Sunday, August 22, 2021

Kenangan Yang Terlalu Kerap Kunjung Tiba


Baiklah. Sebelum korang terpilih untuk baca posting ni...Aku nak tanya dulu pada korang. 

Pernah tak korang ada kenangan yang mana kenangan itu setiap malam akan muncul dalam mimpi korang?

Setiap inci dan perincian kenangan tu akan hidup dalam setiap mimpi korang?

Setiap wajah yang dirindui dengan jelas dapat korang tatap?

Setiap rutin yang pernah korang jalani dalam hidup selalu terasa macam hari semalam?

Malah keterujaan dan rasa sangat bahagia itu masih tersemat dalam sudut hati korang.

Aku tak pasti samada kawan Beijingers aku yang lain rasa dan alami perkara yang sama macam aku. Sebab setiap malam aku akan mimpi semuanya tentang Beijing. 

Ya. Kehidupan aku sewaktu bergelar pelajar dahulu. 

Kerana terlalu rindu, hampir setiap malam aku termimpikan ia. 

Memang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Entah apa yang aku terlepas dahulu. Seolah-olah dalam mimpi tu aku dipanggil-panggil untuk kembali ke sana. 

5 tahun itu seolah terlalu sekejap untuk dinikmati, untuk menjadi seorang yang menghargai setiap detik cabaran dalam hidup. 

Banyak perkara yang mengajar aku untuk menjadi dewasa semasa disana. 

Banyak nikmat Allah yang aku nikmati di sana. 

Banyak erti dan makna kehidupan aku mengerti disana. 

Sesungguhnya..aku rindu Ya Allah.. Semoga aku ada rezeki dan kesempatan untuk melawat tempat aku membesar...tempat dimana aku curahkan seluruh pengorbanan berjauhan dari keluarga demi menuntut ilmu. 

Tujuan aku menghantar posting ini agar, suatu hari nanti, sebagai tatapan anakanda yang tersayang, Betapa ibumu ini mengaharap agar kamu merantau. Lihat seluruh dunia sepuas hatimu dan harimu sebelum kamu balik ke dunia nyata. Jangan takut wahai anak. Dunia ini terlalu indah untuk tidak diteroka. 

Doa aku hanya satu. Agar dapat berkumpul bersama keluarga melawat rumah keduaku, di sana. 

Aamin. 

Yang tersakiti akibat rindu...




Friday, August 13, 2021

Impianku Sebelum Hari Jadi yang ke-30

Semalam, tanggal 13 Ogos 2021, genaplah usia aku yang ke 30. Welcome to 3 Series orang cakap. Meskipun memang tak pernah nak heboh kat mana2 pasal hari tu hari jadi aku, tapi dapat juga ucapan dari ramai sahabat. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya masih ada lagi insan yang mengingati aku dalam hari-hari mereka. Not to mention, student yang dah lama grad pun ada beri ucapan, bila aku tanya macam mana awak tahu? Dia cakap, dia dah saved dalam calendar. Sweet kan kami? heheh. 

Dipendekkan cerita, semalam aku terbaca post dari rakan lama, ex classmate, Nusha. Dalam posting di FB dia cakap pasal make time for urself sangat penting sebelum kau nak mula hadap dunia sebenar yang mana, berkhidmat 100% pada komitmen sebagai seorang isteri, dan mak pada 2 orang angels..(buat masa skrg masih 2) hehe. 

Dan..yup. Hari ini aku pilih untuk buat blog. Walau dah bermacam app terbaharu, tiktok lah, twitter lah, bigo la. Aku masih setia berblog. Sebab ini je yang sebati dalam jiwa aku. Aku boleh tulis sepanjang mana yg aku nak (selagi anak-anak masih tidur). Aku boleh mengimbau betapa bestnya dunia blog masa aku muda remaja. Lepas tu, blog ni, sangat rendah diri. Cuma orang yang terpilih saja yang akan terbuka hijabnya untuk baca blog kita. Someone yang betul-betul terpilih. Like you..

OK. Sebelum Kayla nangis nak mengempeng pagi-pagi ni, aku nak buka balik cerita masa tahun 2016/2017. Masa tu aku mula-mula kahwin. Belum ada kerja(menganggur), me and suami penganggur, tapi jangan salah faham, kami menunggu iv dan posting. Bukan main kawen je ye..hehe! Dalam masa yang sama, kami duduk di Kuantan, rumah mertua, suami bekerja dengan ayah mertua di gerai makan, manakala aku pula bekerja di sebuah butik, sebagai penjahit shawl. Alhamdulillah dikurniakan mertua yg terlalu baik dan penyayang. 

Setiap malam, sebelum tidur aku akan cuba tulis segala impian aku sebelum aku menginjak ke umur 30 tahun. Masa tu, aku tahu, kalau aku tak ada perancangan apa aku nak buat dimasa akan datang, habislah aku memang takkan ada apa-apa aset untuk keluarga kecil aku. 

Masa tulis tu, aku bukanlah terlalu beriya-iya, cuma aku banyakkan berdoa dan berusaha supaya dipermudahkan segala angan-angan aku. Aku memang berhajat dan bercadang nak tengok semula segala yang aku tulis ni, masa hari jadi aku yang 30. 

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Segala yang aku nyatakan menggunakan pena, ternyata menjadi doa lalu dikabulkan. 

Itulah tanda-tanda Allah cukup pemurah dengan hambanya.  Sentiasa memberi rezeki walaupun aku mengaku, kadang kala aku lupa juga nak tadah tangan ucapkan syukur. :(

Jom kita tengok checklist apa hajat aku yang aku tulis dalam diary tu. 


Hodoh betul english aku. Tulisan aku pun waktu ni...no komen. Dah la laki aku teacher. Haha



So aku tulis whishlist ni pada 27/2/2017. Aku ingat lagi waktu ni aku sorang-sorang dalam bilik, pukul 2 malam, besoknya nak bangun pergi kerja. Huhu...

Impian aku yang pertama, memang aku target nak ada anak lebih dari seorang sebelum usia aku menginjak 30. Aku pun tak tahu kenapa aku nak sangat anak lebih dari seorang sebelum aku 30. Mungkin sebab aku fikir aku masih kuat lagi.. Pastu aku rasa macam nak jimat masa. Biar penat sekarang, nanti anak-anak dah besar sikit, bolehlah kalau ada rezeki lagi Allah nak hadiahkan aku twin. hehe Aamin..:)

2 anak mak yang soleh dan solehah. 





