Thursday, March 26, 2015

Wahai Guru

sejak bila sekolah mementingkan hasil keputusan peperiksaan, dan bukannya proses pembelajaran itu sendiri?
sejak bila darjat murid menjadi kayu ukur kasih sayang seorang guru?
sejak bila guru perempuan menjadikan kasut tumit tinggi sebagai habuan mereka setiap hujung bulan?
sejak bila guru lelaki menjadi haruan dan bukan sebagai tempat murid mencari perlindungan?
sejak bila kereta besar jadi kebanggan guru semasa datang ke sekolah?
sejak bila sekolah lebih mementingkan mesyuarat dan bukannya anak murid mereka sendiri yang lebih memerlukan ilmu?
sejak bila sekolah lebih banyak melahirkan anak murid yang kurang ajar?
sejak bila sekolah sangat mementingkan kertas kerja dari hasil mendidik itu sendiri?
sejak bila sekolah sudah tidak lagi berjaya menjadikan guru dan anak murid seperti keluarga sendiri? guru itu sudah lagi tidak seperti seorang bapa atau ibu kepada anak murid mereka, sudah tidak lagi kawan kepada anak murid mereka, malah seorang yang amat murid takuti dan menjadi punca penolakan mereka untuk menimba ilmu?
sejak bila seorang guru itu harus minta murid mereka untuk menghormati dirinya sedangkan sudah hilang budi bahasa guru itu semasa mendidiknya?
sejak bilakah sekolah hanya mahu menghukum muridnya atas kesalahan yang mungkin juga berpunca dari diri guru itu tersebut yang tidak lagi menggunakan psikologi yang dituntut 5, 10, 20 tahun melalui pengalamannya sendiri?
sejak bila guru menganggap mendidik itu sebagai berniaga? sedangkan ALLAH tidak pernah meminta apa-apa dari kita atas ilmu yang dipinjamkan pada kita.
sejak bila kita memandang guru sebagai satu profession dan bukannya tanggungjawab dan tuntutan agama untuk menyampaikan?
sejak bila sekolah lebih pentingkan senamrobik dan bukannya 1 jam waktu bm?
sejak bila apa lagi.....
bukan semua guru, tapi segelintir kita semua cuma mahu nampak seperti kita seakan  normal di bawah sistem manusia



GURUKAH KITA?