Showing posts with label info isnin. Show all posts
Showing posts with label info isnin. Show all posts

Sunday, August 22, 2021

Kenangan Yang Terlalu Kerap Kunjung Tiba


Baiklah. Sebelum korang terpilih untuk baca posting ni...Aku nak tanya dulu pada korang. 

Pernah tak korang ada kenangan yang mana kenangan itu setiap malam akan muncul dalam mimpi korang?

Setiap inci dan perincian kenangan tu akan hidup dalam setiap mimpi korang?

Setiap wajah yang dirindui dengan jelas dapat korang tatap?

Setiap rutin yang pernah korang jalani dalam hidup selalu terasa macam hari semalam?

Malah keterujaan dan rasa sangat bahagia itu masih tersemat dalam sudut hati korang.

Aku tak pasti samada kawan Beijingers aku yang lain rasa dan alami perkara yang sama macam aku. Sebab setiap malam aku akan mimpi semuanya tentang Beijing. 

Ya. Kehidupan aku sewaktu bergelar pelajar dahulu. 

Kerana terlalu rindu, hampir setiap malam aku termimpikan ia. 

Memang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Entah apa yang aku terlepas dahulu. Seolah-olah dalam mimpi tu aku dipanggil-panggil untuk kembali ke sana. 

5 tahun itu seolah terlalu sekejap untuk dinikmati, untuk menjadi seorang yang menghargai setiap detik cabaran dalam hidup. 

Banyak perkara yang mengajar aku untuk menjadi dewasa semasa disana. 

Banyak nikmat Allah yang aku nikmati di sana. 

Banyak erti dan makna kehidupan aku mengerti disana. 

Sesungguhnya..aku rindu Ya Allah.. Semoga aku ada rezeki dan kesempatan untuk melawat tempat aku membesar...tempat dimana aku curahkan seluruh pengorbanan berjauhan dari keluarga demi menuntut ilmu. 

Tujuan aku menghantar posting ini agar, suatu hari nanti, sebagai tatapan anakanda yang tersayang, Betapa ibumu ini mengaharap agar kamu merantau. Lihat seluruh dunia sepuas hatimu dan harimu sebelum kamu balik ke dunia nyata. Jangan takut wahai anak. Dunia ini terlalu indah untuk tidak diteroka. 

Doa aku hanya satu. Agar dapat berkumpul bersama keluarga melawat rumah keduaku, di sana. 

Aamin. 

Yang tersakiti akibat rindu...




Monday, October 17, 2016

Diari Keguguran dan Pengalaman Cuci Rahim

Kisah yang bakal aku karang ni merupakan kisah yang dikongsi oleh berjuta wanita di luar sana, yang takdirnya sama dengan diriku iaitu keguguran. Bukan menggugurkan ye..:P

Takde rejeki~



Ceritanya macam yang lain juga. Bulan 8 haritu aku dapat rasakan perubahan pada diri aku. Muka pucat, malam-malam je rasa demam sampai rasa nak kol bos cakap besok nak mc. Hampir setiap malam macam ni. Bila bangun subuh rasa sihat pula. Masa inilah aku rasa tak secergas seperti hari-hari sebelumnya. Dulu aku boleh buat hundred metre nak rebut train dengan lrt memandangkan tempat kerja aku jauh. Lebih 10 stesen lrt, then kena tukar ktm. Penat tapi seronok sangat waktu tu. Kerja best, kawan-kawan kerja semua best.. Hari-hari makan best2. Kerja aku waktu tu sebagai wartawan di Angkasapuri, KL.

Ada gaya tak??


Tengah syok bekerja cari duit baru perasan yang lambat datang bulan. Besoknya ajak suami pergi farmasi beli alat pengesan kehamilan. Balik terus cuba. Pelik sebab line kedua nak tak nak je ada. Agaknya sebab terlalu awal kandungan ni jadi line kedua besoknya baru jelas kelihatan. Alhamdulillah.. 