Abdul Aziz Al-Malik Bin Muhammad Arif Firdaus. Penghuni rahim mak yang ketiga. Semoga Ujang jadi abang yang terbaik dan contoh tauladan buat adik-adik ya! Love you very much sayang. 



OK lepas ada anak, impian aku nak ada rumah dan kereta. Alhamdulillah. Masa mengandungkan Ujang, aku dapat rezeki beli kereta baru. Kereta yang dah cukup segalanya bagi aku..Janji kereta tu aku boleh bawa pergi kesana sini pergi cari rezeki, bawa anak jalan2, bawa mak abah jalan-jalan. Cukuplah. Dalam masa yg sama, suami pun dapat beli kereta baharu. Masa tu suami masih kerja di Pulau. Memang wajib ada kereta baru sebab perjalanan jauh sangat! Takut kereta rosak plak kat tengah jalan. 

Ok pasal rumah, aku lulus pinjaman LPPSA sebab aku penjawat awam. Plan asal aku nak buat rumah kat sawah depan ni...Memang tanah pusaka. Sayang dibiarkan macam tu je. Tapi ada masalah teknikal yg tak dapat dielakkan, aku pun tekad beli rumah. Dan aku rasa itu rumah yang terbaik, perancangan Allah sentiasa terbaik. Selalunya Allah akan tarik harapan kita itu dan hadiakan sesuatu yang kita perlukan. Bukan yang kita inginkan. Jadi tak perlulah kita mengeluh dan bersedih sekiranya apa yang kita hajati dapat dituruti ya..   :)

Ni masa kali pertama lawat rumah contoh. Aku ambil masa sehari je untuk setuju beli rumah ni. Hari isnin pergi tinjau, ni last unit untuk lot Semi D.Hari Rabu terus kol kak Fana, nak book rumah dan teruskan buat pinjaman. Hati ni terus terbuka bila Allah dah tunjukkan depan mata. 

Hari dapat kunci rumah. Alhamdulillah mak abah jadi saksi adik berjaya capai cita-cita dan angan-angan kecil. Semua ni untuk mak abah juga. Hadiah kecil dari adik buat mak abah walaupun adik sampai sekarang masih lagi dengan moody tak tentu pasal. Hehe!




Ok untuk whistlist yang ke 4 tu aku sekarang ni memang banyak menjual barang. Tupperware, kain pasang, tudung, aku bawa semua brg2 tu dalam kereta. Bab ni aku memang belum sampai tahap ada butik sendiri..Tapi jalan nak buka butik tu masih boleh diasah lagi. Buka butik bukan macam buka ig/ shoppe ye..Perlukan banyak ilmu, modal, bajet, kerah keringat. OK yg ni hold dulu. Yang penting, orang suka cari aku bila perlukan sesuatu barang mcm tudung tu pun aku dah dikira sebagai kedai bergerak. Hehe!

Whishtlist ke 5, travel dengan suami ke oversea. Ini due to pandemic tak dapat nak tunaikan hajat masing-masing. Tapi aku rasa kalau bukan sebab pandemic pun mano nak cekau duit banyak tu nak travel. Haha. Komitmen kami laki bini skrg rumah. Yup kitorang travel kat kampung je sekarang ni...Orang kampung pun memahami skrg ni kitorang merempit je kerja petang2. Tak ada idea dah nak bawa anak-anak pergi mana.

Whishlist yg ke 6 tu nak duduk sama-sama dengan suami. Buat yang ikuti blog aku ni, memang aku dah selitkan kisah suami aku duduk di pulau. Kami pernah PJJ hampir 5 tahun jugaklah. Anak dah masuk 2 orang barulah suami dapat pindah ke sini. Sekolah kami plak dekat sangat-sangat dengan rumah baru yang bakal kami duduk tak lama lagi. Itulah orang kata rezeki. Perancangan Allah juga yang terhebat. 




Selitan, walaupun 2 orang ni aku tak tulis dalam whistlist aku, tapi dalam usia yg menginjak tua ni, aku sedar. Allah hadirkan aku sahabat dalam kumpulan yang kecil, yang betul-betul memahami diri kita, dekat dengan kita, cukuplah sahabat yang sanggup mendengar luahan hati kita, terima kekurangan kita dan ada bila kita perlukan. Zaman pun dah berubah. Orang kata All We Need Is A Tea With Your BFF tu bener belaka. And it mean very much. TQ SO much Fizah dan Su. Hope korang jumpa jodoh orang nogori ye!! HEHE

Dalam pada tu, aku cuma doa supaya Allah cepat-cepat angkat Covid ni jauh-jauh dari muka bumi ni. Aku doakan semoga kita semua akan kembali hidup normal seperti dahulu. Aku rindu sangat dengan keluarga mertua, adik beradik sendiri, saudara mara,  just like yours. 

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi oleh segala penyakit. 

With Love. Assalammualaikum 

Monday, March 15, 2021

JOM BELAJAR BAHASA MANDARIN DI KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH

 Kali pertama laoshi terlibat dengan pembikinan video untuk promote Kolej Vokasional Juasseh. Siapa yang berminat nak masuk KV dan nak belajar Bahasa Mandarin bolehlah hubungi nombor dibawah untuk keterangan lebih lanjut ya..:)

KV Juasseh : 06 4981572






Saturday, April 6, 2019

Ujang Merantau Ke Pulau Tioman bersama Uwan





Okay kalau nak tahu aku menaip guna telefon je sebab aku tak nak Ujang terjaga dari tidur kalau aku tak ada tepi dia. Huhu. Itulah pengorbanan seorang blogger. Cewah..

Jadi entah macam mana aku boleh setuju dengan suami nak bawa Ujang pergi melawat Kg. Mukut Pulau Tioman. Post sebelum ini aku ada ceritakan tentang Kg. Mukut sebab suami kerja di sana,dan aku pun pernah ke sana sebelum ni. Waktu tu bawa badan sj. Sekarang pampers, wet tissue, minyak angin yuyi dll wajib ado.

