentiasa segar dalam ingatan. Tapi yang seksanya bila doktor guna Muncung Itik untuk cek bukaan Rahim. Alhamdulillah pintu Rahim tak terbuka jadi consider as tak gugurlah. Jadi tak kena tahan wad. Alhamdulillah. Tak rela tinggal suami kat rumah sorang-sorang. Hehe~

Buat yang tak pernah nampak lagi muncung itik ni macam macam mana saya bagi contoh gambar.

Nama sebenarnya Vagial Specula Graeve. Orang Melayu buat cara Melayu dahlah..


16.9.2016

Sejak dari hari pertama ada tompokan darah sampailah hari ini memang setiap hari ada tompokan darah. Hari ni hari jumaat. Dan dalam waktu yang sama ada majlis sambut menantu di Kuantan. Tak sangka rupanya ada juga kenangan naik pelamin dengan baby. Thanks ya sayang teman ummi dengan abi bersanding.

Kenangan bersama baby, ummi, abi dan ucu. ;)





19.9.2016

Bangun pagi perasan darah cair dan lebih banyak dari biasa. Suami dah balik maktab. Pagi tu terpaksa ajak mak teman pergi hospital. Doktor cek bukaan rahim dan ternyata pintu rahim dah terbuka. Perkara macam ni berlaku kalau orang tu nak bersalin je. Jadi hari tu dimasukkan wad atas kes Threaten Miscarriage. Benda yang paling tak suka bila doktor gunakan muncing itik untuk cek bukaan rahim sebab rasa sangat sakit. Tapi kita tak ada pilihan. Hari tu je sebabkan berlainan doktor, dengan doktor praktikalnya jadi rasa macam bahan uji kaji pun ada. 3 kali kena muncung itik itu. Air mata dah tak boleh nak tahan. Berair sepanjang masa. Suami pula jauh. Kitorang PJJ. Masa tu tak dapat buat apa melainkan berzikir. Duduk tepi katil borak-borak dengan baby. Minta baby kuat. Kalau baby tak kuat Ummi tak boleh tolong baby. (Kalau ingat balik boleh nangis).


Petang tu doktor keluarkan notis boleh balik. Tunggu lagi dua minggu untuk cek samada baby semakin membesar atau pun macam tu je. So balik tu aku makan je keja. Usaha apa yang terdaya. Biar aku gemuk tak apa jangan baby tak besar-besar. Paksa je diri untuk makan walaupun lepas makan aku akan muntah.


22.9.2016

Petang tu aku ada scan baby kat klinik desa. Bila scan muka doktor macam serba salah je. Dia cakap baby tak nampak-nampak dari hari tu lagi. Pesanan doktor dalam masa sebelum tarikh untuk next appoinment, kalau ada keluar darah banyak cepat-cepat pergi hospital. Doktor tu memang tak sampai hati rasanya untuk bagitahu hal sebenar. Yelah doktor tahu je baby yang aku kandungkan ni adalah cucu pertama dalam family ni. 

Doktor terlalu risaukan keadaan aku risau sampai cek mata aku.Tekan perut tanya samada sakit atau tidak. Masa tu aku tak faham apa motif doktor buat macam tu. Sekarang baru aku tahu. Rupanya doktor dah tahu yang aku keguguran dan takut kalau-kalau ada jangkitan kuman dalam badan. Cuma tak nak bagitahu sebab takut aku sedih. Lagipun masih ada masa untuk cek final lepas ni.

Sebab yang peliknya kalau keguguran mesti aku akan rasa sakit kat bahagian tu, tapi aku rilek je macam takde pape. Orang tua-tua cakap aku bunting pelanduk. Yang kalau mengandung keluar darah je. Masa tu tatau mana satu betul. Aku pulak dah buntu.


Habis check up aku tak puas hati selagi aku tak tahu apa yang terjadi pada baby. Aku pergi swasta bayar RM50 semata-mata untuk scan baby. Doktor yang cek aku tu baik. Apa yang aku suka adalah dia sangat berterus terang. Dia sahkan baby tak membesar dan dah meninggal. Seolah-olah mengecut. Dia cakap tak apalah nanti pergi hospital dia akan cuci. Anyway walau apa-apa pun tunggu dulu lagi dua minggu untuk buat scan terkakhir kat hospital kerajaan. Itu kiranya dah final lah.


