Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Friday, August 13, 2021

Impianku Sebelum Hari Jadi yang ke-30

Semalam, tanggal 13 Ogos 2021, genaplah usia aku yang ke 30. Welcome to 3 Series orang cakap. Meskipun memang tak pernah nak heboh kat mana2 pasal hari tu hari jadi aku, tapi dapat juga ucapan dari ramai sahabat. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya masih ada lagi insan yang mengingati aku dalam hari-hari mereka. Not to mention, student yang dah lama grad pun ada beri ucapan, bila aku tanya macam mana awak tahu? Dia cakap, dia dah saved dalam calendar. Sweet kan kami? heheh. 

Dipendekkan cerita, semalam aku terbaca post dari rakan lama, ex classmate, Nusha. Dalam posting di FB dia cakap pasal make time for urself sangat penting sebelum kau nak mula hadap dunia sebenar yang mana, berkhidmat 100% pada komitmen sebagai seorang isteri, dan mak pada 2 orang angels..(buat masa skrg masih 2) hehe. 

Dan..yup. Hari ini aku pilih untuk buat blog. Walau dah bermacam app terbaharu, tiktok lah, twitter lah, bigo la. Aku masih setia berblog. Sebab ini je yang sebati dalam jiwa aku. Aku boleh tulis sepanjang mana yg aku nak (selagi anak-anak masih tidur). Aku boleh mengimbau betapa bestnya dunia blog masa aku muda remaja. Lepas tu, blog ni, sangat rendah diri. Cuma orang yang terpilih saja yang akan terbuka hijabnya untuk baca blog kita. Someone yang betul-betul terpilih. Like you..

OK. Sebelum Kayla nangis nak mengempeng pagi-pagi ni, aku nak buka balik cerita masa tahun 2016/2017. Masa tu aku mula-mula kahwin. Belum ada kerja(menganggur), me and suami penganggur, tapi jangan salah faham, kami menunggu iv dan posting. Bukan main kawen je ye..hehe! Dalam masa yang sama, kami duduk di Kuantan, rumah mertua, suami bekerja dengan ayah mertua di gerai makan, manakala aku pula bekerja di sebuah butik, sebagai penjahit shawl. Alhamdulillah dikurniakan mertua yg terlalu baik dan penyayang. 

Setiap malam, sebelum tidur aku akan cuba tulis segala impian aku sebelum aku menginjak ke umur 30 tahun. Masa tu, aku tahu, kalau aku tak ada perancangan apa aku nak buat dimasa akan datang, habislah aku memang takkan ada apa-apa aset untuk keluarga kecil aku. 

Masa tulis tu, aku bukanlah terlalu beriya-iya, cuma aku banyakkan berdoa dan berusaha supaya dipermudahkan segala angan-angan aku. Aku memang berhajat dan bercadang nak tengok semula segala yang aku tulis ni, masa hari jadi aku yang 30. 

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Segala yang aku nyatakan menggunakan pena, ternyata menjadi doa lalu dikabulkan. 

Itulah tanda-tanda Allah cukup pemurah dengan hambanya.  Sentiasa memberi rezeki walaupun aku mengaku, kadang kala aku lupa juga nak tadah tangan ucapkan syukur. :(

Jom kita tengok checklist apa hajat aku yang aku tulis dalam diary tu. 


Hodoh betul english aku. Tulisan aku pun waktu ni...no komen. Dah la laki aku teacher. Haha



So aku tulis whishlist ni pada 27/2/2017. Aku ingat lagi waktu ni aku sorang-sorang dalam bilik, pukul 2 malam, besoknya nak bangun pergi kerja. Huhu...

Impian aku yang pertama, memang aku target nak ada anak lebih dari seorang sebelum usia aku menginjak 30. Aku pun tak tahu kenapa aku nak sangat anak lebih dari seorang sebelum aku 30. Mungkin sebab aku fikir aku masih kuat lagi.. Pastu aku rasa macam nak jimat masa. Biar penat sekarang, nanti anak-anak dah besar sikit, bolehlah kalau ada rezeki lagi Allah nak hadiahkan aku twin. hehe Aamin..:)

2 anak mak yang soleh dan solehah. 





Abdul Aziz Al-Malik Bin Muhammad Arif Firdaus. Penghuni rahim mak yang ketiga. Semoga Ujang jadi abang yang terbaik dan contoh tauladan buat adik-adik ya! Love you very much sayang. 



OK lepas ada anak, impian aku nak ada rumah dan kereta. Alhamdulillah. Masa mengandungkan Ujang, aku dapat rezeki beli kereta baru. Kereta yang dah cukup segalanya bagi aku..Janji kereta tu aku boleh bawa pergi kesana sini pergi cari rezeki, bawa anak jalan2, bawa mak abah jalan-jalan. Cukuplah. Dalam masa yg sama, suami pun dapat beli kereta baharu. Masa tu suami masih kerja di Pulau. Memang wajib ada kereta baru sebab perjalanan jauh sangat! Takut kereta rosak plak kat tengah jalan. 

Ok pasal rumah, aku lulus pinjaman LPPSA sebab aku penjawat awam. Plan asal aku nak buat rumah kat sawah depan ni...Memang tanah pusaka. Sayang dibiarkan macam tu je. Tapi ada masalah teknikal yg tak dapat dielakkan, aku pun tekad beli rumah. Dan aku rasa itu rumah yang terbaik, perancangan Allah sentiasa terbaik. Selalunya Allah akan tarik harapan kita itu dan hadiakan sesuatu yang kita perlukan. Bukan yang kita inginkan. Jadi tak perlulah kita mengeluh dan bersedih sekiranya apa yang kita hajati dapat dituruti ya..   :)

Ni masa kali pertama lawat rumah contoh. Aku ambil masa sehari je untuk setuju beli rumah ni. Hari isnin pergi tinjau, ni last unit untuk lot Semi D.Hari Rabu terus kol kak Fana, nak book rumah dan teruskan buat pinjaman. Hati ni terus terbuka bila Allah dah tunjukkan depan mata. 

Hari dapat kunci rumah. Alhamdulillah mak abah jadi saksi adik berjaya capai cita-cita dan angan-angan kecil. Semua ni untuk mak abah juga. Hadiah kecil dari adik buat mak abah walaupun adik sampai sekarang masih lagi dengan moody tak tentu pasal. Hehe!