Perjalanan darat dari Kualo Pilah ke Rompin sahaja dah dekat 4jam, tambah lagi naik feri ke Kg. Genting 2 jam, sampai Kg. Genting kena naik bot pula dalam 40minit untuk sampai ke Kg. Mukut. Dalam hati rasa risau sangat2 akan keselamatan Ujang. Paling takut, kalau Ujang tantrum masa perjalanan. Kita yang panik nanti. 

Tp Alhamdulillah. Masa dalam perjalanan tak habis2 doa supaya Ujang baik2 je masa dalam pengangkutan.

Nak dijadikan cerita, kali ni aku dan suami ada rezeki nak kumpulkan keluarga ramai-ramai pergi pulau.

Mak, famili kaklang, famili mertua, dengan famili biras semua tak nak lepaskan peluang pergi melancong sementara suami masih kerja di sana. Ini merupakan pengalaman pertama mak naik feri dan bot. Huhu rasa puas hati sebab dpt juga mak merasa semua tu. 

Suami tempah tiket feri pukul 7 pagi, Isnin, 25hb, jadi 24.3.19 hari Ahad tu kami tidur di Rompin. Tempah homestay sebab kalau gerak malam tu nanti mesti penat.

Tambah lagi jalan sepanjang Muadzam tu menakutkan sikit, lori, treler jangan cakaplah. Sebabkan tak nak rush, kami pun gerak la santai-santai petang tu.

Tak ada selera makan luar, malam tu ayah mertua masakkan singgang ayam. Berselera Ujang makan. Sedaplah tu. Huhu.

Malam tu aku tak dapat tidur. Macam-macam bunyi aku dengar. Walaupun aku duduk kampung, tp tak pernah lagi dengar bunyi haiwan dan serangga bersahut-sahutan sebrutal tu. Seremmmm~~~

Dalam pukul 7 pagi, kami gerak ke Jeti Tanjung Gemok. Perjalanan dalam 10 minit sahaja. Sampai sana, suami call kawan bangladesh dia, untuk urusan sewa letak kereta di rumah orang. Kalau rasa nak letak kereta dimasjid pun boleh, tapi belum pasti lagi selamat atau tidak.

Harga tiket untuk kanak-kanak bawah 2 tahun adalah percuma, untuk dewasa pula RM34. 


Ujang menikmati pemandangan dari dalam feri buat 15 minit yg pertama. Lepas tu dia ajak Shaddad tidur. 

Shaddad anak kaklang 

Tewas. 

Aku rasa dua orang cousin ni dah plan la, dalam feri nanti kita tidur je puas-puas. Tapi bersyukur sangat daripada menangis hero mak ni biarlah dia rehat.

Jadi untuk hari pertama aktiviti kita santai-santai saja. Pergi melawat sekolah suami, jalan-jalan sekitar kg, petang snorkeling dan mandi pantai.
Dalam bot pun boleh tidur 

Dah sampai. Bergambar di depan Gunung Semukut. 


Ini aktiviti wajib petang-petang penduduk disini, main bola tampar. Nampak tak Ujang pun nak main. Hehe. 



Ujang kali pertama mandi pantai





Dah dapat sotong tapi terlepas. Tak ada rezeki. 

Jalan-jalan petang di jeti. 

Kalau nak tahu masa ni kami berpeluang tengok nelayan balik dari tangkap ikan. Geram tengok ikan-ikan segar. 

Mesti korang tertanya-tanya dekat sana kami tidur dimana. Huhu. Kami sewa homestay. Rumahnya sangat luas. Kalau 3 famili boleh muat ni.




Hari kedua outing pergi Air Terjun Asah. Dari Kg. Mukut ke asah ada 2 cara. Korang boleh hiking ke sana sebab memang dah ada trek simen disediakan, atau boleh naik bot untuk kesana. 

Dulu masa datang seorang diri suami bawa naik motor je. Don't care. Hehe tp sebabkan nak bawa famili suami tempah bot. Ambil masa dalam 10 minit je untuk sampai ke Kg. Asah. 

Dekat sini tak ada penduduk. Cuma ramai pelancong asing dirikan khemah. Deorang kan survival dan suka extreme-extreme ni. 

Sampai di jeti Asah, kena hiking sikit. Naik tangga dalam 20 minit jugak untuk sampai ke air terjun. Adoi rasa nak tercabut pinggang. 




Malamnya kita buat BBQ hasil laut. Semuanya segar-sedap belaka. 

Me and kaklang kena paksa  dengan ayah mertua buat gaya tengah membakar. Haha

Ayah mertua, cef. 


Tapi dalam suka ada duka. Mungkin kulit Ujang agak senstif, jadi dia kena gatal-gatal. Habis bintat muka dan badan. Sebelum ni doktor pun pernah nasihat yang kulit Ujang ikut maknya, sensitif sikit. Tapi balik Kuantan cepat-cepat bawa jumpa doktor dan skrg dah sembuh Alhamdulillah.


Hari kedua kena gatal-gatal. Masa ni dah balik Kuantan. 

Hari ketiga, seawal 7 pagi lagi kami dah tunggu bot di jeti.

Sampai di Kg. Genting sementara menunggu feri, sempat jugak sarapan nasi lemak. Saja isi perut sebab nanti 2 jam dalam feri mana nak cekau makanan.

Alhamdulillah dalam feri ayah Ujang berjaya mengawal tantrum Ujang. Agak2 nampak Ujang dah nak merengek cepat-cepat dibawa jalan-jalan.

Cuma peritiwa yang paling tak boleh lupa bila Ujang terberak dalam feri. Tandas plak kat luar. Nak tak nak kena juga beranikan diri jalan, dukung Ujang kuat-kuat sebab takut terjatuh dalam laut. Masa tu Allah je yg tahu perasaan takut Ujang dan aku sendiri. Sebab tak ada siapa pun yg ada dekat luar. Kalau buatnya aku tergelincir, dah tak adalah aku hari ni. Huhu.

Sekian saja. Hingga ketemu lagi. (kalau rajin)

Wednesday, June 20, 2018

Selamat Hari Bapa Buat Suamiku..