Masa tu belum terfikir nak jumpa doktor sebab baru sangat lagi. Orang cakap kalau nak buat buku merah kena at least tunggu la sebulan dua. Jadi aku pun kerja mcm biasa. Memandangkan kerja aku sebagai wartawan ni memerlukan aku banyak bergerak, banyak keluar, kena berdiri lama masa nak interview orang jadi aku rasa xsedap hati. Sebabnya pertengahan bulan 9 tu aku dah rasa sangat simptom-simptom trimester pertama.


Makan tak lalu. Munta-muntah. Bila lalu kantin je rasa nak muntah dengan bau lauk-pauknya. Sedangkan sebelum tu tak ada apa-apa pun. Pernah sekali masa naik bukit nak pergi tempat kerja, sampai tak tahannya aku terus duduk tepi longkang. Ambil masa dalam 10 minit jugalah nak kumpul balik oksigen dalam badan ni supaya tak pengsan. Aku tak suka susahkan orang. Hari tu sedih sangat. Even dah sampai ofis tapi terpaksa minta ganti dengan orang lain cover job aku. Rasa nak balik tapi sayang. Kalau kerja setengah hari tak dapat gaji. Kena betul-betul 8 jam baru dapat claim duit. Nak tak nak terpaksa juga habiskan seharian kat tempat kerja.


Masalah aku satu je. Aku tak selera betul nak makan. Nampak nasi je loya. Lebih-lebih lagi lepas ambil folic acid. Alkisahnya suatu hari ni aku tak daya sangat sampai aku mc pergi klinik kesihatan Sri Rampai sebab aku nak pastikan betul ke tak aku mengandung. Aku pergi klinik tu sebab memandangkan aku kerja kat sana jadi aku tak ada pilihan. Doktor mmg sahkan aku mengandung dan bekalkan aku folic acid. Kalau ikutkan doktor dah tetapkan dalam 28.9.2016 ni datang balik sebab nak buka buku merah. Tapi belum sempat tarikh tu aku dah balik kampung.


23.8.2016

Masa kerja kat Angkasapuri tu aku tumpang rumah makcik kat Wangsa Maju. Disebabkan masalah dan keadaan aku yang sangat lemah waktu tu,  aku ambil keputusan untuk balik dan berehat dirumah. Tentang kerja aku ingat lepas dah masuk trimester kedua aku nak sambung balik kerja. Cari rezeki untuk family. Yelah kerja dia boleh tahan masyuk jugalah. Mewah sekejap hidup waktu tu. Hikhik!


29.8.2016

Kat rumah aku ni asyik nak pitam je. Jalan sikit kena pegang dinding. Kalau tak memang tersungkurlah. I did some research pasal simptom-simptom ni. Ada yang cakap benda ni normal. Tapi aku dah cukup risau dah. Yelah dah lah aku ni tak selera nak makan. Aku takut sangat benda ni efek pada kandungan. Jadi  aku pun pergilah klinik kesihatan kat kampung aku. Sana aku kena buat ujian air kencing lagi sekali dan ujian darah. Alhamdulillah memang aku positif. Tapi bacaan darah HB aku 11.9. Doktor cakap rendah sangat. Jadi doktor bekalkan aku dengan ubat tambah darah. Huhu makan ubat tu tak ubah rasa macam makan benda karat. Iron la katakan.


Semuanya arahan doktor aku ikut. Check up dekat klinik desa semua aku buat. Sampai doktor yang check cakap dah tak perlu makan ubat tambah darah tu sebab darah semua dah ok. Tapi gejala nak pitam tu tetap ada sikit-sikit. Even sekarang pun. Haha. Tapi nasihat doktor walau macam mana pun folic acid jangan tinggal.