Ok untuk whistlist yang ke 4 tu aku sekarang ni memang banyak menjual barang. Tupperware, kain pasang, tudung, aku bawa semua brg2 tu dalam kereta. Bab ni aku memang belum sampai tahap ada butik sendiri..Tapi jalan nak buka butik tu masih boleh diasah lagi. Buka butik bukan macam buka ig/ shoppe ye..Perlukan banyak ilmu, modal, bajet, kerah keringat. OK yg ni hold dulu. Yang penting, orang suka cari aku bila perlukan sesuatu barang mcm tudung tu pun aku dah dikira sebagai kedai bergerak. Hehe!

Whishtlist ke 5, travel dengan suami ke oversea. Ini due to pandemic tak dapat nak tunaikan hajat masing-masing. Tapi aku rasa kalau bukan sebab pandemic pun mano nak cekau duit banyak tu nak travel. Haha. Komitmen kami laki bini skrg rumah. Yup kitorang travel kat kampung je sekarang ni...Orang kampung pun memahami skrg ni kitorang merempit je kerja petang2. Tak ada idea dah nak bawa anak-anak pergi mana.

Whishlist yg ke 6 tu nak duduk sama-sama dengan suami. Buat yang ikuti blog aku ni, memang aku dah selitkan kisah suami aku duduk di pulau. Kami pernah PJJ hampir 5 tahun jugaklah. Anak dah masuk 2 orang barulah suami dapat pindah ke sini. Sekolah kami plak dekat sangat-sangat dengan rumah baru yang bakal kami duduk tak lama lagi. Itulah orang kata rezeki. Perancangan Allah juga yang terhebat. 




Selitan, walaupun 2 orang ni aku tak tulis dalam whistlist aku, tapi dalam usia yg menginjak tua ni, aku sedar. Allah hadirkan aku sahabat dalam kumpulan yang kecil, yang betul-betul memahami diri kita, dekat dengan kita, cukuplah sahabat yang sanggup mendengar luahan hati kita, terima kekurangan kita dan ada bila kita perlukan. Zaman pun dah berubah. Orang kata All We Need Is A Tea With Your BFF tu bener belaka. And it mean very much. TQ SO much Fizah dan Su. Hope korang jumpa jodoh orang nogori ye!! HEHE

Dalam pada tu, aku cuma doa supaya Allah cepat-cepat angkat Covid ni jauh-jauh dari muka bumi ni. Aku doakan semoga kita semua akan kembali hidup normal seperti dahulu. Aku rindu sangat dengan keluarga mertua, adik beradik sendiri, saudara mara,  just like yours. 

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi oleh segala penyakit. 

With Love. Assalammualaikum 

Thursday, October 13, 2016

Trimester Pertama Perkahwinan

Assalammualaikum kepada blogger-blogger tegar yang yg masih setia update blog korang. Tahniah aku nak ucapkan atas kerajinan korang meng'hapdate' blog masing-masing. Hakak ni sejak dah grad banyak betullah kekangan yang hakak dapat. Mula-mula internet mahal, kemudian atas masalah kewangan dah tak dapat nak update pasal travel. I miss travel so much. :)



Sejak dah ada IG, Tuiter, Wicet bagai ni faham-fahamlah...Semuanya pergi sana. Paling senang wicetlah. Update je dia sendiri yang akan keluar tarikh. Kiranya macam tak peliklah aku ni dah kesana je, macam diari kecil kata kau. 

Semenjak kahwin 29 Mei 2016 hari tu tak pernah lagi kenalkan suami pada followers. 





Alhamdulillah inilah zauj ana. Ceh.. Bajet solehah...huhu. 
Nama suami Muhammad Arif Firdaus. Hensem kan? hihi~


OK. Berbalik pada tajuk. Kenapa aku guna trimester pertama? Macam mengandung pulak. Sajalah kalau nak letak fasa nanti macam orang lain dah biasa guna. Jadi trimester pertama perkahwinan ni kita ibaratkanlah macam 1 hingga 5 tahun pertama perkahwinan. Trimester kedua pulak ibarat fasa 5-10 tahun perkahwinan. And so on you know..huhu.


Alhamdulillah. Dah hampir 6 bulan bergelar isteri. Im having a wonderful time being such a naive wife. Ternyata 6 bulan tu masa yang sangat singkat kalau kita nak bagi nasihat pada orang lain tentang keadaan diawal perkahwinan. Tapi dengan 6th sense yang ado ni agaknya dah bolehlah kita share sikit-sikit tentang fasa pertama perkahwinan. Just in case kalau korang nak tahu sangat what its feel like to have a zauj or zaujah. 


So this first trimester, boleh jadi honeymoon sepanjang je sepanjang masa, atau boleh jadi mencuka je sepanjang masa. Kalau honeymoon tu untunglah. Kentut bau mayat pun boleh jadi wangi. Kalau yang dapat cuka tu bawa bersabarla ya...Yelah dalam proses nak kenal hati budi, tak boleh salah sikit. Maun ke pangka gaung nua disepak ea kau. huhu!


Ramai orang ingat kahwin ni sweet..Nanti boleh manja-manja, boleh posing sweet-sweet. Well, dream on..hahaha, (Ada yang memang dapat) :P


Untuk permulaan mungkin ya. Tapi lama-kelamaan rasanya bagaimana penerimaan kita bila dapat tahu yang pasangan kita ni seorang yang tak suka ambil gambar? Sedangkan kita pula seorang yang sangat suka kenangan itu. Haha so mengangalah kita sorang-sorang masa tekan timer tu...


Lepastu apa kita nak ucapkan pada diri sendiri bila dapat tahu yang pasangan kita ni sebenarnya panas baran? Tak boleh salah sikit, maun ditengkingnya kita. Belum cerita lagi pasal yang suka naik tangan.. Baca sendiri luahan di Kisah Rumah Tangga tu. Kadang-kadang tak sampai sebulan kahwin dah kena terajang. Ada yang tak sabar, tak sefahaman lalu pilih jalan untuk bercerai. Belum lagi masuk hal-hal curang, tak bagi nafkah dan sebagainya. 