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dan harta akhirat buat saya dan suami, iaitu Baby Malik. Tahun ini juga merupakan permulaan bagi kami untuk menjalani kehidupan sebagai seorang yang bergelar ibu dan ayah. Sempena Hari Bapa ni saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas segala pengorbanan yang telah suami lakukan demi keluarga kecil ni. Dari mula kami berkahwin hinggalah sekarang tak pernah mengabaikan kami. Sentiasa ada untuk kami.

Pada abang, Muhammad Arif Firdaus bin Johari, saya minta maaf sekiranya telah berdosa pada abang, maaf juga atas segala kekurangan sepanjang perkenalan kita.. I LOVE YOU until my last breath.




Saturday, May 19, 2018

Diari Keguguran Yang Kedua Kalinya


Buat kedua kalinya aku keguguran. 

Bagi Followers setia yang mengikuti blog Lady Soko ini sudah tentu mengetahui bahawa aku pernah mengalami keguguran yang pertama seawal 3 bulan usia kandunganku. Aku namakan cinta sulungku sebagai “Abang”. :)

Bagi  yang tertinggal post Diari Keguguran yang pertama korang boleh klik website Diari Keguguran Pertama

Tanggal 4 Oktober 2016 adalah hari terakhir Abang berada dalam rahim aku, sebelum doktor memutuskan untuk menggugurkan Abang atas sebab kandungan tak menjadi. Dalam istilah lain, tiada rezeki nak jaga abang..

Sejak dari itu, suami menyuarakan kebimbangannya kiranya aku mengandung lagi. Risau kiranya perkara yang sama berulang kembali. Jika fikir secara logik, suami pun tak sanggup tengok isteri menahan kesakitan masa kontraksi. Tengok pendarahan  seteruk tu lagi. Suami pun ada perasaan belas kasihan juga tau. He..Hee..

Kalau ikutkan, nak rehat dulu dalam setahun..Honeymoon puas-puas dulu..Tunggu aku betul-betul sihat barulah merancang lagi.

Tapi bila kita dah masuk dunia mak-mak ni hati tu lain sikit...Dah tak sama dengan diri yang dulu. Naluri keibuan ni makin tinggi dari sebelumnya.. Hati ni sentiasa rindukan anaknya..Yela kan hati perempuan mana yang tak rindu untuk cuba mengandung lagi..Nak-nak pula bila dah pernah gugur.

Untuk merancang mengandung kali kedua ni aku betul-betul jaga pemakanan. Aku dah consume folic acid Shaklee sejak bulan 4 lagi. Bagi aku ni waktu yang paling tepat untuk merancang sekali lagi. Satu sebabnya adalah suami dah posting. Dah boleh tanggung anak bini la katakan.

12 Jun 2017

Masa ni bulan puasa. Suami ajak aku untuk tinggal bersama-sama di Kg.Mukut, Pulau Tioman. Aku pun bersetuju memandangkan lepas ni aku dah nak posting nanti tak dapat merasa tinggal berdua dengan suami. Duduklah aku 2 minggu disana. Itulah kali pertama rasa macam Beli Kari sangat dengan suami. Hehe..Sejak awal kahwin kami PJJ. Tiba-tiba rasa awkward bila tinggal berdua je dengan suami. Hihihi! 

Balik dari Pulau Tioman aku berdoa je supaya ada rezeki kali ni.

Sebelum tu nah aku belanja gambar keindahan Kg.Mukut.


Jalan-jalan ambil udara pagi. Nama kampung ni diambil sempena Gunung Semukut di belakang tu. Gunung yang menjadi kegilaan para Hikers. Yang penting Hikers itu adalah kamu, dan bukan aku. Haha 

Bergambar dengan anak-anak murid kesayangan suami. Mereka ni dah biasa terima pengunjung luar, dan mereka ni sangat peramah. Setiap kali nampak pelancong kat jeti mesti deorg akan datang sambut.
Di hujung kampung ada tempat nak mandi laut. Kat sini lautnya tak dalam sangat. Sesuai untuk kanak-kanak.



Ini pula Asah Waterfall. Terletak di hujung kampung. Untuk kesini korang boleh samada jalan kaki atau naik motor.


Okay cukup kisah di Kg.Mukut. Sekarang aku nak cerita kisah sepulangnya aku dari Kg.Mukut.


4 Julai 2017

Dipendekkan cerita, tiba giliran aku pula posting. Isnin, bersamaan  3 Julai 2017 adalah hari yg sangat bersejarah dalam hidup aku dimana hari itu aku lapor diri di Kolej Vokasional Juasseh, Kuala Pilah. Keesokannya kalau ikutkan aku datang bulan. 

Jadi selasa, 4 Julai 2017 tu sepatunya aku datang bulan.. Memang simptom-simptom mengandung tu aku dah rasa. Pening, kejang kat perut, rasa loya, mengidam kfc semuanya ada. Tapi aku tak boleh berharap sangat sebab perempuan nak datang bulan pun akan ada simptom yang sama..Sama teruk ngidamnya.

Jadi hari yang dinanti 4 hb tu cuma ada 1 spot darah. Kecewa juga, mungkin tak ada rezeki tapi redha jelah. Dalam fikiran waktu tu, ok tak payah solatlah. Malam tu pelik juga sebab spot dah hilang, bersih.

Keesokannya terus tak ada apa-apa. Aku pun apa lagi, balik sekolah terus pergi farmasi beli pregnancy test. Balik terus cuba. Hasilnya satu line je yang terang. Lagi satu line tak ada. Dalam hati anggap memang dah sah aku datang bulan.

Tapi besoknya pun macam tu. Bersih juga. Boleh kata kali kedua ni aku beli pregnancy test yang agak mahal. Sebab nak betul-betul pastikan ada isi ke tak ada isi.
Hasilnya tetap macam tu. Satu line!

5 Julai 2017

Tetap sabar menanti..Masih macam tu. Walaupun dalam hati ni tak nak sangat kalau datang bulan. Nak mengandung...Mesti yang pernah alaminya memahami perasaan tu. Tak tidur malam dibuatnya.

Tapi besoknya, 6 hb ada spot. Kali ni spot banyak sikit. Dalam 3 spot. Warnanya coklat pekat. Dalam hati, alahai Tuhan je tahu kecewanya macam mana..