Aku tanya doktor kenapa aku gugur? Doktor tu cakap 75% keguguran adalah disebabkan ada kecacatan pada baby. Jadi sebabkan Allah sayang kita, tak nak kita ada anak yang membesar dengan kecacatan jadi Allah tarik balik rezeki untuk ada anak. Doktor juga pesan supaya bersyukur atas segala yang terjadi. Bagus doktor tu. Dia berbangsa India dan dia percaya dengan takdir Tuhan.


Aku pun bayar RM50 dengan hati yang puas. Masa tu aku kuat sangat. Entah macam mana boleh terlalu tenang.


Tapi tidak untuk hari-hari yang seterusya. Keadaan aku sama macam orang hilang anak. Aku termenung, menangis, kadang-kadang tengah makan aku boleh masuk bilik semata-mata untuk keluarkan air mata yang bergenang ni. Aku seolah-olah dah tak ada kekuatan nak hadapi semua ni. 


4.10.2016

Hari penentuan dah tiba. Hari ni rasa berdebar sangat. Mungkin sebab suami ada disisi. Bila suami ada disisi ni boleh jadi kita rasa macam manja sikit atau makin kuat. Aku dah bersedia dengan segala keputusan. Almaklumlah dah dua minggu tahu jawapan yang sebenar. Masa itu ubat.


Bila discan memang ternyata baby tak membesar. Kantung je tinggal dalamnya kosong. Jadi doktor bagi dua pilihan. Nak tunggu lagi seminggu biar kantung keluar secara natural atau nak masuk ward.


Entahlah waktu tu aku rasa takut sangat. Aku tak kuat waktu tu. Jadi aku pilih untuk tunggu lagi seminggu biar kantung keluar sendiri. Dalam masa yang sama aku cuba untuk keluarkan secara tradisional. Malangnya tak berhasil.


10.10.2016

Hari penentuan. Malam sebelumnya tu aku dah siap-siap packing baju dan segala keperluan untuk masuk hospital. Aku tak tahulah tapi aku rasa mak aku dah nangis sorok-sorok belakang aku tengokkan keadaan aku keluar masuk hospital. Bila PJJ ni mak abah lah ganti tugas suami. Mak abah hantar g hospital, duduk sekejap, tunggu mak habis nangis pastu balik. Sebelum balik aku pesan kat mak petang tak payah datang pun tak apa sebab tak ada apa-apa pun. Kalau mak datang nanti aku jadi lagi sebak. 


Doktor terangkan yang sebenarnya nak gugurkan kandungan ni ada 3 cara. Yang pertama secara semulajadi. Yang kedua kalau pergi hospital swasta dia akan bagi ubat untuk makan. Ubat ni akan buatkan bukaan rahim terbuka secara paksa. Jadi segala tindak balas yang berlaku adalah secara paksaan dan kemungkinan untuk mengandung kali kedua juga boleh gugur disebabkan bukaan rahim secara paksa tadi.(maaf kalau salah) Mungkin ubat itu kuat sangat. 

Yang ketiga yang disyorkan oleh doktor kerajaan ialah masukkan ubat melalui rahim. Ubat ni dose dia sangat rendah. Jadi selamat digunakan. Dia akan membuatkan kita rasa contraction macam nak bersalin. Disebabkan dose yang rendah jadi selagi kantung tak keluar doktor kena masukkan ubat setiap 3 jam selama 5 kali. Kalau hari ni tak berjaya, kena tunggu sehari dulu baru boleh buat lagi sekali rawatan ni sampailah semuanya keluar.

Tapi memandangkan kita dah masuk hospital kerajaan jadi caranya adalah option yang ketiga.


11.10.2016

Pagi tu 5.30 pagi nurse datang kejut. Suruh mandi dan bersiap-siap. Aku pun pakai wangi-wangi pastu cuma duduk tepi katil, baca semua surah, masura agar dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Rasa sejuk, keseorangan, berdebar, takut semua ada waktu nak menunggu tu. Dalam hati cuma mampu zikir sebut nama Allah. Dah tak ada yang boleh menyembuhkan perasaan waktu tu. Cuma Dia je.