Belum lagi kisah pilih pasangan kerana rupa. Rupa perlu ada, tapi adakah ianya menjaminkan kebahagiaan? Ada orang pilih isteri kerana ada rupa, comel, bila dah kahwin baru tahu rupanya isteri dia seorang yang pemalas..Isteri pula pilih suami yang berduit, lepas kahwin baru tahu rupanya suami kaki perempuan..Sadis. 


Mesti dalam hati kita rasa, oh tak mungkinlah...Benda-benda itu semua berlaku disebabkan lack of ibadah dan tak renew niat...


Hmm..Mesti korang pernah dengar kisah akhwat dan ikhwah yang bercerai hanya disebabkan cara picit ubat gigi mereka berbeza, Tak cukup pandaikah mereka dalam bab-bab agama? Walau begitu jalan yang dipilih, tapi cuba kau ajak mereka berdebat soal agama. Tepuk bantal 10 kali pun belum tentu kau lena tidur dek tak dapatnya kau nak patahkan hujah mereka waktu tu.


Mereka manusia hebat. Kita? Solat fardhu kita awal waktu? Hadis ke sepuluh siapa mampu huraikan?


Stop fairytaling life. Just in case you are lucky enough, ada limosin tunggu dekat luar nak bawa kau jalan-jalan. In case kalau tak ada, bersyukurlah, sebab fairytale tak wujud pun. Hakhak!


Try imagine. Kita banyak mempertaruhkan bahagia atau sweet thingsss. Sedangkan pernahkan kita fikir bagaimana kita nak hadapi andai kita mempunyai pasangan yang bukan kita impikan sebegitu perangai? 

Itu belum sentuh lagi masalah nak sesuaikan diri dengan keluarga mertua, masalah kewangan, terutama yang belum punyai kerja tetap, atau dapat pasangan yang tak nak tolong dalam uruskan anak ataupun duduk goyang kaki, sedangkan kau terkejar-kejar sorang-sorang nak mandikan anak, nak basuh baju, masak dan semua berkaitan dengan kerja bibik. Heyyy...Nak berus rambut pun kau tak ada masa lahhh...Haha. Bayangkan muka kau waktu tu dah macam artis Gegar Vaganza dah. 


Masalah hati? Masalah cemburu, dan lain-lain kemungkinan yang mungkin korang yang belum kahwin tak pernah fikir. We still young. Tak mustahil kadang-kadang hati pasangan kita  boleh berbolak-balik. Jiwa kacauuu.. Nak-nak lagi sekarang ni ramai betul manusia cantik-cantik yang datang tah dari mana-mana tiba-tiba happen to be famous kat IG tu. Maunnya pasangan kita pandang sebelah mata? Boy will always be boys...That's the fact, so accept it by hacking their phone. Huhu.


Bila dah baca rasa-rasa korang betul-betul dah bersedia ke nak kahwin? Haaa...mesti fikir panjang kan? Padan muka siapa suruh baca? Haa kan dah..huhu. 


Sebab itulah untuk trimester pertama ini apa yang perlu korang ada, adalah sabar, sabar, dan ibu segala sabar. Kesabaran yang tinggi. Bukan setakat tinggi, Malah melangit tingginya. Sebabnya tempoh bercinta bodoh-bodoh, angan-angan isteri solehahlah, ku tunggu mu dengan cara yang halal semua tu sudah TAMAT!


Sekarang adalah tempoh dimana kita akan berhadapan dengan seseorang yang dah sah menjadi milik kita. Walau kita bercinta bagai nak rak dengan orang lain pun,kalau dah tak ada jodoh tu jaga dan hargailah tulang rusuk kita yang dah halal depan mata tu. Kerana sebarang cinta sebelum kahwin semuanya indah belaka, bagaikan mutiara. Dari jauh nampak bersinar. Rasa nak genggam dek terpesona dengan keindahannya. Tapi bila dah genggam kau tahulah sebenarnya ia taklah berkilau mana. Malah lebih buruk dari batu jalanan. Itulah namanya  nafsu semata-mata.Sebab yang indah itu belum tentu baik untuk kita. Juga sebab indah itu, kerana hiasan dari syaitan semata-mata. Yelah benda haram kan..?


Malah, tidak dinafikan jika ditakdirkan dengan jodoh yang baik. Kadang-kadang sebelum kahwin ada antara kita baik lelaki mahupun perempuan sentiasa curiga dengan kesetiaan pasangan. Kita ingat pasangan kita ni pasang ramai, rupanya lepas kahwin berubah menjadi setia macam setianya Siang Menunggu Malam. 


Sebelum kahwin mungkin isteri kita berpakaian seksi, tapi lepas dapat bimbingan suaminya, malah akhlaknya lebih bagus dari yang sekolah agama. 


Beruntung juga bila sebelum kahwin pasangan kita tak pernah cerita soal agama. Sampai kita was-was atas kemampuan dia untuk jadi imam kita. Tapi rupanya lepas kahwin dialah yang sentiasa kejutkan kita solat subuh, mengajak mengaji berjemaah. Walau luaran macam tak senereh, macam nak kena tinggal malu bawak jalan-jalan, rupanya bila tengok dia je membuatkan kita mengingati ALLAH. Hati pun tenang..


Ada juga yang baru tahu bakat dan kebolehan pasangan. Rupanya selama ni dia ni rajin masak..Walau rasa gulai tu macam Laut Mati tapi at least dia rajin bontot pergi dapur. Dari biarkan kau makan nasi lemak anak dara lebih baik kau makan air tangan dia. 



Dan ini rasanya ramai mengalami..Orang lelaki ego(FULLSTOP). Dia susah untuk tunjuk yang dia syg kita. Kadang-kadang kita tak boleh terima cara dia layan kita, kerana cara layanan itu malah kasar. Tapi percayalah, lelaki yang caranya kasar ini hatinya lebih lembut, lebih penyayang. Boleh jadi sebab dia anak mak, jadi manjalah sikit. Biasalah abang kita pun manja juga kan...


Tapi percayalah, dalam kasar-kasarnya itu, ada ambil beratnya, Cuma kita saja tak suka dengan caranya. Terimalah. Memang itulah namanya perkahwinan. Belajar menerima kekurangan insan yang rela menghabiskan sisa hidupnya demi menjaga dan membahagiakan kita. 