Ingatkan dah tak ada harapan. Tapi hari seterusnya terus bersih. Tak ada dah spot mahupun tanda-tanda nak senggugut.

Kelirunya aku waktu tu...Geram pun ada.


7 Julai 2017

Jumaat, lepas balik sekolah aku beli lagi pregnancy test. Memang duit aku habis ke situ je. Kali ni aku siap beli dua biji pregnancy test. Nak cuba malam dan pagi. Tak suka bila kita dalam tanda tanya.

Dan hasilnya, ya! Memang dua line..Wahh gembiranya waktu tu..Terus bagi berita gembira ni pada suami. Tapi apa yang peliknya line kedua sangat-sangat samar. Nampak tak nampak je. Tapi kita tahu garisan kedua tu ada. Besoknya try lagi, masih lagi macam tu..Ingatkan dah lama sikit akan teranglah garisan tu. Tapi tak, garisan tu tetap macam tu..

Mesti korang rasa aku macam gelojoh sangat nak try pregnancy test, sepatutnya kena tunggu lewat period dua minggu baru cuba..
Tapi sejarah kehamilan yang lepas, aku lambat sehari je, malam tu cuba terus dua line.
Aku mengharapkan kehamilan kedua ni pun macam tu. 

Tapi lain pula jadinya...

10 Julai 2017

Isnin, aku ambil time slip dalam pukul 10 sampai pukul 12 sebab nak pergi klinik kesihatan untuk buat UPT. Akak kat makmal tu pun cakap line lagi 1 ada tapi tak nampak..Kabur sangat. Dia siap buat dua kali ujian bagi nak pastikan yang aku betul-betul mengandung. Kali kedua pun sama juga. Kabur. Jadi dia cakap dia buat je aku Weakly Positive

Nanti bila buat buku merah boleh buat lagi sekali ujian UPT tu. Aku pun rasa bersyukur sangat..Akhirnya impian aku nak menimang cahaya mata bakal menjadi kenyataan.

11 Julai 2017

Besoknya aku terus kol nurse yang pernah jaga aku masa aku mengandung dulu. Akak tu pun excited nak tunggu aku datang buat check up dan buku merah kat klinik desa dia. Aku plan nak pergi hari Jumaat tu, 14 hb. Sebabnya hari tu aku rehat lama. 3 jam dari pukul 12 tghari sampai pukul tiga. 

Aku fikir kalau aku lewat sikit aku nak kol pengetua bagitahu keadaan aku. Sebab untuk check up pertama, dan waktu yang diambil untuk buat buku merah hari pertama dalam dua jam. Hari tu dia akan cek perut, berat, tinggi, semualah.

Aku pun terus jalani hari-hari seperti biasa..
Tapi aku pelik juga sebab aku dah tak ada symptom-simptom orang mengandung. Pening kepala semua dah tak ada. Dalam fikiran aku mungkin acid folic yang aku consume tu sangat  bagus. Buatkan badan aku sentiasa cukup tenaga dan HB aku mungkin dalam keadaan terbaik.

14 Julai 2017

Jumaat, merupakan hari temu janji aku nak buat buku merah.

Dalam pukul 11. am tu ada latihan kebakaran. Kesemua terlibat termasuklah pensyarah dan kaki tangan kolej. Aku pun duduklah kat bawah garaj kereta. Waktu tu aku rasa tak sedap badan. Mengantuk ya amat sampai rasa nak baring je kat jalan tar tu.

Habis je dari latihan kebakaran aku terus pergi tandas. Waktu ni sebenarnya aku dah rasa tak sedap hati. Rupanya jangkaan aku betul. Darah keluar banyak sangat..Aku speechless. Pukul 12 aku balik rumah dan menangis sepuas-puasnya dalam kereta.

Aku kuatkan semangat kol suami. Suami tak henti-henti bagi kata-kata semangat nak bagi aku kuat balik.

Sampai rumah aku terus masuk bilik, sambung menangis sampai tertidur.

Pukul 2.30 pm mak masuk bilik sebab pelik aku tak siap lagi untuk pergi sekolah..Aku pun terus terang yang aku bleeding. Mak pun tak tahu nak cakap apa, terus ajukan masalah pada abah. Abah time-time tu juga pujuk aku pergi klinik. Dalam perjalanan ke klinik aku berdoa sambil sorok-sorok menangis sebab aku dah rasa mcm tak ada harapan nak mengandung. Aku gagahkan diri kol pengetua untuk ceritakan perkara yang berlaku, dan terus cakap yang aku tak dapat hadir ke sekolah petang tu. Alhamdulillah pengetua sangat memahami.

Sampai di klinik, waktu tengah menunggu giliran tu aku rasa contraction yang agak kuat. Contraction sekali dengan rasa senggugut. Memang kalau ikutkan hati rasa nak nangis je masa tu tapi aku tak nak mak aku sedih. Kang tak pasal-pasal dengan mak-mak aku sekali gugur, gugur air mata. Huhu.

Lama juga aku tunggu giliran, sampailah sakit tadi tu hilang. Tibanya giliran aku pun terus masuk dalam bilik rawatan. Cerita dari A-Z kepada doktor. Doktor terus suruh aku baring sebab nak cek bukaan. Dalam hati nak menyumpah sebab memang kompem kena seluk dengan muncung itik. huhu. Tapi demi kakak(nama panggilan buat anak syurga keduaku) aku kuatkan semangat.

Part paling aku tak boleh lupa, bila aku buka seluar nampak seketul daging merah melekat kat seluar aku. Dalam hati baru aku faham..Rupanya yg sakit teramat tadi rupanya sebab Kakak tengah keluar..

Doktor ambil daging tu untuk dijadikan sampel.
Walaupun Kakak dah habis keluar tapi proses pembersihan tetap diteruskan. Doktor pun cek laluan. Alhamdulillah dah tutup.. Doktor bagi aku MC seminggu, bermula hari itu.
Setelah semua berlaku, aku masih sedih, tak selera makan dan of course badan aku sakit-sakit. Huhu. Aku pantang kali keduanya tanpa baby di sisi..

Aku terus kumpul kekuatan dan pastikan diri aku betul-betul sihat, supaya aku boleh cuba lagi pada masa akan datang.