13.9.2016

Masa ni raya haji hari kedua. Hari ni juga ulang tahun yang pertama sejak suami pertama kali merisik aku siap datang rumah. Drive 4 jam semata-mata nak jumpa mak abah. Gentleman la kononnya.. Hikhik. (love you)

Masa ni tengah sibuk-sibuk layan tetamu dirumah tiba-tiba perasan ada tompok darah pekat keluar. Petang tu juga ajak suami pergi hospital. Itulah kali pertama scan yang nampak baby sekali, dan juga saat yang sangat bermakna dalam hidup aku dan suami. Sebelum ni nampak kantung je. Itulah momen yang paling indah yang akan sentiasa segar dalam ingatan. Tapi yang seksanya bila doktor guna Muncung Itik untuk cek bukaan Rahim. Alhamdulillah pintu Rahim tak terbuka jadi consider as tak gugurlah. Jadi tak kena tahan wad. Alhamdulillah. Tak rela tinggal suami kat rumah sorang-sorang. Hehe~

Buat yang tak pernah nampak lagi muncung itik ni macam macam mana saya bagi contoh gambar.

Nama sebenarnya Vagial Specula Graeve. Orang Melayu buat cara Melayu dahlah..


16.9.2016

Sejak dari hari pertama ada tompokan darah sampailah hari ini memang setiap hari ada tompokan darah. Hari ni hari jumaat. Dan dalam waktu yang sama ada majlis sambut menantu di Kuantan. Tak sangka rupanya ada juga kenangan naik pelamin dengan baby. Thanks ya sayang teman ummi dengan abi bersanding.

Kenangan bersama baby, ummi, abi dan ucu. ;)





19.9.2016

Bangun pagi perasan darah cair dan lebih banyak dari biasa. Suami dah balik maktab. Pagi tu terpaksa ajak mak teman pergi hospital. Doktor cek bukaan rahim dan ternyata pintu rahim dah terbuka. Perkara macam ni berlaku kalau orang tu nak bersalin je. Jadi hari tu dimasukkan wad atas kes Threaten Miscarriage. Benda yang paling tak suka bila doktor gunakan muncing itik untuk cek bukaan rahim sebab rasa sangat sakit. Tapi kita tak ada pilihan. Hari tu je sebabkan berlainan doktor, dengan doktor praktikalnya jadi rasa macam bahan uji kaji pun ada. 3 kali kena muncung itik itu. Air mata dah tak boleh nak tahan. Berair sepanjang masa. Suami pula jauh. Kitorang PJJ. Masa tu tak dapat buat apa melainkan berzikir. Duduk tepi katil borak-borak dengan baby. Minta baby kuat. Kalau baby tak kuat Ummi tak boleh tolong baby. (Kalau ingat balik boleh nangis).


Petang tu doktor keluarkan notis boleh balik. Tunggu lagi dua minggu untuk cek samada baby semakin membesar atau pun macam tu je. So balik tu aku makan je keja. Usaha apa yang terdaya. Biar aku gemuk tak apa jangan baby tak besar-besar. Paksa je diri untuk makan walaupun lepas makan aku akan muntah.


22.9.2016

Petang tu aku ada scan baby kat klinik desa. Bila scan muka doktor macam serba salah je. Dia cakap baby tak nampak-nampak dari hari tu lagi. Pesanan doktor dalam masa sebelum tarikh untuk next appoinment, kalau ada keluar darah banyak cepat-cepat pergi hospital. Doktor tu memang tak sampai hati rasanya untuk bagitahu hal sebenar. Yelah doktor tahu je baby yang aku kandungkan ni adalah cucu pertama dalam family ni. 

Doktor terlalu risaukan keadaan aku risau sampai cek mata aku.Tekan perut tanya samada sakit atau tidak. Masa tu aku tak faham apa motif doktor buat macam tu. Sekarang baru aku tahu. Rupanya doktor dah tahu yang aku keguguran dan takut kalau-kalau ada jangkitan kuman dalam badan. Cuma tak nak bagitahu sebab takut aku sedih. Lagipun masih ada masa untuk cek final lepas ni.

Sebab yang peliknya kalau keguguran mesti aku akan rasa sakit kat bahagian tu, tapi aku rilek je macam takde pape. Orang tua-tua cakap aku bunting pelanduk. Yang kalau mengandung keluar darah je. Masa tu tatau mana satu betul. Aku pulak dah buntu.


