Wednesday, March 13, 2013

Bila-bila cinta

Peduli apa bila lamaran kau kena tolak?
Wang ringgit tak habis, maruah masih ada

Kalau betul kau suka dia, buat apa tunggu lama2?
tunggu apa? Kerja? Kereta? 

Suka tak bererti kau bertepuk 2 belah tangan
Mungkin tangan yang kau tunggu tu...tak boleh nak menyambut kembali tangan kau

Dan aku boleh rasa apa yang kau rasa.
Bila lamaran ditepis, cinta kau tak lepas

Kau mungkin akan kehilangan dia
Dia pula bukannya pergi jauh, sentiasa depan mata.
Setiap kali memandang dirinya, harapan tinggal doa. 

Agar bertaut cinta di kemudian hari
Meski apa jua yang kau lakukan, paksaan atau relaan, kau tetap mahukan masa depan bersama dia

Barangkali kau dah lupa
Jodoh bukan kat tangan kau
Yang ada kat tangan kau, debu

Kau pilihlah jalan cerita cinta kau sendiri, 
Ditemukan atas dasar agama, perjuangan, atau nafsu.
terpulang....









Sunday, March 3, 2013

Isthikarah Cintanya

Kaklong memang seorang muslimah, anak, kakak dan cousinku yang sangat baik, sopan santun. Santunnya berbeza dari kita yang sedarahnya. Entah mengapa aku cemburu dengan sinar hidayah yang sentiasa meyapanya. Dia disapa cik hidayah awal lebih awal dari kami. Mulanya kami tidak tidak faham apa ragam mahu pakai tudung labuh. Itu berbeza sekali dengan kami yang cuma faham Islam pakai tudung. Tudung itu bagi kami sudah tutup aurat. ??

Allah pesan, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Allah dah berikan bukti2nya padaku.

Bercerita tentang persediaan baitul muslimnya...

Dimeja makan setelah menikmati rendang di pagi raya..

Adik: Kaklong, camne le kenal dia?
Kaklong: ohh...hehe..kaklong tak kenal pun dia..
Adik: (dalam hati.: ok isi borang.......)
Kaklong: Sebenarnya ada seorang kakak ni, dia memang seorang yang boleh dipercayai, dan kaklong percayakan dia..Masa tu kaklong disapa kakak itu, dia cakap nak jumpa kaklong lepas habis kerja. ada benda nak borak katanya.
Adik: Lepas tu?
Kaklong: kaklong pun g la...
Adik: Lepas tu?
Kaklong: Jap ( ngah kunyah rendang ).............lepas tu kaklong pun g la jumpa dia. dia terus terang cakap yang ada kawan dia sedang mencari.......dalam ramai2 calon kawan dia, dia kata dia teringatkan kaklong.
kaklong pun kata kalau akak rasa dia baik, saya ikut saja..
Adik: maksudnya kaklong terus setuju ke?
Kaklong: kaklong setuju, tapi dalam masa yang sama, kita tak boleh terus terima..jadi kaklong pun solat istikharah. Kaklong biarkan hati kaklong betul2 free dari sebarang ketidakadilan.Alhamdulillah kaklong rasa ringan je dalam diri kaklong. Kaklong dulu pernah berniat, yang kaklong nak kahwin msa umur 25, tapi bukan kaklong sendiri yg kenal bakal suami kaklong. mungkin niat tu ikhlas, jadi Allah permudahkan..
kaklong suruh je dia dtg rumah .kenal betul2 ngan mak abah.
Adik: hehe nak niat jugak ni...:P



Kaklong, ini adik edit khas untuk kaklong. Maaf adik tak boleh balik hadiri walimaturus kaklong.. :(

Doaku hanya kebahagiaan kaklong kekal hingga ke jannah. Jadi isteri yang solehah itu, aku tahu bukan mudah, bukan sekadar mencium tangan suami, bukan sekadar patuh arahannya, tapi membenarkan segala-galanya tentang dia.

Rasa seperti baru semalam kita berlari ke sungai, mengejek2 manusia yang lalu lalang di jambatan itu,
bukankah baru semalam kau jadi polis,aku jadi pencurinya
atau mungkin semalam kau baru saja balutkan lukaku setelah aku jatuh dari menunggang basikal

(tersenyum)

zaman kanak-kanak kita dah berlalu sesedarnya
kau dah pun melangkah ke alam yang mungkin akan menjarakkan sedikit masa bersama kita
aku tahu, mungkin payah sudah mahu bersua.
rasa susah mahu berpisah dengan kenangan

Barakallah kaklong...