Cukuplah nukilan aku buat sementara ni..hehe. Aku akan sambung kisah aku, dari keguguran kedua kali, hinggalah hari ni, aku sudah pun bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, Abdul Aziz Al-Malik Bin Muhammad Arif Firdaus nama dikurnia...Jangan lupa follow blog aku dan nantikan kesinambungan kisah kehamilanku yer readers! :)

Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca nukilan aku yang tak seberapa ni..
Akan bersambung....Tunggu ya!



Thursday, June 1, 2017

Ulang Tahun Perkahwinan

Happy 1st Anniversary to me.
Tiada candle light dinner, atau hadiah mahal, juga ucapan manis,  ku tetap bahagia.

Friday, May 19, 2017

Serangkap Ucapan Buatmu

20/5/2017

Daripada 8, 760 hari hayat suami, Allah telah menetapkan bahawa, di hari yang ke 8, 395 hayat suami, ditulis bahawa suami akan memikul amanah untuk menjaga seorang yang tidak sempurnya, degil, dan bajet comel untuk menjadi yang sah buatnya.

Ini bermakna sehingga hari ini, sudah hampir 365 hari suami bertahan dan berjuang demi menerima apa adanya aku. 

Kalau ditolak berjauhan pula jumlah terkumpul waktu yang kita luangkan bersama hanyalah sebanyak 180 hari. Campur pula dengan masam-masam manis muka sudah menjadikan jumlah yang kita ada cuma 150 hari. Jangan lupa, semasa kita bekerja dulu, waktu siang kita dah cukup buatkan masa kita untuk bersama terhad. Jadi total waktu kita benar-benar menghabiskan masa bersama adalah dalam lingkungan 100 hari. 

Begitulah masa yang memakan mangsanya tanpa sebarang tanda. Belum lagi jika kita tolak campur masa kita dengan teknologi. 

Dalam diam sudah pun menginjak 24 tahun umur suamiku. Akhirnya Allah memutuskan engkau untuk menjadi seorang perantau. Meski aku kadang tidak kuat menerima berjauhan darimu, tapi jauh disudut hati ini aku bersyukur kerana dari situ kita akan sama lebih merasai erti menghargai. 

Wahai suami. Ingatlah. Usia sebanyak ini boleh jadi lubuk emas, boleh jadi juga api yang boleh memakan dirimu. Maka ingatlah pesan isterimu ini..

Jika kau lupa, bertanyalah. 
Jika kau was-was, undurkan satu langkah ke belakang. 
Jika kau tenggelam, berpautlah sekuat mampumu. 
Jika kau keliru, berpeganglah pada yang satu.
Jika kau kabur, bersabarlah menanti esoknya. Kerana cahaya siang akan menerangi segala dusta malam. 

Suamiku..

Maafkan andainya ego ku mengatasi egomu. Aku bukan menerimamu kerana wajahmu, mahupun pakaianmu, tapi aku melihat jauh ke dalam hati kamu yang suci dan ikhlas dalam menerimaku. 

Semoga ikatan antara kita akan menghembuskan semangat dalam diri kita. Dan bukan untuk melemahkan. 


Selamat Ulang Tahun, abang...

Terima kasih atas segalanya,
Isterimu

Sunday, May 14, 2017

Epilog Suamiku Budak Pulau (episod 1)

Aktiviti petang





Selasa.
2/5/2017

Hampir genap setengah tahun teka-teki dimana penempatan suamiku bakal terjawab pada tanggal 2 Mei 2017 ini. Entah kenapa sebelum ini aku sedikit pun tidak merasa debaran penantian penempatan suamiku. Mungkin fikirku aku benar-benar bersedia menerima catitan pena Allah yang tertulis segala kebaikan buat hambanya.


Usah tanya pasal aku. Aku pula ceritanya sudah hampir setahun menunggu posting. Tapi yang diberinya cuma alasan seperti tiada kekosongan. Eh..bukankah fresh graduate tu makin ramai? Kenapa mereka lepas kami tak lepas lagi? Ya. Senioriti kami habis ditelan junior yang jauh lebih muda dan baru tamat pengajian. Salah seorang dari mereka itu adalah suamiku. Bagiku umur bukanlah penghalang kerana tanggungjawab dan kredibiliti yang ditonjolkan oleh suami jauh lebih matang jika dibandingkan dengan lelaki yang lebih berumur di luar sana.                                                                                                                                                                                                                                                                        
Jadi hari ni merupakan hari penentuan penempatan suami. Termakbulkah ramalan semua yang suamiku dapat Kuantan? Daerah tercintanya ini. Debaran itu makin hangat pula rasanya hari ini jika dibanding semalam. Sementara suami di JPN menunggu keputusan penempatannya, aku cuma mampu tunggu di rumah, kemas barang yang patut untuk suami bawa ke tempat baharu. Keputusan hari inilah yang memutuskan samada kami suami isteri akan PJJ atau dapat tinggal bersama.


Walaupun dalam hati ini tidaklah menaruh segunung harapan, cuma mendoakan tempat yang terbaik dan yang paling penting, daerah penempatan suami ada bahasa cina. Bolehlah aku buat surat rayuan untuk posting sedaerah dengannya suatu hari nanti. Dengan tenangnya aku cek satu persatu barang suami, baju pengakap, songkok, seterika, hanger, bantal busuk semua dah lengkap. Siap semuanya aku letak barang-barang suami di tepi hand luggage, sengaja aku tak masukkan barang keperluannya dalam luggage, biar suami sendiri yang pilih barang mana yang dia nak bawa.  Takut nanti ada yang buat berat luggage saja.


Lepas siap semua aku pun tertidur sebab keletihan ya amat. Almaklumlah hari ni bangun pagi sangat. Dah macam isteri mitahli dah aku tengok diri aku hari tu...Hehe.


Dulu lagi aku bangun dari kokokan ayam sebab nak siapkan sarapan. Nasi goreng ala-ala kampung style. Suami memang suka sangat makan nasi goreng tu. Tapi aku tak pandai nak buat supaya rasanya sama macam mak-mak kita selalu buat. Selalu terlebih garamlah, terlebih cili api..Mungkin tangan ni belum lagi taraf mak-mak jadi airnya belum sampai. Yelah suami kerja hari pertamalah katakan..Walaupun belum daftar ke sekolah lagi, tapi hari ni dah dikira sebagai hari pertama bekerja.