Nasihat aku buat mana-mana yang tengah melalui fasa trimester pertama ni, diri sendiri, banyak-banyak bawa bersabar. Kita marah macam mana pun jangan sesekali terlepas cakap. Ye..I admit it. Sometimes aku sendiri naik hantu bila salah faham. Mulut dengan otak tak bersambung bila cakap. Tak minum enfagrow sebab tulah sel-sel otak aku tak berhubung bila dalam keadaan marah. Kita semua ada baran masing-masing. Sekali terlepas cakap, sampai bila-bila ianya akan mengguris hati pasangan. Andai dah terlepas cakap redalah..Minta maaf...dan anggaplah ianya juga satu teguran buat diri kita dan pasangan. Dari situ kita belajar untuk lebih berhati-hati dalam mengawal emosi pada masa akan datang. 

See...Perkahwinan bukan soal cinta dan sayang semata-mata. Tapi persediaan dari segi mental, emosi, fizikal, kecergasan, ketangkasan, dan otak yang cerdik untuk selami perasaan pasangan. Heheh~

Yes Faham, masing-masing ada ego masing-masing, tapi cuba tanya diri sendiri. Syg pasangan kita kan? Jadi apalah sangat ada pada ego tu? Bila dah kahwin kenalah jadi yang paling murah dengan minta maafnya. Bukankah yang minta maaf itu besar pahalanya? Tanya diri sendiri. Tak sayang ke kat suami? Suami pula, tak sayang isteri ke? Kalau ego sangat dapat rumah banglo sebiji ke? 


Hadapi masalah kerana kekecewaan itu sebenarnya ada hadiah yang lebih bermakna jika kita sabar. Percayalah, walau apa yang terjadi, mesti pasangan kita akan sejuk juga hatinya kalau kita minta maaf. 


Akhir kata, percayalah kata orang tua-tua, asam garam dalam hidup berumah tangga, gaduh itu mesti ada, tak boleh lari. Malah menyerikan lagi sesuatu hubungan. Yelah lepas gaduhlah kita boleh nangis-nangis peluk cium sambil minta maaf. Kalau tak gaduh dapat ke waktu-waktu drama macam tu? huhu. 

Even lecture aku pernah cakap yang dia sendiri akan sengaja cari pasal dengan isteri dia seminggu sekali. Katanya bosan kalau tak gaduh. HUHU. 


Jangan cari pasal cakap pasal nak poligami sudahlah ye..Itu bukan gaduh dah.. Thats called THIS DEATH WILL DO US APART. 


Dengan salah faham jugalah sebenarnya buatkan kita lebih mengenali pasangan kita. Manusia biasa, Mana pernah semua macam yang kita expect to be. Mestilah masing-masing punya perasaan tak puas hati kan?
Kalau tak nak gaduh-gaduh tak payah kahwin. (Tapi nak kahwin juga dengan Awak..) Hii Hii..~








Monday, June 27, 2016

DI MANA LETAK AMANAH ITU?

DI MANA KITA LETAK AMANAH ITU?

Sesungguhnya manusia itu sifatnya suka berlaku zalim. Samada zalim pada dirinya mahupun pada makhluk Allah.

Pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri, sudah cukup amanahkah kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini?

Tak kiralah apa jua profession kita. Dari suri rumah, hingga ketua negara, di mana dan buat apa sekalipun, disitulah amanah yang perlu kita pikul.

Sememangnya Allah tahu manusia itu memang suka melakukan perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. Allah maha mengetahui hambanya serba lemah. Cuba lihat sekeliling anda dan renungkan.

Hari ini, berapa ramai ibu dan bapa yang yang lalai menyempurnakan amanah mendidik, membesarkan dan memberi keperluan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka?
Hari ini, berapa ramai para pekerja mengkhianati amanah yang diberikan?
Hari ini, berapa ramai pemimpin yang amanah menjaga kepentingan rakyat?
Hari ini, berapa ramai para pendakwah yang amanah dengan ilmu yang mereka ada?
Hari ini, berapa ramai pendidik yang amanah dengan tugas mendidik anak bangsa?
Hari ini, berapa ramai suami dan isteri amanah dengan 'title' yang diperoleh sebaik berlakunya akad nikah?

Dan hari ini sebagai muslim, berapa ramai yang menunaikan perintah Allah tanpa malas?

Perkara pertama yang akan dirampas daripada agama adalah amanah, dan selepas itu solat.

Amanah juga akan mengiri kita ketika berjalan di titian sirat.

Jadi, JOM kita sempurnakan mana yang tidak kita sempurnakan. :)

Sumber: Majalah IMAN

                                                                                                                                                                                                             

Monday, April 29, 2013

Jika benar kau cintai dia...








Jika kau nak mencintai si dia, hati-hati...
Takut kau bakal memuja

Jika kau merindui si dia, hati-hati..
Sesaat lamunan kau, seribu tapak kau ketinggalan

Jika kau rasa manisnya semasa masih haram, hati-hati
Terbiasanya dengan yang haram bakal rasa hempedu semasa halalnya

Jika kau lupa bersyukur tentang perasaan, hati-hati
Kehadratnya kau lupa, maka murkalah Dia

Jika kau terpesona dengan harumnya bunga, hati-hati
Kumbang senja juga hauskan madunya

Jika kau ragu tentang soal hati, hati-hati
Penantian air mata itu sudah kepastian

Jikau robakkan janji, hati-hati
Semalam, takkan boleh terkota lagi

Jika kau ungkap cinta sebelum waktunya, hati-hati
Ia mungkin hanya di bibir, bukan dari hati

Jika kau menunggu bayang-bayangnya, hati-hati
Kelak syaitan bertepuk tangan, titik hitam lalu bertompok

Jika tiap malam hati berdetik kerananya, hati-hati
kelak siang menangis, senja menagih

Jika doa kau lebih untuk bersamanya, hati-hati
Kelak kau mempersoalkan penaNya

Jika terlalu pasti, hati-hati
Kelak yang kau tunggu pudar, yang kau nampak kabur






Sunday, March 3, 2013

Isthikarah Cintanya

Kaklong memang seorang muslimah, anak, kakak dan cousinku yang sangat baik, sopan santun. Santunnya berbeza dari kita yang sedarahnya. Entah mengapa aku cemburu dengan sinar hidayah yang sentiasa meyapanya. Dia disapa cik hidayah awal lebih awal dari kami. Mulanya kami tidak tidak faham apa ragam mahu pakai tudung labuh. Itu berbeza sekali dengan kami yang cuma faham Islam pakai tudung. Tudung itu bagi kami sudah tutup aurat. ??