Lambat juga doktor datang. Dekat nak pukul 7 doktor panggil aku masuk bilik. Mula-mula doktor guna muncung itik tu untuk tengok kot-kot kantung dah keluar. Ternyata kantung masih berenang-renang lagi dalam perut. Doktor pun tunjukkan ubat yang dia akan gunakan. Ubat tu macam mentos je. Lepas tu doktor suruh baring je kat katil selama sejam.


Sejam pertama tu aku tak rasa sakit. Masuk jam yang kedua aku dah mula rasa sakit yang amat sangat. Dalam masa dua jam ni aku berdoa supaya kantung keluar. Darah dah mengalir-ngalir keluar. Sampaikan aku ingatkan aku terkencing. Huhu. Sakit dia macam nak period tu, tapi tiga kali ganda sakitnya.


Nak masuk jam ketiga masih lagi macam tu. Darah je keluar tapi kantung masih tak keluar-keluar. Aku dah mula menangis. Yela kalau masih tak keluar juga doktor akan masukkan lagi ubat. Bermakna aku kena tahan contraction selama 6 jam semuanya. Nak kol suami tapi suami ada exam. Jadi aku kol mak. Mak plak yang nangis. Huhu.


Dalam pada terguling-guling tu borak dengan kakak India katil sebelah. Dia cakap doalah dik. Mudah-mudahan tuhan tolong. Tengah borak-borak tu tiba-tiba aku terbersin. Masa bersin ni rasa macam ada benda keluar. Cek-cek rupanya kantung tu dah keluar.
Alhamdulillah. Panggil doktor dan doktor pun bersihkan sampai habis bersih darah beku yang tertinggal-tinggal tu.


Masa tu seorang nurse pelatih semua tak berani masuk. Huhu habis-habis je cuci semua tu semua masuk dengan muka yang pucat..sempat lagi aku agah deorg “Nak kahwin tak”. Deorang gelak je. Huhu comel je. Masa borak-borak tu doktor datang dan suntik ubat dipeha. Ubat tu untuk memperlahankan aliran darah. Kalau tak nanti darah akan keluar macam air sungai. Sakit juga kena suntik kat peha. Tapi disebabkan proses sebelum tu lagi sakit jadi macam dah tak kisah dah. Muka redha je masa suntik tu.


Important. Masa doktor ambil kantung tu doktor akan tanya nak bawa balik atau tidak. Masa tu make sure untuk jawab nak ambil bawa balik. Kalau tidak doktor akan bawa ke lab untuk bedah siasat. Ikut kepada kemampuan korang.. Kalau ada baby dalamnya dan pandai solat jenazah bawalah balik. Macam kes aku ni kantung je tinggal. Jadi aku bawa jelah balik tanam. Lagi pun yang penting uri baby tu. Boleh juga buat kenangan tengok tempat kita tanam dia suatu hari nanti.


Sekarang aku sedang berpantang. Walau macam mana pun aku nak sihat, kembali cergas macam dulu. Dan waktu yang Allah berikan ni aku nak gunakan untuk berikan tumpuan sepenuhnya pada Ibadah dan Suami. Bila kita tengah keadaan redha macam ni kita dapat cari beribu hikmah atas segala ketentuan Allah. Macam aku anggap ia sebagai kifarah dosa, dan juga boleh jadi Allah tahu yang aku dan suami belum puas menikmati hidup berdua. Almaklumlah kenal tak sampai 10 bulan dah kahwin. Huhu. Apa-apa pun yang penting Allah akan bagi sesuatu yang kita bila kita benar-benar sudah bersedia. 