Isteri manalah yang tak teruja suami bekerja hari pertama? Tapi dalam hati ni rasa berat sangat pagi tu. Sebelum ni aku cukup tenang tanpa merasakan debaran penantian itu. Pagi ini rasa seperti setiap kali aku tengok kuali, aku terfikir, agaknya besok dapat tak aku sediakan sarapan untuknya lagi? Macam manalah kalau pjj ni. Siapalah yang nak jaga makan minum suami? Hmm...Tak tergambar perasaan aku pagi tu. Tapi aku tetap tersenyum. Cium tangan suami sebelum suami gerak ke JPN. Sebak rasanya. Dalam hati berbisik, dah kerja dah rupanya suami aku ni..Rasa kelakar ada, rasa tak percaya pun ada. Heee!


Tengah syok mimpi, aku terjaga sebab dengar kakngah, iaitu kakak kepada suami panggil aku turun. Rupanya dia ajak makan. Aku pun dah serba salah sebab jam dah pukul berapa tapi aku tak sedar. Ingatkan kakngah dah bersilat kat dapur sorang-sorang dengan Sara nangis semua. Aku plak turun dengan muka tebal senduk nasi je sebab semua dah siap. Fikir aku~ Rupanya kakngah dengan abang ngah ajak aku makan luar tengah hari tu. Tak cukup nafas aku siap. Mandi sepantas kilat aku hari tu sebab takut lambat. Aku kalau dengan suami memang aku tak tahulah kenapa tapi mesti lambat macam siput bila bersiap. Memang selalu kena kaw-kaw tang bab bersiap. Tapi dengan orang lain aku boleh plak cepat-cepat. Aisehmen...


Memang tak ada masa langsung nak cek fone atau pakai lipstick. Yang aku tahu aku nak cepat siap. Lepas dah siap aku pun terus berlari turun.  Sampai di ruang tamu tiba-tiba ayah mertua tanya aku soalan pelik. Soalannya berkaitan Pulau Tioman. Ayah mertuaku aku gelarkannya abah. Abah tanya aku, “Sini ke Pulau Tioman berapa jam?”. Aku pun dengan selambanya jawab yang aku tak tahu. Terus aku main dengan Sara, anak kakngah ni tadi. Abah tanya aku lagi sekali “Besok nak pergi Pulau Tioman tak?”. Dalam hati aku makin pelik. Apesal abah dari tadi asik sebut pasal Pulau Tioman je ni? Ada apa dengan Pulau Tioman? Ada Rangga ka? Aku bas pukul 3 kejap lagi nak gerak balik dah. 


Memang plan asalnya sementara suami baru posting ni aku balik dulu rumah mak abah aku kat kampung. Biar suami carikan rumah sewa untuk kami berdua dan selesakan diri di tempat baru, nanti barulah aku duduk dengan suami. Alhamdulillah suami izinkan aku duduk rumah mak abah dulu sementara waktu ni. Waktu ni aku memang tak tahu lagi kenapa abah tanya aku soalan pasal Pulau Tioman. Aku loading gila masa ni. 


Akhirnya aku tanya abah, “Hah? Siapa nak pergi Pulau Tioman?”.

Kakngah pun menyampuk dari tepi, “Laaa..laki aok la dapat Pulau Tioman...”.

Reaksi aku normal. EH, JAP! HAH?! YEKE?? Dan semua perkataan yang cliché keluar dari mulut aku. Perasaan waktu tu macam.. “OK........Pulau Tioman ni macam mana eh?”.


Ini semua sebab aku tak cek whatsapp. Mungkin aku cek tapi aku terlepas pandang. Yelah. Beratus-ratus ws masuk hari tu. Tak tersempat den nak baca kesemuanya.


Boleh tak bayangkan tempat yang tidak pernah dicapai dek akal untuk posting. Hurmm...apa-apa pun berlaku waktu itu aku memang tak boleh nak fikir. Sebab perut aku pun dah berkeroncong. Baru lepas mandi pula tu. Dalam kepala otak ni fikir nak makan je. Macam mana punya tenang aku terima khabar ni pun aku tak tahu. Mungkin waktu tu aku masih mamai dan dalam fikiranku Pulau Tioman ni macam Pulau Pinang. 

Cuma yang aku dah terdetik waktu tu, habislah. PJJ lah jawabnya ni. Opsyen aku bahasa cina memang tak mengizinkan aku untuk dapat satu daerah dengan suami. Bahasa cina ni satu opsyen baharu yang hanya dijalankan di sekolah A. Iaitu cuma sekolah di bandar sahaja yang ada matapelajaran bahasa cina.. Aku guru bahasa cina di SK. Bukan SJKC ya. Manakala sekolah yang bakal suami posting (nama sekolah dirahsiakan)  adalah dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid(SKM) dan bukan dibandar . Nak dijadikan cerita suami dapat sekolah di sebuah perkampungan kecil di sana. Untuk ke kampung itu kita mestilah menaiki bot selama lebih 30 minit dari Kampung Tekek. Tiba-tiba daripada seorang yang noob tentang Pulau Tioman, sampai aku boleh study Pulau Tioman tu dalam masa kurang dari 10 saat.


Hari tu abah tak senang duduk. Terbantut selera abah..Padahal makanan kat kedai tu semua sedap-sedap. Masakan kampung merupakan makanan kegemaran abah. Siapa tak terliur dengan ulam-ulam, rebung masak gulai, ikan keli berlado. Semuanya memang boleh buat orang terangkek! Abah jadi macam ni sebab terlalu risaukan abang, suamiku. Walaupun ini bukanlah pertama kali suami berjauhan dengan famili, tapi perbezaan berjauhan kali ini merupakan sesuatu yang agak susah untuk kami semua terima.