Allah pesan, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Allah dah berikan bukti2nya padaku.

Bercerita tentang persediaan baitul muslimnya...

Dimeja makan setelah menikmati rendang di pagi raya..

Adik: Kaklong, camne le kenal dia?
Kaklong: ohh...hehe..kaklong tak kenal pun dia..
Adik: (dalam hati.: ok isi borang.......)
Kaklong: Sebenarnya ada seorang kakak ni, dia memang seorang yang boleh dipercayai, dan kaklong percayakan dia..Masa tu kaklong disapa kakak itu, dia cakap nak jumpa kaklong lepas habis kerja. ada benda nak borak katanya.
Adik: Lepas tu?
Kaklong: kaklong pun g la...
Adik: Lepas tu?
Kaklong: Jap ( ngah kunyah rendang ).............lepas tu kaklong pun g la jumpa dia. dia terus terang cakap yang ada kawan dia sedang mencari.......dalam ramai2 calon kawan dia, dia kata dia teringatkan kaklong.
kaklong pun kata kalau akak rasa dia baik, saya ikut saja..
Adik: maksudnya kaklong terus setuju ke?
Kaklong: kaklong setuju, tapi dalam masa yang sama, kita tak boleh terus terima..jadi kaklong pun solat istikharah. Kaklong biarkan hati kaklong betul2 free dari sebarang ketidakadilan.Alhamdulillah kaklong rasa ringan je dalam diri kaklong. Kaklong dulu pernah berniat, yang kaklong nak kahwin msa umur 25, tapi bukan kaklong sendiri yg kenal bakal suami kaklong. mungkin niat tu ikhlas, jadi Allah permudahkan..
kaklong suruh je dia dtg rumah .kenal betul2 ngan mak abah.
Adik: hehe nak niat jugak ni...:P



Kaklong, ini adik edit khas untuk kaklong. Maaf adik tak boleh balik hadiri walimaturus kaklong.. :(

Doaku hanya kebahagiaan kaklong kekal hingga ke jannah. Jadi isteri yang solehah itu, aku tahu bukan mudah, bukan sekadar mencium tangan suami, bukan sekadar patuh arahannya, tapi membenarkan segala-galanya tentang dia.

Rasa seperti baru semalam kita berlari ke sungai, mengejek2 manusia yang lalu lalang di jambatan itu,
bukankah baru semalam kau jadi polis,aku jadi pencurinya
atau mungkin semalam kau baru saja balutkan lukaku setelah aku jatuh dari menunggang basikal

(tersenyum)

zaman kanak-kanak kita dah berlalu sesedarnya
kau dah pun melangkah ke alam yang mungkin akan menjarakkan sedikit masa bersama kita
aku tahu, mungkin payah sudah mahu bersua.
rasa susah mahu berpisah dengan kenangan

Barakallah kaklong...



Saturday, December 8, 2012


Betulkah diri kita ikhlas kerana alasannya inginkan Baitul Muslim itu?
atau nafsu semata-mata?


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"
[Surah Ar-Ruum: 21]

Kaklang Wo Ai Ni....




Perasaaan sayang yang kita selalu lupakan.
Rasa macam ada...tapi kita tak tahu macam mana rasanya
Barangkali kan kaklang...mungkin kita berdua saja yang dapat rasa

Kaklang....
Kadang-kadang bila adik rasa dah tak ada siapa nak tengok adik berdiri di atas pentas kehidupan ni lagi, 
adik selalu nampak engkau..wahai kakak.
Dan adik tahu,kau berdiri di sana bukan sebagai penonton yang akan pergi setelah pementasan teaternya habis...tapi selamanya akan melihat tanpa rasa jemu.

Adik teruk kan? Adik degil gila kan?
Mesti kau kadang-kadang tahan je sabar kau kan...Kalau tak...
Melayang dah adik kena penampar kau tu!

Kaklang. Terima kasih eh...
dalam adik ketakutan digelumangi kisah-kisah silam, pahit manis kehidupan
kau sorang je yang berani papah bahu adik,kau kata, "Dik..kaklang, sentiasa ada kat belakang kau, kalaupun kau terpaksa susuri jalan berkaca tu, biar kaklang pegang tangan kau!Kita akan lalui jalan ni bersama. Asal kau tak rasa seorang pedih hirisan tu."

Kaklang....
Kau peneman malam sunyiku. Biar dalam gelap, kalau adik tersenyum, kau pasti akan tahu.

Kakakku, guru terbaikku...
Kisah peribadiku , kau saja yang tak pernah muak tentangnya

Kau berikan nasihat, bagi adik pahit
Tapi kau kata, yang pahit tu bakal jadi bahagia.
Kaklang..adik bahagia sekarang..Kau pun bahagiakan?

Kaklang, 
Bagi dunia, kita matang, tapi bagi adik tidak, izinkan adik menyakat kau seperti dulu...seperti hari-hari yang kita lalui dengan hati kita yang suci tu...

Kaklang...
walau hingga ke hujung dunia, kaulah yang paling kenali adik 
Sungguh dalam pertalian ni kita bersaudara, tapi sebetulnya kau kawan baikku..
Bila kita saling berpegangan tangan, percayalah, tiada halangan yang tak mampu kita tempuhi.

Kaklang..
Tiada kawan yang lebih baik dari seorang kakak, dan tiada kakak yang lebih baik dari dirimu
Adik bersyukur membesar bersama seorang seperti mu kakak..seorang yang adik boleh percayai, seorang yang adik boleh berkongsi kisah suka duka.