Habis check up aku tak puas hati selagi aku tak tahu apa yang terjadi pada baby. Aku pergi swasta bayar RM50 semata-mata untuk scan baby. Doktor yang cek aku tu baik. Apa yang aku suka adalah dia sangat berterus terang. Dia sahkan baby tak membesar dan dah meninggal. Seolah-olah mengecut. Dia cakap tak apalah nanti pergi hospital dia akan cuci. Anyway walau apa-apa pun tunggu dulu lagi dua minggu untuk buat scan terkakhir kat hospital kerajaan. Itu kiranya dah final lah.


Aku tanya doktor kenapa aku gugur? Doktor tu cakap 75% keguguran adalah disebabkan ada kecacatan pada baby. Jadi sebabkan Allah sayang kita, tak nak kita ada anak yang membesar dengan kecacatan jadi Allah tarik balik rezeki untuk ada anak. Doktor juga pesan supaya bersyukur atas segala yang terjadi. Bagus doktor tu. Dia berbangsa India dan dia percaya dengan takdir Tuhan.


Aku pun bayar RM50 dengan hati yang puas. Masa tu aku kuat sangat. Entah macam mana boleh terlalu tenang.


Tapi tidak untuk hari-hari yang seterusya. Keadaan aku sama macam orang hilang anak. Aku termenung, menangis, kadang-kadang tengah makan aku boleh masuk bilik semata-mata untuk keluarkan air mata yang bergenang ni. Aku seolah-olah dah tak ada kekuatan nak hadapi semua ni. 


4.10.2016

Hari penentuan dah tiba. Hari ni rasa berdebar sangat. Mungkin sebab suami ada disisi. Bila suami ada disisi ni boleh jadi kita rasa macam manja sikit atau makin kuat. Aku dah bersedia dengan segala keputusan. Almaklumlah dah dua minggu tahu jawapan yang sebenar. Masa itu ubat.


Bila discan memang ternyata baby tak membesar. Kantung je tinggal dalamnya kosong. Jadi doktor bagi dua pilihan. Nak tunggu lagi seminggu biar kantung keluar secara natural atau nak masuk ward.


Entahlah waktu tu aku rasa takut sangat. Aku tak kuat waktu tu. Jadi aku pilih untuk tunggu lagi seminggu biar kantung keluar sendiri. Dalam masa yang sama aku cuba untuk keluarkan secara tradisional. Malangnya tak berhasil.


10.10.2016

Hari penentuan. Malam sebelumnya tu aku dah siap-siap packing baju dan segala keperluan untuk masuk hospital. Aku tak tahulah tapi aku rasa mak aku dah nangis sorok-sorok belakang aku tengokkan keadaan aku keluar masuk hospital. Bila PJJ ni mak abah lah ganti tugas suami. Mak abah hantar g hospital, duduk sekejap, tunggu mak habis nangis pastu balik. Sebelum balik aku pesan kat mak petang tak payah datang pun tak apa sebab tak ada apa-apa pun. Kalau mak datang nanti aku jadi lagi sebak. 


Doktor terangkan yang sebenarnya nak gugurkan kandungan ni ada 3 cara. Yang pertama secara semulajadi. Yang kedua kalau pergi hospital swasta dia akan bagi ubat untuk makan. Ubat ni akan buatkan bukaan rahim terbuka secara paksa. Jadi segala tindak balas yang berlaku adalah secara paksaan dan kemungkinan untuk mengandung kali kedua juga boleh gugur disebabkan bukaan rahim secara paksa tadi.(maaf kalau salah) Mungkin ubat itu kuat sangat. 

Yang ketiga yang disyorkan oleh doktor kerajaan ialah masukkan ubat melalui rahim. Ubat ni dose dia sangat rendah. Jadi selamat digunakan. Dia akan membuatkan kita rasa contraction macam nak bersalin. Disebabkan dose yang rendah jadi selagi kantung tak keluar doktor kena masukkan ubat setiap 3 jam selama 5 kali. Kalau hari ni tak berjaya, kena tunggu sehari dulu baru boleh buat lagi sekali rawatan ni sampailah semuanya keluar.

Tapi memandangkan kita dah masuk hospital kerajaan jadi caranya adalah option yang ketiga.