Semoga anak itu menjadi penguat untuk kita mengejar syurga Allah ya abang..: :)



Thursday, October 13, 2016

Trimester Pertama Perkahwinan

Assalammualaikum kepada blogger-blogger tegar yang yg masih setia update blog korang. Tahniah aku nak ucapkan atas kerajinan korang meng'hapdate' blog masing-masing. Hakak ni sejak dah grad banyak betullah kekangan yang hakak dapat. Mula-mula internet mahal, kemudian atas masalah kewangan dah tak dapat nak update pasal travel. I miss travel so much. :)



Sejak dah ada IG, Tuiter, Wicet bagai ni faham-fahamlah...Semuanya pergi sana. Paling senang wicetlah. Update je dia sendiri yang akan keluar tarikh. Kiranya macam tak peliklah aku ni dah kesana je, macam diari kecil kata kau. 

Semenjak kahwin 29 Mei 2016 hari tu tak pernah lagi kenalkan suami pada followers. 





Alhamdulillah inilah zauj ana. Ceh.. Bajet solehah...huhu. 
Nama suami Muhammad Arif Firdaus. Hensem kan? hihi~


OK. Berbalik pada tajuk. Kenapa aku guna trimester pertama? Macam mengandung pulak. Sajalah kalau nak letak fasa nanti macam orang lain dah biasa guna. Jadi trimester pertama perkahwinan ni kita ibaratkanlah macam 1 hingga 5 tahun pertama perkahwinan. Trimester kedua pulak ibarat fasa 5-10 tahun perkahwinan. And so on you know..huhu.


Alhamdulillah. Dah hampir 6 bulan bergelar isteri. Im having a wonderful time being such a naive wife. Ternyata 6 bulan tu masa yang sangat singkat kalau kita nak bagi nasihat pada orang lain tentang keadaan diawal perkahwinan. Tapi dengan 6th sense yang ado ni agaknya dah bolehlah kita share sikit-sikit tentang fasa pertama perkahwinan. Just in case kalau korang nak tahu sangat what its feel like to have a zauj or zaujah. 


So this first trimester, boleh jadi honeymoon sepanjang je sepanjang masa, atau boleh jadi mencuka je sepanjang masa. Kalau honeymoon tu untunglah. Kentut bau mayat pun boleh jadi wangi. Kalau yang dapat cuka tu bawa bersabarla ya...Yelah dalam proses nak kenal hati budi, tak boleh salah sikit. Maun ke pangka gaung nua disepak ea kau. huhu!


Ramai orang ingat kahwin ni sweet..Nanti boleh manja-manja, boleh posing sweet-sweet. Well, dream on..hahaha, (Ada yang memang dapat) :P


Untuk permulaan mungkin ya. Tapi lama-kelamaan rasanya bagaimana penerimaan kita bila dapat tahu yang pasangan kita ni seorang yang tak suka ambil gambar? Sedangkan kita pula seorang yang sangat suka kenangan itu. Haha so mengangalah kita sorang-sorang masa tekan timer tu...


Lepastu apa kita nak ucapkan pada diri sendiri bila dapat tahu yang pasangan kita ni sebenarnya panas baran? Tak boleh salah sikit, maun ditengkingnya kita. Belum cerita lagi pasal yang suka naik tangan.. Baca sendiri luahan di Kisah Rumah Tangga tu. Kadang-kadang tak sampai sebulan kahwin dah kena terajang. Ada yang tak sabar, tak sefahaman lalu pilih jalan untuk bercerai. Belum lagi masuk hal-hal curang, tak bagi nafkah dan sebagainya. 

Belum lagi kisah pilih pasangan kerana rupa. Rupa perlu ada, tapi adakah ianya menjaminkan kebahagiaan? Ada orang pilih isteri kerana ada rupa, comel, bila dah kahwin baru tahu rupanya isteri dia seorang yang pemalas..Isteri pula pilih suami yang berduit, lepas kahwin baru tahu rupanya suami kaki perempuan..Sadis. 


Mesti dalam hati kita rasa, oh tak mungkinlah...Benda-benda itu semua berlaku disebabkan lack of ibadah dan tak renew niat...


Hmm..Mesti korang pernah dengar kisah akhwat dan ikhwah yang bercerai hanya disebabkan cara picit ubat gigi mereka berbeza, Tak cukup pandaikah mereka dalam bab-bab agama? Walau begitu jalan yang dipilih, tapi cuba kau ajak mereka berdebat soal agama. Tepuk bantal 10 kali pun belum tentu kau lena tidur dek tak dapatnya kau nak patahkan hujah mereka waktu tu.