娜迪娅
Wo ai ni 姐~







Sunday, September 23, 2012

Shopping with junior (with Pic)

15sept minggu lalu, dengan hati ikhlas lagi terbukanya aku menerima kedatangan junior aka anak ikan di universitiku di Beijing Foreign Studies Universiti. Sudah setahun aku dan kawan sebatchku hilang title yg kitorang banggakan, Super Junior~xpela...ameklah korang title tu...kitorang dah tak heiran. huhu

Sebagai senior tahun ketiga, aku dah cukup umur untuk diberikan seciput tugasan yg bagi aku mcm makan kacang je kerjanya...Aku punya tugasan bawa deorang beli barang ~ (SHOPPING)

Actually aku sendiri yang minta tugas ni...aku memang kuat jalan pon~setakat beli barang tu apela sangat letihnya kalau nak banding ngan job budak lain...deorang pening pale nak urus budak. huhu...幸苦你们了~

Selamat membeli belah di Carefour bawah tana!. Aku happy tengok troli korang kosong buat masa ni..~~~aku pun takde idea nak beli apa masa aku mula2 sampai Beijing dulu. aku rasa walaupun aku tidaklah begitu dimanjakan oleh senior dulu, tapi aku bersyukur skrg ni hubungan dengan senior makin lama makin rapat..Aku tatau la nak cakap camna beruntungnya junior kali ni bila dapat senior yg sangat2 rajin. huhu.




Aku rasa memang nampak aku tua dari deorang~ (Y.Y)huh~~ sokayh sweet!! terima hakikat!



Aku paling suka bila dapat junior yang gila-gila~bertindak mengkut arahan..huhu.Nampak tak pakistinan women over there...rupa ala2 siti nurhaliza. dia tak reti cakap china jadi minta tolong aku untuk carikan halal food. i think she's really lucky that day..huhu.


Baju tidur favourite bila nak masuk musim winter..huhu. berbulu lembut dan sangat nyaman..:)


Beginila bila di negara orang..bukan semua tempat ada kemudahan surau...kesian korang solat kat tepi tangga je...inshaAllah ..His Watching Us ~


China bukanlah negara yang universal yg semua barang2nya sama dengan negara kita. Contohnya plag deorang, kalau korang bawak lp dari Msia, tak beli plag universal, alamat g cc skola jelah kalau nak onlinenya....hehe


Pernah tak korang g shopping raya ngan mak korang then balik naik bas? Sokayhlah kalau korang beli baju je, ni bawak oven, rice cooker, pngan mangkuk, beras, susu semua ~huhuhhuhuhu! Aku betul2 mampu beli wrap paper je aritu~ no money!!! nak kumpul nak kahwin ~~~!! hihi

Mabuk dah deorang ni...tak sedar tangan dah penuh, aku ingatkan insaf dah......rupanya sambung shopping kat lua carefour~ adoi~~~~ takpe2, aku bagi korang peluang jadi akak yg dulu. huhu






Dari segi makanan, mmg ada yg betu2 halal dan ada yg kita beli melihat kandungan ~ jangan sampai beli benda yg bukan2 sudeh~~

Monday, May 28, 2012

Kiniku mula hargai jasa abang





my hero



as i feel like facebooking. nothing to do la tonight. will be sleeping by 12 AM. I saw this picture. Its about a brother who show his love to his younger sister. happen to me when i was 4 years old. my brother and i we re walking by the river. and i have no idea where i put my shoes are. there's bushes and thorns. when my brother saw me walking painfully, he tried to take off his shoes and willingly to give it to me. and i look into his eye and ask, "But how about you then?" . he look at me and said, " its okay. my foot are stronger than you are. Its doesnt make any sense! the thorn were so sharp. i refused! and later he said, if that so, let me carry you home.

Im 21 years old now. i wish i could turn back time, and wear my shoes so that he doesnt have to worry bout my painfull foot. Thank you Ayung, Angah.

Sunday, May 13, 2012

Jodoh Aku Mungkin Lambat

 Dikala kawan semua punya seseorang untuk dirindui,
aku masih bertanya apa khabar hati dikala ini 

Dikala kawan berbicara soal cinta dan jodoh,
 aku masih tidak jelas tentang ciri-ciri lelaki idaman.

Dikala kawan sedang ria memilih nama-nama zuriat mereka yang indah,
tentang cinta, aku  masih mencantas apa yang terlintas


Ya..mereka  kian rancak fikir soal tema majis walimaturus,
 aku masih disini, tangan suci masih belum terima sekuntum bunga.






tipu kalau aku cakap aku tak pernah fikir pasal jodoh. memanglah kalau ikut darah muda ni rasa nak kahwin awal.alahhhhh! jealouslah tengok baby2 deorang yang duk luar negara ngan parents yang still study!!dah baby grow up kat overseas mestilah kena angin2 mat salleh..pheewit comel kot! :)

kalau lepas kahwin kononnya dah tak pening lagi fikir pasal jodoh2 ni. ye mmg  betul....!

Tapi sempena mother's ni, almaklumlah bila dah jauh2 ngan mak ni....dah takleh nak wat cam dulu2...dulu kalau nak bagi present kat mak, kuar jap, balik tu terus deliver sendiri kat mak. skrg ni call jelah paling kurang. Happy Mothers Day mak! adik sayang mak! eventhough UAI cakap tak berapa elok sambut , p lantaklah...niat adik nak buat mak happy, dihargai, lepas rindu and so on...tak niat memperingati pape peristiwa pun. ok tak ok?

baru-baru ni aku terfikir. selama hampir 21 tahun aku hidup, aku rasa tak pernah cukup bahagiakan mak aku.
dan aku tahu mak tak pernah puas bermanja dengan anaknya. sedangkan hidup single ini rasa2 mak macam jauh je... apa lagi;ah after aku get married.  aku tak nak diusia muda ni mak terpaksa berkongsi sayang aku dengan suamiku. apa lagi bila masuk berkongsi kasih syg aku ngan ibu dan ayah mertuaku. tidak diusia ini.

hmm..cuba aku bagi pandangan yg jelas pada korang. katakanlah aku sudah punya dua keluarga. satu keluarga kandung, satu lagi keluarga di pihak suami. tidak iri hatikah ibu kandung bila lihat anak terpaksa melebihkan keluarga mertuanya sebelum sempat memuaskan hati ibu kandung itu sendiri. yelah...beli baju kena beli 2 helai. kalau tidak satu muka mungkin muncung dua harian. heheh no im not gonna let that happen..