11.10.2016

Pagi tu 5.30 pagi nurse datang kejut. Suruh mandi dan bersiap-siap. Aku pun pakai wangi-wangi pastu cuma duduk tepi katil, baca semua surah, masura agar dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Rasa sejuk, keseorangan, berdebar, takut semua ada waktu nak menunggu tu. Dalam hati cuma mampu zikir sebut nama Allah. Dah tak ada yang boleh menyembuhkan perasaan waktu tu. Cuma Dia je.


Lambat juga doktor datang. Dekat nak pukul 7 doktor panggil aku masuk bilik. Mula-mula doktor guna muncung itik tu untuk tengok kot-kot kantung dah keluar. Ternyata kantung masih berenang-renang lagi dalam perut. Doktor pun tunjukkan ubat yang dia akan gunakan. Ubat tu macam mentos je. Lepas tu doktor suruh baring je kat katil selama sejam.


Sejam pertama tu aku tak rasa sakit. Masuk jam yang kedua aku dah mula rasa sakit yang amat sangat. Dalam masa dua jam ni aku berdoa supaya kantung keluar. Darah dah mengalir-ngalir keluar. Sampaikan aku ingatkan aku terkencing. Huhu. Sakit dia macam nak period tu, tapi tiga kali ganda sakitnya.


Nak masuk jam ketiga masih lagi macam tu. Darah je keluar tapi kantung masih tak keluar-keluar. Aku dah mula menangis. Yela kalau masih tak keluar juga doktor akan masukkan lagi ubat. Bermakna aku kena tahan contraction selama 6 jam semuanya. Nak kol suami tapi suami ada exam. Jadi aku kol mak. Mak plak yang nangis. Huhu.


Dalam pada terguling-guling tu borak dengan kakak India katil sebelah. Dia cakap doalah dik. Mudah-mudahan tuhan tolong. Tengah borak-borak tu tiba-tiba aku terbersin. Masa bersin ni rasa macam ada benda keluar. Cek-cek rupanya kantung tu dah keluar.
Alhamdulillah. Panggil doktor dan doktor pun bersihkan sampai habis bersih darah beku yang tertinggal-tinggal tu.


Masa tu seorang nurse pelatih semua tak berani masuk. Huhu habis-habis je cuci semua tu semua masuk dengan muka yang pucat..sempat lagi aku agah deorg “Nak kahwin tak”. Deorang gelak je. Huhu comel je. Masa borak-borak tu doktor datang dan suntik ubat dipeha. Ubat tu untuk memperlahankan aliran darah. Kalau tak nanti darah akan keluar macam air sungai. Sakit juga kena suntik kat peha. Tapi disebabkan proses sebelum tu lagi sakit jadi macam dah tak kisah dah. Muka redha je masa suntik tu.


Important. Masa doktor ambil kantung tu doktor akan tanya nak bawa balik atau tidak. Masa tu make sure untuk jawab nak ambil bawa balik. Kalau tidak doktor akan bawa ke lab untuk bedah siasat. Ikut kepada kemampuan korang.. Kalau ada baby dalamnya dan pandai solat jenazah bawalah balik. Macam kes aku ni kantung je tinggal. Jadi aku bawa jelah balik tanam. Lagi pun yang penting uri baby tu. Boleh juga buat kenangan tengok tempat kita tanam dia suatu hari nanti.


Sekarang aku sedang berpantang. Walau macam mana pun aku nak sihat, kembali cergas macam dulu. Dan waktu yang Allah berikan ni aku nak gunakan untuk berikan tumpuan sepenuhnya pada Ibadah dan Suami. Bila kita tengah keadaan redha macam ni kita dapat cari beribu hikmah atas segala ketentuan Allah. Macam aku anggap ia sebagai kifarah dosa, dan juga boleh jadi Allah tahu yang aku dan suami belum puas menikmati hidup berdua. Almaklumlah kenal tak sampai 10 bulan dah kahwin. Huhu. Apa-apa pun yang penting Allah akan bagi sesuatu yang kita bila kita benar-benar sudah bersedia. 