Mereka manusia hebat. Kita? Solat fardhu kita awal waktu? Hadis ke sepuluh siapa mampu huraikan?


Stop fairytaling life. Just in case you are lucky enough, ada limosin tunggu dekat luar nak bawa kau jalan-jalan. In case kalau tak ada, bersyukurlah, sebab fairytale tak wujud pun. Hakhak!


Try imagine. Kita banyak mempertaruhkan bahagia atau sweet thingsss. Sedangkan pernahkan kita fikir bagaimana kita nak hadapi andai kita mempunyai pasangan yang bukan kita impikan sebegitu perangai? 

Itu belum sentuh lagi masalah nak sesuaikan diri dengan keluarga mertua, masalah kewangan, terutama yang belum punyai kerja tetap, atau dapat pasangan yang tak nak tolong dalam uruskan anak ataupun duduk goyang kaki, sedangkan kau terkejar-kejar sorang-sorang nak mandikan anak, nak basuh baju, masak dan semua berkaitan dengan kerja bibik. Heyyy...Nak berus rambut pun kau tak ada masa lahhh...Haha. Bayangkan muka kau waktu tu dah macam artis Gegar Vaganza dah. 


Masalah hati? Masalah cemburu, dan lain-lain kemungkinan yang mungkin korang yang belum kahwin tak pernah fikir. We still young. Tak mustahil kadang-kadang hati pasangan kita  boleh berbolak-balik. Jiwa kacauuu.. Nak-nak lagi sekarang ni ramai betul manusia cantik-cantik yang datang tah dari mana-mana tiba-tiba happen to be famous kat IG tu. Maunnya pasangan kita pandang sebelah mata? Boy will always be boys...That's the fact, so accept it by hacking their phone. Huhu.


Bila dah baca rasa-rasa korang betul-betul dah bersedia ke nak kahwin? Haaa...mesti fikir panjang kan? Padan muka siapa suruh baca? Haa kan dah..huhu. 


Sebab itulah untuk trimester pertama ini apa yang perlu korang ada, adalah sabar, sabar, dan ibu segala sabar. Kesabaran yang tinggi. Bukan setakat tinggi, Malah melangit tingginya. Sebabnya tempoh bercinta bodoh-bodoh, angan-angan isteri solehahlah, ku tunggu mu dengan cara yang halal semua tu sudah TAMAT!


Sekarang adalah tempoh dimana kita akan berhadapan dengan seseorang yang dah sah menjadi milik kita. Walau kita bercinta bagai nak rak dengan orang lain pun,kalau dah tak ada jodoh tu jaga dan hargailah tulang rusuk kita yang dah halal depan mata tu. Kerana sebarang cinta sebelum kahwin semuanya indah belaka, bagaikan mutiara. Dari jauh nampak bersinar. Rasa nak genggam dek terpesona dengan keindahannya. Tapi bila dah genggam kau tahulah sebenarnya ia taklah berkilau mana. Malah lebih buruk dari batu jalanan. Itulah namanya  nafsu semata-mata.Sebab yang indah itu belum tentu baik untuk kita. Juga sebab indah itu, kerana hiasan dari syaitan semata-mata. Yelah benda haram kan..?


Malah, tidak dinafikan jika ditakdirkan dengan jodoh yang baik. Kadang-kadang sebelum kahwin ada antara kita baik lelaki mahupun perempuan sentiasa curiga dengan kesetiaan pasangan. Kita ingat pasangan kita ni pasang ramai, rupanya lepas kahwin berubah menjadi setia macam setianya Siang Menunggu Malam. 


Sebelum kahwin mungkin isteri kita berpakaian seksi, tapi lepas dapat bimbingan suaminya, malah akhlaknya lebih bagus dari yang sekolah agama. 


Beruntung juga bila sebelum kahwin pasangan kita tak pernah cerita soal agama. Sampai kita was-was atas kemampuan dia untuk jadi imam kita. Tapi rupanya lepas kahwin dialah yang sentiasa kejutkan kita solat subuh, mengajak mengaji berjemaah. Walau luaran macam tak senereh, macam nak kena tinggal malu bawak jalan-jalan, rupanya bila tengok dia je membuatkan kita mengingati ALLAH. Hati pun tenang..