Buat waktu ni, biarlah jodohku menunggu untuk sekian2 waktunya, asal sementara ini dapat aku puaskan hati ibu, ayah, dan sibling aku yg lain.  ye aku memang kalau boleh nak kahwin bila aku dah 2 tahun kerja, dan gaji kerja aku tu aku boleh bagi kat mak.. tak dapat bagi banyak, aku bagi sikit asal aku bagi! paling terbaik, kalau dalam masa 2 tahun aku kerja tu, aku boleh bawa mak ngan ayah sama-sama kerjakan umrah. nanti kat sana doalah pape pun. jumpa jodoh kat sana lagi terbaik. heee:)

No matter what guys..even korang rasa aku mengarut, tapi cayalah, yg aku tak mengarut sbrnya. hehe. dan aku tak mamai waktu ni. aku cuma nak wat ucapan hari ibu. everyday 's mother 's day. Priority kita yg belum kahwin ni after Allah dan Prophet SAW.





Saturday, April 21, 2012

Sajak Cinta Tulus


我只知道,
星星会说话,
石头会开花,
穿过心灵的栅栏和冬天的风雪后,
会绽放爱情美丽的小花。

打开心吧,
来把手儿拉,
只愿和你走成一幅最美丽的画!




Apa yang ku tahu,
Bintang bisa berbicara,
Batu   bisa  membuahkan bunganya,
Lewatilah pagar jiwa dan salju musim dingin ,
Bunga cinta yang indah akan mekar.


Bukalah hati,
Hulurkan tanganmu,
Impianku hanya ingin bersamamu ..
 melangkah masuk ke lukisan yang paling indah




Sunday, April 15, 2012

Bismillah...Pujangga Indah Di Pagi Hari


1) Demi matahari dan sinarnya pada waktu pagi
2) demi bulan apabila mengelilinginya 
3) demi siang apabila menampakkannya
4) demi malam apabila menutupinya(gelap dan gelita)
5) demi langit serta penghamparannya
6) demi bulan serta penghamparannya
7) demi jiwa sera penyempurnaan cipataannya
8) maka dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya
9) sungguh beruntung orang yg menyucikan jiwa itu
10) dan sunggug rugi orang yang mengotorinya
11) Kaum Samud telah mendustakan rasulnya kerana mereka melampaui batas(zalim)
12) ketika bangkit orang yg paling celaka di antaranya
13) Lalu Rasul Allah (Saleh) berkata kepada mereka ,"Biarkanlah)unta betina dari Allah ini dengan minumannya"
14) namun mereka mendustakannya dan menyembelihnya, karena itu Tuhan membinasakan mereka kerana     dosanya, lalu diratakan-Nya (dengan tanah)
15) Dan Dia tidak takur terhadap akibatnya....


Tuesday, January 24, 2012

Even it just a drama :)

As a girl..huhu tipulah sp yg tak mimpi nak naik pelamin ..nak pakai baju pengantin. Bagi tuluslah..Kalau tengok cerita drama melayu ke, korea ke, Bride War ke,even deorang just berlakon to be a bride, tapi still rasa  jealous sbb dapat peluang pakai comel2, ada pentas bunga2, kalau pengantin melayu lagilah terasa real. apa agak2nya rasa pakai baju pengantin, then make up sweet2..:D







kalau tulus nak sgt rasa boleh je pinjam baju pengantin dari maklang,dia mak andam, then pakailah puas2. tapi when the day comes, rasa dah tak speciallah pulak. :D
eiii gilo! blaja habih dulu!

Thursday, January 12, 2012

Photoshoot With Classmate

Rasa baru je turun flight balik Beijing and start new sem. 时间过得真快!(Whoa...cepatnya masa berlalu..)pejam celik, pejam celik dah 2012! Hello 21! Makin tua makin banyak masa yg dibazirkan. Tak ingt pun apa yg dirini usahakan sampai rasa macam 2011 tu semacam Leap Year. Moga segala yang diri ni usahakan membawa faedah dan diberkati Allah. kalau tak sia sia waktu mudaku. hehee~ 

Kalau nak cerita pasal sem 3 kali ni...hurm..Tak berapa nak adventure sangat. cumalah satu persinggahan sebelum sy sampai ke pelabuhan (sem4) Setiap nafas adalah pujian kepada Allah da Almighty. Shukur sebab masih diberi peluang untuk hidup. banyak lagi benda, banyak lagi Adventure yg belum sy terokai. Semoga dirini sentiasa merendah diri...org lain dah mengembara sampai ke Ireland, dah sampai ke Bulan pun. Diri ni masih lagi seperti katak bawah tempurung. 

Selebihnya silalah layan gambar-gambar..(>.<)



Candid terrr~~ Muka macam lempeng je masing2. huhu
Zhang laoshi, Tiena, Ieyqa Adam, Tulussweet, Mimy, Syera, HIdayah
Kami classmate! 


Muka kami mcm bakal guru tak?ke bakal businesmen ke? (tak memasal)

cuba teka which one is the teacher? And that person is sangatlan skema. yg suka bagi soalan bocor. hehe


bila di zoom inilah rupa dan wajah keriangan bila seseorang tu diberi peluang untuk mengPrankkan manusia lain.







Opocot mak kau! tokojut den...


After tengok pics mesti ramai yg rasa...Eiitt, tak aci, kenapa pics perempuan sikit dari lelaki..
well..Of course. Because we're Special . :)
Selamat Menunaikan Sembahyang Jumaat untuk yg B. Yg G selamat bershopping. hehe~

Saturday, December 10, 2011

Terlalu Bermakna...

