Monday, April 29, 2013

Jika benar kau cintai dia...








Jika kau nak mencintai si dia, hati-hati...
Takut kau bakal memuja

Jika kau merindui si dia, hati-hati..
Sesaat lamunan kau, seribu tapak kau ketinggalan

Jika kau rasa manisnya semasa masih haram, hati-hati
Terbiasanya dengan yang haram bakal rasa hempedu semasa halalnya

Jika kau lupa bersyukur tentang perasaan, hati-hati
Kehadratnya kau lupa, maka murkalah Dia

Jika kau terpesona dengan harumnya bunga, hati-hati
Kumbang senja juga hauskan madunya

Jika kau ragu tentang soal hati, hati-hati
Penantian air mata itu sudah kepastian

Jikau robakkan janji, hati-hati
Semalam, takkan boleh terkota lagi

Jika kau ungkap cinta sebelum waktunya, hati-hati
Ia mungkin hanya di bibir, bukan dari hati

Jika kau menunggu bayang-bayangnya, hati-hati
Kelak syaitan bertepuk tangan, titik hitam lalu bertompok

Jika tiap malam hati berdetik kerananya, hati-hati
kelak siang menangis, senja menagih

Jika doa kau lebih untuk bersamanya, hati-hati
Kelak kau mempersoalkan penaNya

Jika terlalu pasti, hati-hati
Kelak yang kau tunggu pudar, yang kau nampak kabur