Semoga anak itu menjadi penguat untuk kita mengejar syurga Allah ya abang..: :)



Saturday, November 14, 2015

Bajet Short Getaway Dengan BFF Paling Kedekut ( Cameron Highland )

Lupa dah bila last time aku pergi jalan-jalan. Sedihnya hidup aku lepas balik Malaysia cuma Allah dan kawan-kawan yang dah BFG saja tahu. Semua tetap dengan kena himpit. Minyak, barang mahal dll. Mana yang dah kahwin tu lagi arr. Sewa rumah, minyak kereta makan minum isteri. Tapi jangan sampai abaikan masa untuk diri sendiri. Especially masa untuk kau rehat dari dunia kau yang tah apa2 tu. So aku cuma nak suggest korang pergi Cameron Highland. Well, mana yang memang dah bosan dengan vacay ke Cameron Highland bolehlah tolong suggest ke kawan-kawan. Buat macam mana yang aku buat kat bawah.

Mula-mula malam tu aku isi mintak kereta penuh-penuh. So misal kata kau nak pergi dengan BFF kau. Kau spend dalam RM50 untuk minyak. Kalau bahagi 2 orang baru dalam RM25 duit kau melayang. Lepas tu aku lunch dalam RM7.50. Kenyang senyum sampai ke pusat Alhamdulillah. Lepas tu kalau nak merasa strawberry bersalut coklat bolehlah berhenti kat 1 kedai ni, nama apa tah tapi dekat-dekat situ jugak, harga strawberry bersalut coklat tu RM3. Okla dari tak merasa orang cakap. Lepas tu aku pergi time tunnel. Harga tiket RM5 seorang. Lepas tu kalau kau rasa nak makan isi perut pergi la cari wafel, hot chocolate dengan ais krim strawberry. Anggaran bajet dalam RM18. Kongsi duit baru dalam RM9. Lepas tu pergi la masuk Butterfly Farm. Tiket sorang RM5. Murah saja. Lepas penat tu mestilah rasa nak mamam sesuatu kan. Jadi carilah mee goreng kat gerai-gerai berhampiran. Hari tu aku minum milo panas, teh tarik panas dengan mee goreng kongsi. Bajet RM10. Kalau kau kongsi mee goreng tu so kira half2 baru RM5. Yelah kau baru lepas melantak waffle takkan nak balun sepinggan mee lagi. Kongsi2 dah la. Lepas tu kalau kau nak tengok bunga ros yang paling famous pergi ke Rose Garden, Memang tempat ni agak tersorok but at least pergi cari. Jangan malas! Tiket masuk RM5 seorang. Masuk-masuk nanti kirim salam kat meow situ. Comel nak mampus. Last sekali, dinner. hari tu aku makan kat restoran tom yam order dalam 2 lauk, ada sup, ada masak kailan ikan masin, keropok goreng, fresh oren memang complete dinner set, jumlahnya dalam RM45. kalau kongsi duit baru dalam RM27.50. Ladang teh tu takyah bayar. Kau berhenti je mana-mana tempat yang ala-ala ombak rindu kau amek la gambar. Senang hidup.

Let me.
Minyak RM25
Lunch RM7.50
Strawberry Celup Coklat RM3
Time Tunnel RM5
Butterfly Farm RM5
Wafel+Hot chocolate+ais krim RM9
Minum Petang RM5
Rose Garden RM5
Dinner 27.50

So jumlah bajet yang korang kena keluarkan semuanya RM92.00.  Kan? Ke Math aku lemah sangat sampai silap kira?

Bajet nak aku buat ni cuma anggaran dan kalau kau cadang untuk tempah hotel thats mean kau kena buat anggaran semula sebab aku rasa kalau kau nak balik hari pun dah ok. Lainlah kalau kau datang dari jauh. Itu kau setelkan sendiri. Hehe gurau.

Maaf kalau ada kekurangan. So nasihat aku, walau sesibuk mana, jangan lupa solat, jangan lupa vacay! Love ya~ Salam kat BFF kau tu.


















ps: Aku tak pergi Lavender Farm. Thank you.