Dulu, angan-anganku ingin jadi seperti ayahku, jejaki kaki di United Kingdom. Terasa seperti angan2 itu makin jauh sejak aku bergelar pelajar sekolah menengah. di sana aku jatuh, aku jatuh dan aku jauh dari segala harapan. aku rasa seperti beban dalam keluarga. beban kepada ibu bapaku.I've failed on my own glory..
 entah kenapa aku yg dahulunya jaguh dalam segala hal , tapi waktu itu aku cuma mampu bercakap tentang "the Good Old Day" ku yg cukup indah.aku Johan dalam segala urusanku.That day! aku pilih jalan senang untuk jalani hidup.bersama rakan-rakan seperjuangan, but we've lost along the way. tiada tangan yg menghulurkan bantuan. kami cuma bepaut kepada satu sama lain. 

cukup menyampah dengan diri sendiri hingga suatu hari , seorang diriku berjalan untuk tenangkan fikiran. dengan tiada takwa dalam diri, dengan tiada iman yg aku warisi dari ayahku. aku duduk termenung mengira peratus masa depanku yg cerah. mungkin tak sampai 50%. 

aku dengan tidak sengaja telah menconteng dinding di pekan kelahiranku. meluahkan semua hasratku as soon after berlaku sedikit huru hara dalam keluargaku..biarlah ianya menjadi pengajaran dan tidak perlu diungkit kembali perkara yg dah berlaku. 




The mountain are too high too climb


aku yang kecil kecil ni cuma mampu berangan ingin terbang seperti mereka yg lain. aku ingin terbang jauh..jauh di tempat yg tiada siapa mengenali diriku. dan aku mengharapkan peluang kedua dari-Nya. Peluang untukku baiki diriku...baiki jahiliah diri yg berbakul bakul...tears are drop, sooner or later it wil stop, but till now, it still droping like a grey cloud in the sky, waiting for a storm to rain

Alhamdulillah walau betapa tenggelamnya aku saat itu, aku masih ingat untuk menadah tanganku ke atas memohon petunjuk dari-Nya. 

mak , abah..adik never show it...Sejak hari tu, terasa tangan ni bagai makin ringan menadah mengharap pertolongan dari-Nya yg nun jauh di sana. walau aku cuma ada masa 60 hari untuk hadapi ujian terakhirku sbg pelajar senior, tetapi aku masih terasa bagai ada sinar disamping ketakutanku. Aku yakin bahwa Allah sedang melihat usahaku. aku yakin Allah sentiasa menghantar Malaikatnya untuk menemaniku menghadapi saki baki masa yg ada. 

Namun bukan apa yg kita pinta akan berlaku. Allah seakan tidak menghiraukan doaku.Allah seakan tidak mencintai hamba yg hampir sesaat dalam hidupnya tidak pernah lekang dengan doa yg dipanjatkan kepada-Nya.

Aku ingin terbang! aku masih percaya yg aku boleh terbang! doaku hampir setiap malam. mata yang semula jadinya sepet ini, makin tak mampu terbuka luas bila bergenang dengan air mata. 

Waktu itu aku tidak pernah kenal erti dugaan. entah bagaimana aku boleh menghantar sms kepada seorang ustaz yg tak pernahku kenali , bertanyakan tentang apa pilihanku yang masih ada selepas ni. 

dan bermula dari hari itu , aku kenal erti Dugaan dan Redha Allah. Aku kembali berharap pada redhanya...dengan ungkapan ini semua adalah dugaan semata mata, aku tidak pernah hilangkan kepercayaanku terhadap janji Allah pada hambanya yg bersungguh-sungguh berusaha..





Allah Always Listen...As i pray



kenapa harus China? kenapa bukan di Negara2 yg lebih maju seperti negara Eropah seperti dalam fantasiku? aku mungkin agak keliru tatkala rezeki itu didepan mataku..


Abah, heroku yg bibirnya yg palingku ingin lihat ada senyuman terukir menjadi kenyataan. walau aku masih keliru pada waktu itu, bahwa adakah Chinalah tempatku mendarat setelahku angankan ingin terbang jauh?  


bagaimana aku ingin berhadapan dengan dunia baruku seorang diriku..tanpa mak, insan yg selalu mendengar luahanku....atau abah, insan yg melindungiku , dimana cuma nasihatnya saja yg aku boleh terima. aku masih memerlukan pendapatnya tentang setiap yg aku lakukan. tapi it's oklah. aku terima cabaran ini dengan hati yg terbuka






Looking for a Brighter Day


hari ini. Hari yg paling Sweet di Beijing, China...2 tahun bertarbiyah Bumi Allah yg aku tak pernah terfikir akan ku jejaki. sedar tak sedar, aku bukan lagi tulus dulu yg cuma meletakkan harapan di dinding2 di pekan kecil itu. aku bukan lagi tulus dulu yg suka melakar bayangan masa depannya sambil tertiarap lantaian ...


Awal Muharram yang sungguh bermakna. titik2 penghijrahan dari jahil seorang hamba kepada hamba yang Allah pegangi hatinya. Aku sedar selami ni aku bukan seorang hamba-Mu yg bertakwa ya Allah...Walau aku sangat hina disisi mu...tapi bantulah aku yaAllah..pilihlah aku ya Allah..jadikanlah aku hamba yg sentiasa bertakwa kepadamu Ya Allah...tetapkan jalan yg aku pilih ini yaAllah...jalan untuk bersamamu suatu hari nanti..


Aku seorang hamba yg lemah...hanya Kau kekuatanku...
Aku mampu bediri hari ini..Hanya kau Cintaku
Aku salah hari ini..Hanya kau Penerima segala taubat
Aku sedih hari ini..Hanya kau Bahu untukku pinjam dan meluahkan isi hatiku
Aku berbeza hari ini...Hanya kau yg Boleh menerimaku
Aku sejuk hari ini..aku bersyukur dengan nikmat kau limpahkan
Aku sihat hari ini...kepada kau saja aku beribadat


Wahai Allah...tanpa kau pegangi hati ini, besok mungkin aku akan lupa siapa kau disisiku selama ini...hamba hina seperti aku yg sering mengulangi dosa...I took ur love for granted. 


Janganlah terlepas aku dari penjagaan mu ya Allah...tatakala diri ini leka dan lalai...I Always Assumed That You'll Always Be There For Me...letakkanlah dunia di hujung jariku, akhirat di hatiku buat selama lamanya! jadikanlah aku hamba yg mengingati mu di masa susah dan senang. Janganlah kau menjadikannya terlewat untukku mengejar Cintamu...
Terangilah aku dari Syurgamu ya Allah....


Wahai Allah.pemilik hatiku..Aku merayu....aku merindui The Love That We Share...