Ada juga yang baru tahu bakat dan kebolehan pasangan. Rupanya selama ni dia ni rajin masak..Walau rasa gulai tu macam Laut Mati tapi at least dia rajin bontot pergi dapur. Dari biarkan kau makan nasi lemak anak dara lebih baik kau makan air tangan dia. 



Dan ini rasanya ramai mengalami..Orang lelaki ego(FULLSTOP). Dia susah untuk tunjuk yang dia syg kita. Kadang-kadang kita tak boleh terima cara dia layan kita, kerana cara layanan itu malah kasar. Tapi percayalah, lelaki yang caranya kasar ini hatinya lebih lembut, lebih penyayang. Boleh jadi sebab dia anak mak, jadi manjalah sikit. Biasalah abang kita pun manja juga kan...


Tapi percayalah, dalam kasar-kasarnya itu, ada ambil beratnya, Cuma kita saja tak suka dengan caranya. Terimalah. Memang itulah namanya perkahwinan. Belajar menerima kekurangan insan yang rela menghabiskan sisa hidupnya demi menjaga dan membahagiakan kita. 


Nasihat aku buat mana-mana yang tengah melalui fasa trimester pertama ni, diri sendiri, banyak-banyak bawa bersabar. Kita marah macam mana pun jangan sesekali terlepas cakap. Ye..I admit it. Sometimes aku sendiri naik hantu bila salah faham. Mulut dengan otak tak bersambung bila cakap. Tak minum enfagrow sebab tulah sel-sel otak aku tak berhubung bila dalam keadaan marah. Kita semua ada baran masing-masing. Sekali terlepas cakap, sampai bila-bila ianya akan mengguris hati pasangan. Andai dah terlepas cakap redalah..Minta maaf...dan anggaplah ianya juga satu teguran buat diri kita dan pasangan. Dari situ kita belajar untuk lebih berhati-hati dalam mengawal emosi pada masa akan datang. 

See...Perkahwinan bukan soal cinta dan sayang semata-mata. Tapi persediaan dari segi mental, emosi, fizikal, kecergasan, ketangkasan, dan otak yang cerdik untuk selami perasaan pasangan. Heheh~

Yes Faham, masing-masing ada ego masing-masing, tapi cuba tanya diri sendiri. Syg pasangan kita kan? Jadi apalah sangat ada pada ego tu? Bila dah kahwin kenalah jadi yang paling murah dengan minta maafnya. Bukankah yang minta maaf itu besar pahalanya? Tanya diri sendiri. Tak sayang ke kat suami? Suami pula, tak sayang isteri ke? Kalau ego sangat dapat rumah banglo sebiji ke? 


Hadapi masalah kerana kekecewaan itu sebenarnya ada hadiah yang lebih bermakna jika kita sabar. Percayalah, walau apa yang terjadi, mesti pasangan kita akan sejuk juga hatinya kalau kita minta maaf. 


Akhir kata, percayalah kata orang tua-tua, asam garam dalam hidup berumah tangga, gaduh itu mesti ada, tak boleh lari. Malah menyerikan lagi sesuatu hubungan. Yelah lepas gaduhlah kita boleh nangis-nangis peluk cium sambil minta maaf. Kalau tak gaduh dapat ke waktu-waktu drama macam tu? huhu. 

Even lecture aku pernah cakap yang dia sendiri akan sengaja cari pasal dengan isteri dia seminggu sekali. Katanya bosan kalau tak gaduh. HUHU. 


Jangan cari pasal cakap pasal nak poligami sudahlah ye..Itu bukan gaduh dah.. Thats called THIS DEATH WILL DO US APART. 


Dengan salah faham jugalah sebenarnya buatkan kita lebih mengenali pasangan kita. Manusia biasa, Mana pernah semua macam yang kita expect to be. Mestilah masing-masing punya perasaan tak puas hati kan?
Kalau tak nak gaduh-gaduh tak payah kahwin. (Tapi nak kahwin juga dengan Awak..) Hii Hii..~