Ini kerana kali ini suami perlu menaiki feri, dan bermain dengan laut. Siapa tak risau anaknya baik anak lelaki mahupun anak perempuan duduk tempat yang asing. Kalau dengan kereta ulang-alik Kuala Pilah-Kuantan itu sudah jadi kebiasaan. Tak jadi kebimbangan sebab semuanya jalan darat. Ini?? Kena seberang Laut China Selatan naik feri selama 2 jam. Kalau feri di Pulau Pinang yang lebih kurang 30 minit tu pun kita dah rasa lama, bayangkan kena duduk atas feri tu selama 2 jam. Tapi bagaimanapun itulah yang dinamakan, pengorbanan seorang guru. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya.


Seusai makan tengah hari, kami pun balik rumah. Pukul 2.20 petang, abah cakap biar abah yang hantar aku ke Terminal Bas Kuantan. Sebab suami masih belum ada bayang-bayang nak balik. Dalam hati aku sedih juga sebab aku tak dapat salam tangan suami sebelum balik ni. Aku pun ambil beg. Cek barang semua jangan tertinggal. Satu persatu aku bawa turun ke bawah. Teringat terus pada suami. Sebab selalunya tugas aku cumalah kemas barang aku dan dia. Beg-beg semua suami yang akan bawa turun masukkan dalam kereta. Suami sangat memahami tugasnya. Walaupun terkenang dan rasa hiba, tapi aku gagahkan juga diri untuk buat apa yang patut aku buat. Pujuk hati supaya kuat walau tak dapat jumpa suami sebelum berpisah.


Sebelum keluar aku sempat jenguk tandas. Yelah malaslah dah dalam bas nanti tertahan-tahan. Tiba-tiba dengar orang panggil aku dengan gelaran yang cuma suamiku saja panggil dengan gelaran itu, “Tulusyiah! Jom siap-siap abang hantar pergi terminal.”Terdengar suara suami tercungap-cungap memanggil namaku. Dalam hati gembiranya tuhan je yang tahu. Yeaa abang balik juga akhirnya!


Dalam hati berbunga-bunga sangat waktu tu. Aku dapat bayangkan macam mana kuatnya suami aku pijak pedal kereta tu dari Berserah ke Sungai Isap semata-mata nak hantar aku pergi terminal. Aku dapat gambarkan berapa kali tangan kirinya hinggap di hon sebagai tanda alert sekiranya ada kereta yang menghalang jalannya. Atau aku boleh kira berapa banyak kereta yang dipotongnya semata-mata nak mengejar masa. Ok aku bukan nak bangga sebab tindakan itu sangat membahayakan, cuma dalam hidup ini kita akan rasa terharu dan dihargai bila seseorang sanggup lakukan apa saja demi kita.


Apatah lagi bilamana seseorang itu bergelar suami. Seorang manusia yang asalnya asing buat kita, tapi kini merekalah yang sanggup bersusah demi menjaga kita dunia dan akhirat. Kalau ikutkan hari ni dia tak perlu buat apa lagi dah untuk aku. Cukuplah dia cuma perlu uruskan dirinya dan bersiap untuk pergi ke Pulau Tioman.  Suami perlu ada di sana besok untuk pendaftaran sebagai guru baru. Tapi dalam diri suami tetap meletakkan aku sebagai keutamaannya. Bagaimana harus aku balas segala pengorbanan ini? Sebak. Daebak kan manusia yang bergelar suami ni?


Dalam perjalanan kami berborak macam biasa. Berbicara soal gaji, soal rumah sewa, soal perancangan lepas aku pun dapat posting, semualah. Sempat lagi kami layan lagu kegemaran dan komen tentang nyanyian suami. Aku memang guru vokal tidak diiktiraf yang suami lantik sebagai pengkritik nyanyiannya. Aku dan suami buat rutin seperti selalunya kami. Memang semuanya nampak lancar waktu tu. Tapi jauh dilubuk hati aku hanya tuhan saja yang tahu. Tertanya sendiri, bagaimanalah suami aku boleh setabah ini? Sikit pun tak terpancar keluhan di wajahnya. Aku berdoa agar Tuhan permudahkan segalanya. Terutama segalanya dipermudahkan buat suami. Moga niatmu untuk mencari rezeki keluarga kita dan mendidik anak bangsa boleh kau tuai dikemudian hari. 


Jam dah pukul 3. Aku tunggu bas Transnasional tak sampai-sampai lagi. Aku duduk, sempat bergurau, berselfie dan berborak dengan suami. Yang aku tahu lepas ni memang akan aku rindu nak bergurau dengannya lagi. 

Sampainya bas, kaki aku tiba-tiba jadi berat nak melangkah. Kalaulah boleh aku panjangkan lagi masa agar masaku dengan suami lebih banyak berbanding sekarang ini. Alam realiti dah menjemput kami untuk berjauhan untuk jangka masa yang sangat panjang. Aku cium tangan suami. Belum sempat minta ampun maaf darinya air mata aku dah mengalir membasahi pipi. Seakan tak nak aku lepaskan genggam tangannya. Genggaman yang selama ini sentiasa erat tatkala riang dan duka. Kini cuma berteman rindu dan doa. Berjauhan dengannya umpama malam nan genting, siang nan sepi. Segalanya sudah tidak seindah seperti sediakala.


Aku tatap kelibat suami meskipun bas dah jauh meninggalkan terminal. Kuat aku genggam erat kedua belah tangan pujuk agar hati redha. Redha atas segala yang tertulis. Aku seharusnya lebih faham.


1. MENGAPA AKU DIUJI PJJ DENGAN SUAMI? (Al-Ankabut:2-3)

2. KENAPA AKU TAK DAPAT DEKAT DENGAN SUAMI?. (Al-Baqarah :216)

3. AKU TAK SANGGUP BERJAUHAN DENGAN SUAMI TERCINTA (Yusuf:12)

Paling terkesanku dengan surah AlBaqarah. Boleh jadi kamu benci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi kamu suka sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Aku ulang balik, Allah mengetahui sedang aku tidak mengetahui!

Macam mana memang dulu aku boleh berpegang sangat ayat ni. Aku sendiri yang share dengan mereka ayat ni. Mungkin Allah tampar aku dengan tamparan kasih sayang sebab aku dah banyak menyimpang. Lagha dengan duniawi. Uji aku balik dengan pegangan aku tu. Nak tahu sekuat mana aku yakin dengan janji Allah.


Dek keletihan, aku pun tertidur dalam bas...(semoga pembaca sabar menanti kesinambungan kisah ini)