Monday, June 27, 2016

DI MANA LETAK AMANAH ITU?

DI MANA KITA LETAK AMANAH ITU?

Sesungguhnya manusia itu sifatnya suka berlaku zalim. Samada zalim pada dirinya mahupun pada makhluk Allah.

Pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri, sudah cukup amanahkah kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini?

Tak kiralah apa jua profession kita. Dari suri rumah, hingga ketua negara, di mana dan buat apa sekalipun, disitulah amanah yang perlu kita pikul.

Sememangnya Allah tahu manusia itu memang suka melakukan perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. Allah maha mengetahui hambanya serba lemah. Cuba lihat sekeliling anda dan renungkan.

Hari ini, berapa ramai ibu dan bapa yang yang lalai menyempurnakan amanah mendidik, membesarkan dan memberi keperluan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka?
Hari ini, berapa ramai para pekerja mengkhianati amanah yang diberikan?
Hari ini, berapa ramai pemimpin yang amanah menjaga kepentingan rakyat?
Hari ini, berapa ramai para pendakwah yang amanah dengan ilmu yang mereka ada?
Hari ini, berapa ramai pendidik yang amanah dengan tugas mendidik anak bangsa?
Hari ini, berapa ramai suami dan isteri amanah dengan 'title' yang diperoleh sebaik berlakunya akad nikah?

Dan hari ini sebagai muslim, berapa ramai yang menunaikan perintah Allah tanpa malas?

Perkara pertama yang akan dirampas daripada agama adalah amanah, dan selepas itu solat.

Amanah juga akan mengiri kita ketika berjalan di titian sirat.

Jadi, JOM kita sempurnakan mana yang tidak kita sempurnakan. :)

Sumber: Majalah IMAN